FIND RECIPES HERE

17 Aug 2014

RESEPI MACARONS WITH ORANGE GANACHE

Assalamualaikum...


Macaron oh macaron. Ha,sebenarnya dah lama dh aku lupa psal macaron ni. Al-kisahnya camni, hari tu saje la godek-godek Pinterest, pastu ternampak la pic2 macaron yang comel-comel.Aku kan dah terjebak dengan food photography skg, so tetibe rasa geram pulak nak amik pic cantik-cantik cam blogger lain. Terus semangat punggah bahan-bahan ade ke x.seb bek la bahan2 dia senang je.


Seperti yang sedia maklum (ayat tak boleh bla),macaron ni kan memang manis yg teramat kan, so aku pun pikir la cara nak mengurangkan kemanisannya. Before ni, (Macaron Green Leaf) kandungan gula dalam macaron aku dah kurangkan, so tak boleh reduce lagi dah,kalu gula terlampau kurang nanti bentuk macaron jadi tak cantik (pecah or takde kaki).Pikir punya pikir, dpt la idea guna ganache yang dibuat dari serbuk koko (sbb pahit).Ganche yang biasa aku buat guna coklat masakan. Kali ni tak guna coklat masakan,sebabnya nanti jadi manis.

Itulah kisahnya..ho3.So dah abes citer, jom aku bagi resepi macaron yang super cute dan sedap.hehe

Untuk Macaron
BAHAN-BAHAN
2 biji putih telur gred A
60g gula kastor
70g almond powder
90g gula aising
CARA-CARA

*Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn baking sheet. Ambil duit syiling 50 sen dan lukis atasnya dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan sheet dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.

1) Ayak almond powder dan gula icing secara berasingan. Kemudian campurkan kedua-duanya.Ketepikan.
2) Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk .Jangan overdo.Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. 
3) Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur yang bertanduk tadi. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
4) Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik.Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas baking sheet tadi. Siapkan sampai habis.
5) Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
6) Bakar selama 20 - 25 minit.. Letakkan tray di bahagian bawah sekali dalam oven.
7) Setelah masak, biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk baru senang nak tanggalkan dari baking sheet.
8) Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache/filling yg kita suka. 

Untuk Filling 
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
2 or 3 sudu besar orange emulco
 CARA-CARA
1)Masukkan semua bahan kecuali orange emulco ke dalam periuk.Kacau dengan whisk supaya tepung dan koko tak berketul
2)Panaskan dengan kaedah double boiler.Kacau guna whisk ( sebab senang)
3)Teruskan mengacau sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat).Selepas coklat sudah pekat tapi bila tgk2 kepekatannya tidak memuaskan (coklat masih menitis bila dituang dari sudu) tambahkan koko.
4)Bila dah betul-betul pekat, angkat dari api dan masukkan emulco.Kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.Kemudian masukkan ke dalam piping bag/plastic untuk pipekan atas macaron nanti.