FIND RECIPES HERE

31 Aug 2015

RESEPI DONUT SUPER GEBU ~ LEMBUT WALAUPUN DAH SEJUK

Assalamualaikum..


Akhirnya setelah mencuba beberapa kali dan beberapa resepi selama 4 hari berturut-turut jumpa jugak donut yang lembut walaupun dah sejuk.Dijamin lembut dalam 24 jam.Gitew

Kali ni aku try resepi lain dari yang aku buat before ni. Before ni punya resepi lembut mmg lembut tapi tak tahan lama. Resepi kali ni tanpa telur.Pada aku lagi senang tanpa telur sebab kalau kat resepi kebisaanya takde dinyatakan telur gred apa yang diguna.So biasanya akan terkurang atau terlebih telur.Jadinya susah nak konsisten nak dapatkan donut yang lembut.


Siap boleh penyekkan lagi.Betapa lembutnya.hehe


Bahan bahan yang digunakan adalah bahan asas saja.Memang bisanya ada la kat dapur setiap orang.heuheuheu.Jadi tk payah risau kalau tetibe teringin or mengidam nak makan donut boleh terus je buat.

Resepinya aku dapat dari group kat fb jugak .Kalau ikut memang banyak sangat resepi yang dishare kat group fb tu.Tapi tak semuanya aku try menjadi.Tak tau la apa silapnya.Alhamdullilah yang ni menjadi dan kekal lembutnya.

DONUT SUPER GEBU
BAHAN-BAHAN ( 6 biji sederhana besar)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on tekstur doh)

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan.Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit.Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.Akan dapat rasa doh sangat lembut dan ringan.



3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Bahagikan dan bentukkan doh menjadi bebola kecil. Doh sangat lembut dan sangat senang untuk dibentuk.

6) Biarkan doh kembang selama 40 minit - 1 jam (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu). Selepas dah kembang permukaan doh nampak sangat flawless (kalah muka aku.heuheuheu)

7) Boleh la panaskan minyak dalam periuk.Guna api sederhana besar. Time ni baru la buat lubang tengah2 donut guna penutup botol.

8) Goreng donut sampai dah takde bubble kat minyak bawah donut atau permukaan sedikit perang/kuning.Terbalikkan dan goreng lagi sebelah.Angkat dan lapkan sikit minyak kat donut guna tisu.

9) Taburkan dengan gula kastor.Siap.Untuk kekal lembut simpan dalam bekas bertutup.







23 Aug 2015

RESEPI BASIC DONUT ~ MUDAH

Assalamualaikum..



Minggu ni projek perabis bahan bahan bakery masih berjalan.heueheu. Bagi perabis semua supaya tak membazir ye.Ni la akibatnya nak borong main ambek je tak cek inventory.Last2 terkumpul semua.Ok minggu ni buat la donut walaupun sekarang dah kena uli guna tangan (BM rosak).Bagus la jugak at least dapat bakar kalori.ho3.

Resepi donut ni aku cedok dari group page kt facebook. Group resepi ringkas & musykil resepi.Kat page tu memang banyak info yang bagus untuk semua jenis resepi..Memang best. 




Sebenarnya aku ni kureng sikit kalau bab menggoreng donut tu.Before ni kalau buat donut kadang-kadang goreng menjadi, elok je dalamnya masak tapi kadang-kadang sampai luar dah nak hangus dalam still mentah.So aku pun ape lagi terus tanya la kat dalam group resepi tadi.Ramai la otai-otai bakery yang bagi tips2 nak goreng donut. Aku pun praktikkan la time buat donut semalam.

Memang berguna tips yang dorang bagi.Alhamdulillah memang masak luar dan dalam. Sekata.hehe.gembira dah pass bab menggoreng.hehe.Nanti aku akan share sikit tipsnya ye.Sekarang ni jom kita baca sama-sama resepi yang  senang ni.

