FIND RECIPES HERE

18 Aug 2015

RESEPI PANDAN COCONUT MUFFIN ~ MOIST DAN SEDAP

Assalamualaikum...


Sejak minggu lepas aku memang perasan ada banyak bahan-bahan bakery yang dah nak expired.Aku ni memang jenis yang suka beli je pastu bila cek rupanya ada lgi bahan tu tapi buatnya takde la kerap.Kalau ada masa lapang je.Biasenya sabtu ahad la.So bila dah selalu macam tu aku pun berazam heueheu nak bagi perabis bahan-bahan macam tepung,gula yang bertimbun tu.Kang expired sayang pulak terpaksa dibuang.Godek godek resepi muffin je yang sesuai dengan bahan-bahan yang aku ada ni.So terjadilah muffin pandan ni.


Muffin ni aku pernah buat tahun lepas, ada aku post kat CHOCOLATE MUFFIN.Resepi kali ni aku ada adjust sikit-sikit.Ade buat filling sekali.Filling chocolate ganache.Sebabnya aku tak nak muffin ni manis sangat takut muak so aku buat filling ganache yang rasa kokonya tu pekat sikit. Baru la balance kan.heuheuheu

PANDAN COCONUT MUFFIN (18 BIJI MUFFIN SIZE M)
Bahan A

2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
2 1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar pandan coconut emulco

Bahan B

4 cawan tepung gandum
6 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar
2 cubit garam
Chocolate chip

CARA-CARA

1) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

2) Mula-mula kita buat untuk bahan A dulu.Masukkan telur ke dalam mangkuk besar.Dengan menggunakan whisk,pukul telur sedikit.Masukkan esen vanila,pukul lagi.Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.Last sekali masukkan susu segar dan pandan coconut emulco dan pukul sehingga sebati.Ketepikan

3) Campurkan kesemua bahan B kecuali gula dalam satu bekas besar.Ayakkan.Masukkan gula dan chocolate chip.Kacau menggunakan sudu supaya bercampur rata.Buatkan satu lubang ditengah-tengah.

4) Kemudian masukkan adunan bahan A yang dah siap tadi di tengah-tengah lubang tu.

5) Kacau dengan kaedah kaup balik sehingga semua tepung bergaul rata.(Anggaran 25 kali).Jangan kacau lebih2 ye.Adunan memang akan sedikit berketul.

6) Biarkan adunan selama 5 minit dan kemudian kacau secara bulatan sebanyak 2 kali.

7) Tuangkan adunan ke dalam cup muffin yang telah disusun di dalam loyang/bekas acuan.Tuangkan sedikit sahaja dulu.Kira-kira 1/3 cup.Tuangkan ganache.Last sekali tuangkan adunan diatas lapisan ganache sehingga penuh cup.

8) Bakar  muffin selama 20 minit atau sehingga masak. Letak muffin di tingkat tengah oven (guna api atas dan bawah serta fan)


FILLING
BAHAN CHOCOLATE GANACHE

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan tepung jagung

CARA COKLAT GANACHE

1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas/periuk .Kacau dengan whisk sehingga tepung dan koko tak berketul

2) Panaskan dengan kaedah double boiler.Kacau guna whisk (Panaskan direct atas api pun boleh) 

3) Teruskan mengacau sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat)

4) Bila dah pekat, angkat dari api dan biarkan sejuk.Nak cepat masukkan dalam peti ais pun boleh.


0 komen:

Post a Comment