FIND RECIPES HERE

6 Nov 2018

RESEPI CHOCOLATE CREAM PUFF ~ GANACHE FILLING

Assalamualaikum..


Happy Deepavali to Malaysian Hindus. 

Selamat bercuti kepada Malaysian. Bila dah cuti ni barula ada masa nak update blog. Barula dapat menulis dengan tenang. Hehe.

Sebenarnya lama dah aku berniat nak membaking balik. Cuma masa je takde.  Kebetulan minggu ni nana kat jepun automatik takde show la kan so masa terluang ni aku gunakan untuk melepaskan kerinduan dengan baking dan food photography. Hee


Haritu kat ig aku ada mintak dorang suggest dessert ape nak masuk kat blog (thanks kepada yang reply). Banyak yang dah ada dalam list ni.

Dan aku pilih untuk buat chocolate cream puff. Choco cream puff ni inspired by drama #Cekelathoney. Siti Nordiana sebagai heroin (Maya) dalam drama tu adalah tokey cream puff. Sekarang dorang tengah shooting lagi. So aku pon ngade la nak buat lawan tokey nak buat jugak.hehe


Last week sebenarnya dah siap beli bahan2. Tapi petang tu nampaknya mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Sekarang memang musim hujan kan. Jadinya cancel la nak buat sebab nanti nak photo shoot takde cahaya so tak boleh la. Minggu ni kita sambung la niat yang tertangguh tu. Walaupon petang tu hujan jugak tapi cuaca still cerah. Laju2 aku snap gambar sebab takut tetibe mendung. Laju tak laju 2 jam jugak la mengadap cream puff tu.haha

Bila tengok balik blog, dah nak dekat 2 tahun rupanya ovenku tak berasap. Nasib baik masih ingat lagi ilmu2 baking ni. Nasib baik jugak la menjadi cream puff ku. Cream puff ni sama je sebenarnya yang aku pernah buat 3 tahun lepas. Bezanya filling chocolate dan puff pon chocolate.


CHOCOLATE CREAM PUFF
100g butter
1 cawan/250 ml air
150g tepung gandum
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.

2. Masukkan butter dan air dalam satu periuk. Letak atas api. Sambil kacau, masakkan sehingga butter cair. Api slow je ye.

3. Setelah butter cair, masukkan campuran tepung yang sudah diayak tadi ke dalam periuk. Tutup api dan terus kacaukan cepat2 sehingga sebati. Biarkan doh suam.

4.Pukul telur dan esen vanilla guna sudu/whisker. Masukkan campuran telur sedikit sedikit ke dalam doh yang dah disejukkan tadi sambil pukul dengan mixer. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam plastic bag (yang color putih tu). Gunting sikit hujungnya (aku tak guna nozel). Kalau ada piping bag pun boleh.

4.Panaskan oven pada suhu 200 degree celsius selama 10 minit.

5.Alaskan loyang dengan baking paper. Pipekan adunan di atas loyang.


6.Bakar pada suhu 200 degree celsius selama 25 minit.Pastikan permukaan puff jadi sedikit perang atau keras. Tu tandanya dah masak.Kalau masih kekuningan nanti bila keluar oven puff akan mengecut.Kalau belum perang selepas 25 minit tambahkan masa bakar.

7.Bila puff dah sejuk baru la boleh belah puff di tengah dan pipekan filling.

8.Taburkan gula icing di atas puff. Masukkan puff ke dalam peti sejuk. Ok siap! 


FILLING Chocolate Ganache
140g susu cair
220g coklat masakan
1 sudu kecil esen vanilla

Panaskan susu sehingga sedikit mendidih. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan.Kacau sehingga coklat cair.Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.

*Ganache ni mula-mula akan nampak cair. Ganache akan semakin pekat bila dibiarkan pada suhu bilik.