FIND RECIPES HERE

20 Sept 2015

RESEPI KEK SPAN VANILLA ~ TANPA OVALETTE

Assalamualaikum...



Lama tak kongsi resepi kan. Ni semua sebab tart yang tak menjadi.huhu.Al kisahnya minggu lepas aku ada la buat no bake chocolate tart. Kat facebook dah viral pun. Malang nasibku coklat ganachenya cair sikit.So bila aku nak bergambo tu tak cantik jadinya.Last last aku pun malas bergambo. Takde gambo tak dapat la nak share resepi kan..Ala, biasela tu baking2 ni mesti ada yang jadi.Banyak jugak tak mejadi.Kadang2 kalau menjadi pun appearance pulak tak cantik. Yang penting usaha tangga kejayaan.hehe.




Before ni aku pernah la buat kek span tanpa ovalette tapi keknya jadi bantat..So kali ni terjumpa resepi kek span lagi. Yang penting TANPA OVALETTE jugak. Ha kenapa aku nak yang tanpa guna ovalette? Sape yang tak tau apa itu ovalette. Ovalette ni yang aku tau adalah bahan penstabil/emulsifier kek. Kira kalau guna benda ni kek akan jadi lembut dan fluffy.



Teringat dulu time kat matrik, pernah sekali pergi kelas buat kek marble kat kolej komuniti (kot), tak ingat kenapa kena pergi kelas tu. Sekali je pun. Kolej komuniti tu jiran  matrik aku, kolej matrikulasi johor. Eh dah lari topik daaa. haha. Time kat kelas tu ada cikgu tu cakap ovalette ni kena jaga jaga sikit sebab ada yang diperbuat daripada bahan yang tak halal.So paham paham jela.Ada la tips yang cikgu tu bagi camane nak differentiate yang halal dengan tak.Tapi aku tak ingat.haha.

Senang je nak tau halal ke tak cari la yang ada halal jakim..hehe. Mungkin banyak boleh dapat kat kedai bakery. Aku ni jarang la pulak g kedai gitu. Padahal kat depan Jusco tu ada je.Ish3. Dekat Giant or Tesco pun ada jugak cuma nama produk tu tak berapa nk tepat pulak. Pada aku memang penting bab2 gini. Kan "Mencari yang halal itu wajib".hehe. 


Walaupun tak guna ovalette kek ni memang sangat lembut. Sedap sangat. Lembut macam kek chiffon pun ada gak. Cara buat pun sangat simple dan sangat senang. Panjang lebar pulak cerita. Bila nak tulis resepi ni.

Meh meh kita layan resepi pulak.


Rujukan : fazya.blogspot.my
KEK SPAN VANILLA ( dapat 7 biji cupcake size L)

BAHAN-BAHAN

3 biji telur gred B

75g gula kastor

sedikit soda bikarbonat ( hujung sudu teh)

1 sudu  kecil esen vanilla

63g tepung gandum (aku tak ayak. lagi elok ayak dulu)

40g butter yang dicairkan

CARA-CARA

1) Pukul telur, gula dan soda bikarbonat guna mixer sehingga kembang. Nak tau kembang ke tak, amount adunan tu lebih tinggi dari before pukul. Dah kembang mesti lagi nampak banyak kan.Color adunan kuning cair.

2) Masukkan tepung dan gaul dengan cara kaup balik. Gaulkan sehingga sebati,

3) Masukkkan butter dan kaup balikkan sehingga sebati,

4) Masukkan ke dalam cup muffin dan bakar selama 35 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah. Time tuang adunan tu akan nampak ada buih buih. Tu tandanya soda bikarbonat tu hidup dan masih elok.





4 comments:

  1. Saya dh try.. Alhamdulillah menjadi resepi ni.. Thanks 👍

    ReplyDelete
  2. Kenapa guna baking soda tp tak pakai baking powder ye? Ape beza dia ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baking soda expands, baking powfer puff, that's how i understand the difference though

      Delete