BASIC DOH DONUT
BAHAN-BAHAN (9 biji besar)

250g tepung gandum
1/2 sudu teh yis
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur gred A
90g or 90 ml air suam
5g marjerin
secubit garam

CARA-CARA

1)  Bahan A-Campurkan yis.susu tepung, gula dan air suam dalam cawan.Kacaukan bagi  sebati.Biarkan selama 15 minit untuk bagi yis berbuih sedikit.

2) Bahan B-Campurkan telur dan garam dalam satu mangkuk.Kacaukan sedikit.Ketepikan

3) Bahan C-Campurakan tepung gandum dan marjerin dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.Kemudian masukkan bahan A.Gaul sebati.Masukkan pula bahan B.

4) Uli doh selama 10 minit.Time ni akan dapat rasa doh memang sangat lembik.Masukkan sedikit tepung gamdum ( anggaran dalam half tapak tangan).Uli lagi.Jika sudah lama menguli masih lembik tambahkan lagi tepung.Jangan tambah banyak2 nanti doh keras.

5) Lepas siap diuli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh naik selama 45 minit (doh aku tak naik mana pun tinggi sikit je)

6) Selepas itu tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Canaikan dan bentukkan doh menjadi donut ring menggunakan alat yang sesuai (aku guna cawan dengan penutup botol je).

7) Setelah siap, biarkan donut selama 15 minit. Donut tak perlu terlampau kembang.Bila digoreng nanti otomatik akan mengembang.

8) Panaskan minyak (api kecil je) dalam periuk. Pastikan api sentiasa kecik sampai donut siap digoreng.Kalau tak bahagian dalam donut akan susah masak walaupun luarnya sudah terlebih masak.Bila sudah betul betul panas barulah gorengkan donut. Time ni donut akan mengembang.Terbalikkan donut bila betul-betul sudah nampak kekuningan. Jangan terlalu kerap terbalikkan donut.Minyak akan meresap masuk.

9) Angkat donut dan letakkan diatas tisu untuk keringkan minyak. Taburkan dengan gula yang telah dikisar.Kalau rajin boleh la salutkan dengan ganache.




18 Aug 2015

RESEPI PANDAN COCONUT MUFFIN ~ MOIST DAN SEDAP

Assalamualaikum...


Sejak minggu lepas aku memang perasan ada banyak bahan-bahan bakery yang dah nak expired.Aku ni memang jenis yang suka beli je pastu bila cek rupanya ada lgi bahan tu tapi buatnya takde la kerap.Kalau ada masa lapang je.Biasenya sabtu ahad la.So bila dah selalu macam tu aku pun berazam heueheu nak bagi perabis bahan-bahan macam tepung,gula yang bertimbun tu.Kang expired sayang pulak terpaksa dibuang.Godek godek resepi muffin je yang sesuai dengan bahan-bahan yang aku ada ni.So terjadilah muffin pandan ni.


Muffin ni aku pernah buat tahun lepas, ada aku post kat CHOCOLATE MUFFIN.Resepi kali ni aku ada adjust sikit-sikit.Ade buat filling sekali.Filling chocolate ganache.Sebabnya aku tak nak muffin ni manis sangat takut muak so aku buat filling ganache yang rasa kokonya tu pekat sikit. Baru la balance kan.heuheuheu

PANDAN COCONUT MUFFIN (18 BIJI MUFFIN SIZE M)
Bahan A

2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
2 1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar pandan coconut emulco

Bahan B

4 cawan tepung gandum
6 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar
2 cubit garam
Chocolate chip

CARA-CARA

1) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

2) Mula-mula kita buat untuk bahan A dulu.Masukkan telur ke dalam mangkuk besar.Dengan menggunakan whisk,pukul telur sedikit.Masukkan esen vanila,pukul lagi.Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.Last sekali masukkan susu segar dan pandan coconut emulco dan pukul sehingga sebati.Ketepikan

3) Campurkan kesemua bahan B kecuali gula dalam satu bekas besar.Ayakkan.Masukkan gula dan chocolate chip.Kacau menggunakan sudu supaya bercampur rata.Buatkan satu lubang ditengah-tengah.

