FIND RECIPES HERE

20 Jul 2015

RESEPI BISKUT SEMPERIT~HARUMNYA

Assalamualaikum..


Harini dah raya ke-4.Walaupun esok aku dah start kerja confirm2 ramai lagi malay yang cuti.huhu.sunyi la nampaknya ofis.Kedai-kedai makan pulak selalunya cuti seminggu.Kena bawak bekal la jawabnya esok.

Sesape yang kerja harini confirm takde mood nak buat kerja.Takpe jangan sedih-sedih smbil sambil buat kerja tu usha la sikit resepi aku nak share ni mana tau boleh try raya tahun depan.ho3.


Semperit ni masuk tahun ni dah tahun kedua dah aku buat.Memang lemak berkrim.Memang la lemak sebab kita gunakan butter, memang harum sangat-sangat.Bukan nak kata la, tapi pernah beli biskut raya kat kedai biskutnya tak rasa apape,macam dia guna minyak je kat biskut tu.huhu.Biasa la sekarang ni semua orang nak berjimat kan, kalau nak yang berkuliti kena la buat sendiri or tempah kat member-member ofis yang memang bisnes biskut raya, so rasa tu dijamin sedap.

Rujukan: Azlita masam manis

BISKUT SEMPERIT
BAHAN-BAHAN

    250g butter
    140g gula icing (kalau berketul ayak dulu)
    1 biji kuning telur (GRED B)
    250g tepung gandum
    150g tepung kastard 
    30g tepung jagung
    1 sudu teh esen vanila
    buah ceri dipotong kecil sebagai hiasan


CARA-CARA
1.Ayakkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

2.Pukul butter dan gula hingga sebati.


3.Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila dan pukul hingga bergaul sempurna


4.Masukkan campuran tepung tadi sedikit-sedikit dan uli menggunakan senduk/tangan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.


5.Panaskan oven pada suhu 170C


6.Alaskan loyang dengan baking paper.


7.Masukkan doh ke dalam acuan semprit (bunga) dan tekan di atas loyang


8.Hiaskan dengan ceri ditengah-tengah bunga.


9.Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit


10.Sejukkan dan boleh la disimpan di dalam bekas biskut.




12 Jul 2015

TIPS SEMBUHKAN SAKIT LEHER/SALAH BANTAL

Assalamualaikum...



Salah bantal mesti setiap orang pernah rasa kan.Sakitnya fuh memang mencabar.Nak buat kerja pun susah.Tahun lepas aku first time kena sakit leher yang teruk gak la.Seminggu lebih baru baik.Tu pun pergi klinik.Sebab dah tak tahan.Berdenyut-denyut.Bila sakit leher automatik pakej sekali dengan sakit kepala.Kurang asam je doktor gelakkan aku macam robot katanya.cet.Tak kisah la doc nak gelakkan yang penting dapat mc.ho3.

Bulan lepas aku kena lagi sakit leher.Mula-mula sakit kat bahu bahagian tengah kat belakang.Aku rasa sebab meja buat kerja tu tinggi kot.Pastu terus sakit kat leher sebijik sakit macam salah bantal.Fuh nak drive pun susah.Nak pandang belakang nak tengok ada kereta pun tak boleh.Terpaksa la aku pusingkan sekali badan.Dah sebijik macam robot.ho3.Bila nak letak kepala nak tidur pun sakit.
huhu.

Sebab aku malas nak pergi klinik (nanti kena gelak lagi), aku pun teringat dulu pernah guna AMMELTZ YOKO YOKO.Tapi dulu aku guna sekali je.So aku pun nak try lagi, aku pun beli la yoko yoko ni.Kat kedai runcit pun ado, harga lebih kurang RM 8-13 (tak ingat).Ammeltz yoko yoko ni lepas ko sapu je kat kulit memang rasa panas la.Aku letak banyak-banyak, konon sapu banyak boleh baik cepat, fuh pedih kot.Tapi sekejap je pedih.Aku try sapu dalam 2-3 hari gak la.2 kali sehari..Hari ke 4 or 5 alhamdulillah sakit leher aku dah berkurang.Leganya.dapat la aku buat kerja dan tidur dengan aman.hehe

So sesapa yang sakit leher/salah bantal tu boleh la try sapu Ammeltz yoko yoko ye.

*Good night semua..jangan lupa bangun sahur ye esok.ngeh3

9 Jul 2015

CARA DAN TIPS BELI BARANG ONLINE DI LELONG.COM.MY

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah 22 ramadhan harini..Rasa sekejap je masa berlalu.Insyaallah tinggal lagi seminggu kita akan menyambut hari raya..Bulan puasa ni aku slowkan aktiviti membuat segala kek,roti dsb..rehat sekejap.mungkin next week akan merajinkan diri buat semperit.agaga.Buat satu je la biskut yang lain beli je.Beli pun sikit je.Toksah membazir, sekarang kan musim gst...huhu

Disebabkan takde resepi nak share, aku sharekan la benda lain.Ilmu jugak ni..ho3.Ilmu untuk membeli barang online.First website aku beli barang online adalah lelong.Start beli tahun lepas.Lepas dah terer membeli tu memang susah nak stop. Dah berpuluh barang aku borong.agaga.

