FIND RECIPES HERE

11 Aug 2016

RESEPI CONGO BARS @ BLONDIES ~ SEDAPNYA....

Assalamualaikum..


Lamanya aku menyepi. Maapla semua..aku ni sejenis yang banyak hobi semua benda nak buat. So kadang2 terabai hobi aku yang paling ku sayangi ini.hihi.

Sesape yg first time dengar nama dessert ni mesti pelik kan. Aku pun sama. Kenapa Congo. Sejenis negara ke.haha. Sampai opismate tanya, ni desserts orang afrika ke.haha.hadoi nak tergelak aku.. Aku pun tak tau kenapa nama dia Congo bars. Ade baca sebabnya dipanggil congo tp tak paham sangat.haha. Takpela abaikan je tu.ho3. Yang aku tau faktanya Congo bars ni adalah adik beradik brownies yang dipanggil blond brownies or Blondies. Kalau dah adik beradik brownies mesti la texture pun mcm brownies, tgh2 antara kek n biskut. Tak lembut sgt and tak keras sgt. Beza dengan brownies, blondies ni tak menggunakan coklat/koko.


Resepi ni aku dapat dari akak aku. Bulan puasa hari tu rajin naw dia membaking congo bars ni. First time aku rasa wow sedap sangat. Memang texture mcm brownies. Walaupun rasanya manis tapi sedap. Manis tu takdela over sampai sakit tekak ke ape. Sesedap rasa gitew..hee


Disebabkan aku cari cip coklat tak jumpa2 kat giant pun takde dah tak tau la kenapa. Last2 aku gantikan dengan chocolate bars. Yang biase korang makan as kudap2 tu. Aku masukkan banyak sikit almond/badam nak bagi kurang manis. Baru la balance rasanya.. Seronok je nak makan kan..hehe.


CONGO BARS @BLONDIES
BAHAN-BAHAN

315g tepung gandum
2 1/2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecil garam
150g butter (cairkan pd suhu bilik)
280g gula perang
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
2 batang chocolate bars (ricih kecik2)
150g almond/badam (dikisar)

CARA-CARA

1. Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk. Masukkan garam dan gaul sebati.
2. Dalam bekas mixer, masukkan butter dan gula perang. Gaul sehingga sebati dan butter sedikit cair/ lembik.
3. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji.. Dengan menggunakan mixer putar sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. Putar sebati.
4. Masukkan bahan ayak tadi dan kacau sebati.
5. Sambil2 tu masukkan almond yg telah dikisar ke dalam oven. Bakar sekejap sehingga almond sedikit perang.
5. Masukkan coklat dan almond ke dalam adunan. Gaul sebati.
6. Masukkan adunan kedalam loyang leper (lapik loyang dgn baking paper). Bakar pada suhu 280 darjah selama 30 minit. Jangan lupa panaskan oven dahulu selama 10 minit pada suhu yg sama.



*gigih aku balik kerja terkejar- kejar nak ambik semua gambar-gambar ni. Lambat kang hilang pulak natural light yg ku mahu..hihi