4) Kemudian masukkan adunan bahan A yang dah siap tadi di tengah-tengah lubang tu.

5) Kacau dengan kaedah kaup balik sehingga semua tepung bergaul rata.(Anggaran 25 kali).Jangan kacau lebih2 ye.Adunan memang akan sedikit berketul.

6) Biarkan adunan selama 5 minit dan kemudian kacau secara bulatan sebanyak 2 kali.

7) Tuangkan adunan ke dalam cup muffin yang telah disusun di dalam loyang/bekas acuan.Tuangkan sedikit sahaja dulu.Kira-kira 1/3 cup.Tuangkan ganache.Last sekali tuangkan adunan diatas lapisan ganache sehingga penuh cup.

8) Bakar  muffin selama 20 minit atau sehingga masak. Letak muffin di tingkat tengah oven (guna api atas dan bawah serta fan)


FILLING
BAHAN CHOCOLATE GANACHE

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan tepung jagung

CARA COKLAT GANACHE

1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas/periuk .Kacau dengan whisk sehingga tepung dan koko tak berketul

2) Panaskan dengan kaedah double boiler.Kacau guna whisk (Panaskan direct atas api pun boleh) 

3) Teruskan mengacau sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat)

4) Bila dah pekat, angkat dari api dan biarkan sejuk.Nak cepat masukkan dalam peti ais pun boleh.


12 Aug 2015

RESEPI KEK BATIK~TANPA TELUR

Assalamualaikum...



Kek batik confirm memang most of us dah pernah buat kan.Sebab sangat la senang.Senang-senang pun 2 kali jugak aku buat.heuheuheu.First aku buat guna resepi yang guna telur. Tapi sedih sebab tak berapa jadi.Sebabnya aku terlebih kacau kat atas api.jadi aduanan koko tu terlebih masak.huhu.Jadi tekstur yang color coklat tu tak berapa best la. Walaupun bentuk tak cantik tapi rasanya still sedap..hehe.

Tapi kali ni aku nak share resepi ke 2 yang aku try.Yang ni tanpa telur.Actually resepi yang aku guna ni adalah resepi ganache. Sebab bila aku blogwalking kebanyakan resepi lebih kurang ganache je. So aku pun nak try la resepi sendiri. Aku pernah buat ganache ni before ni untuk topping kek.Kalau nak refer ada kat sini Kek Oren Bersalut Coklat.Ada jugak tambahan bahan lain untuk sedapkan lagi rasa.
And kek batik aku ada rasa oren sebab aku letak orange emulco.Kalau nak letak emulco kurangkan sikit gula ye. Nanti jadi macam kek aku ni, manis sikit bak kate officemate aku.Tapi sebab aku ni kuat manis kot so aku rasa kek ni manisnya ok...heuheuheu


KEK BATIK
BAHAN-BAHAN

200g biskut marie~patahkan 3 bhgian (lagi banyak lagi sedap)
3 sudu besar butter
1 /2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan milo

1 sudu kecil orange emulco


1) Masukkan bahan lain kecuali biskut marie dan butter ke dalam mangkuk. Kacau dengan whisk supaya tepung dan koko tak berketul

2) Masukkan butter ke dalam periuk//kuali dan cairkan di atas api.

3) Masukkan campuran koko ke dalam periuk/kuali butter yang telah dicairkan tadi.

4) Teruskan mengacau (guna whisk) sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat).sambil sambil tu boleh rasa manis ke tak adunannya.

5) Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie.Kacau sehingga sebati.

6) Masukkan adunan biskut marie ke dalam loyang/tupperware dan ratakan. Tekan tekan permukaan atas supaya menjadi padat. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4-5 jam..Sedia untuk dimakan sejuk-sejuk.