1)First yang korang kena buat kena la register dulu jadi member lelong. Jangan risau nak sign up free je.Sign up kat lelong.com.my.


2)Isi semua yang blank tu.Pastu tekan register.
*User ID adalah nama yang korang akan guna di setiap urusan jual beli, hantar komen or pertanyaan.


3) Lepas dah register boleh la teruskan untuk pilih yang berkenan di hati..Boleh pilih kat categories tepi belah kiri.Macam macam ada.ho3.Lepas dah jumpa item yang nak dibeli, pilih dulu kat option.Tekan BUY NOW.




4)Lepas tu barang akan masuk dalam CART macam kat bawah ni.Boleh la tengok sekali kedai tu cas gst ke tak kat barang korang.huhu.Tekan PROCEED TO CHECKOUT


5)Isikan address untuk hantar barang korang tu..Tekan CONTINUE



6)Tekan PLACE ORDER




7)Pilih cara nak bayar.Aku guna online banking maybank2u sebab akaun tu je yg aktif dan senang.agaga.Pastikan maybank2u korang dah register kat cawangan maybank berhampiran ye (untuk TAC NO).Tekan PAY NOW
*toksah risau ada tulis netpay tu.Netpay tu bagus untuk protect buyer kalau jadi pape kat urusan jual beli.Nak tau lebih lanjut boleh search kt google ye..hehe



8) Lepas tu automatik akan link ke website online banking yang dah dipilih..Lepas dah bayar dan seller dah courier barang korang tu, page akan tunjuk macam kat bawah ni..Lelong akan send email inform barang dah di courier sekali dengan tracking no..


TIPS


1)Sebelum beli barang, pastikan compare dulu harga.Ada banyak choice, kadang-kadang ada yang cekik darah. So pastikan tak kena tipu dengan harga.Dan kena ingat barang murah sangat pun suspicious tau.

2)Buat dulu research pasal kedai yang korang nak beli barang tu. Baca semua info (yang aku highlight dalam kotak merah) yang ada.

3)Contohnya, kedai tu jual banyak barang tak.Kalau setakat 2-5 items, baik tak payah beli kat situ.Tapi kalau korang yakin takpe sila la beli.takde halangan.agaga

4)Tengok rating kedai tu.Boleh click kat % tengok comment buyer.Kalau 100% mungkin selamat, tapi aku selalu beli je even 97-99% sebab barang below rm30 so takde la risau sangat.

5)Untuk pastikan takde masalah stok, setiap kali nak beli aku akan tanya dulu ada stok ke tak.Nak PM seller pun boleh.Tanya apa saja korang nak tanya.Tapi make sure baca dulu info yang ada.Tak pasal2 seller menyirap je nak jawab soklan meraban.hehe

6)Setakat ni delivery yang aku percaya memang pos laju la.Paling lambat pun 3 hari.Pernah jugak guna SKYNET,AIRPAK,ABX.Skynet pun ok je.Airpak pulak kalau time ada perayaan memang agak lambat sampai seminggu.Lagi-lagi kalau address korang kat hujung hulu sinun,macam ofis aku la..huhu.Kalau tak nak guna delivery service yang seller dah tetapkan, try la tanya seller kalau boleh tukar.

Ni je la sedikit sebanyak ilmu yang aku boleh share..semoga dapat membantu sesape yang baru berjinak2 dengan online shopping :) Selamat bershopping!!

1 Jul 2015

KAFEIN Oh KAFEIN...

Assalamualaikum...



Aku sebenarnya tak boleh tidur sebab dah melantak nescafe 2 tin tadi..jantung dok dup dap dup dap.Rasa tak sedap hati.Padan la muka.Dah tau memang tak boleh minum pergi minum jugak....huhu

Sebenarnya dah lama dah aku tak minum segala jenis minuman yang berkafein.Sebabnya mesti ada kesan punya.. Teh pun ada kafein tau tuan tuan dan puan puan.First time aku tau teh ada kafein time kat u dulu bila kena buat experiment extract kafein dari teh.Baru la ku tau ingatkan kopi je ada kafein.agaga.Tapi kandungan kafein dalam teh adalah kurang berbanding kopi.Kalau aku minum teh abes angin perut aku.

Dulu time kat u boleh dikatakan kerap jugak la aku minum nescafe.Asal nak stay up je (rajin la konon study.ngeh3) mesti teguk secawan.Confirm mata celik je sampai ke petang esoknya.Bila dah petang amek ko  ngantuk tak hengat.Letak kepala kat bantal terus KO.Bising mana pun roomate  jangan harap aku nak bangun.ho3.Disebabkan selalu minum la lepas je abes study, tetibe ada kesan sampingan la pulak.Kadang kadang memang terbayang kesedapan kopi tu.Tapi tahan je sebab kang tak pasal pasal semua benda tak boleh buat.Tahan tahan pun kadang kadang buat buat tak ingat tak boleh minum.agaga

Tapi harini sebab teringin sangat tu yang aku bantai 2 tin amek ko..huhuhuhu.So padan muka la tak boleh tidur dah ni.aduyai

*Lepas dah minum baru teringat aku boikot nestle..huhuhuhu