FIND RECIPES HERE

19 Apr 2016

RESEPI NO BAKE TIRAMISU ~ CEPAT,MUDAH dan TERSANGATLAH SEDAP

Assalamualaikum...



Amboi aku ni bila dah rajin mengupdate blog tiap minggu la pulak kan.hahaha.bagus la kan takdela sunyi blog aku ni.hihihi. Disebabkan kekangan masa nak siapkan stok craft bisnes aku, aku akan share resepi yang senang-senang je untuk korang. 

Kalau dah nama pun 'no bake' so sesiapa je yang kat rumah tu yang takde oven, tapi teringin nak makan tiramisu, ha ni la resepinya. 

Sebenarnya dulu-dulu ada la 2 tahun lepas kot aku dah pernah buat tiramisu. Tapi sebabkan time tu tak reti lagi buat kek span, pastu konon terer la tak nak beli yang kek readymade, try punya try kek aku bantat. Ha amek ko. Terus la tak sedap tiramisu itu. Nak share kat blog pun dah takde mood la tak jadi kan...


So kali ni aku memang malas nak bake kek, aku beli je kek kat speedmart. Resepi asal guna kek span, tapi takde la pulak. Yang ada kek gulung iaitu kek chiffon. Hentam jela. Chiffon lagi sedap lembut gitew..

Tiramisu ni sebenarnya terkenal sebagai italian dessert disebabkan perisa coffee yang ada kat lapisan kek tu.. Resepi tradisional patutnya guna biskut ladyfinger. Hm tapi biskut tu takde pulak tanda halal, so buat cara moden guna la kek..


Tiramisu ni makan time baru keluar dari peti ais memang sedap gilerrrr.hahaha.satu cawan kecik tu memang boleh habes sangat la cepat.Budak opis pun cakap sedap..hihi. Tapi toksah la makan satu mangkuk besar muak pulak nanti.

TIRAMISU

1 bekas panjang kek gulung ( beli kat kedai je)
1 paket Nescafe instant yang dah dibancuh dengan air
1 paket kecik biskut oreo/cream O ( buangkan krimnya)
1/2 cawan gula kastor
250g cream cheese
80 ml susu cair
1 sb esen vanila
Serbuk koko

Mula-mula bancuh nescafe macam biasa nak minum.. Ketepikan.
Kemudian, potong kek sederhana tebal, macam nak makan tu. Ketepikan
Ambik sedikit biskut dan ramas sehingga menjadi kepingan kecik, nanti akan jadi element crunchy.
Campurkan gula,cream cheese susu cair dan esen vanila dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga cream licin dan sebati.
Tuangkan sedikit air nescafe ke dalam piring dan rendamkan 3 saat sakeping kek. Asal basah sikit je dah jangan sampai lembik pulak. Susunkan di dalam cawan/bekas. Tuangkan sedikit cream cheese ke atas lapisan kek. Ayakkan serbuk koko ke atas lapisan cream cheese.Rendamkan pula biskut macam kek tadi dan susunkan diatas cream cheese. Taburkan pula biskut crunchy tadi.Tuangkan sedikit cream cheese lagi. Ayakkan lagi serbuk koko. Ulang turutan yang sama jika perlu (kalau cawan tu tinggi nak buat 1000 lapisan pun boleh.hihi)
Bila dah siap masukkan dalam peti ais selama 3 jam dan boleh la di ngap ngap ngap.

*Sukatan ni boleh dapat dua cawan size sederhana dan satu bekas tupperware sederhana ( yang selalu buat bungkus tau fu fa.betul ke aku eja ni)




14 Apr 2016

RESEPI MARBLE CAKE ~SENANG JE

Assalamualaikum...


Long time no see guys.....

Sejak dua menjak ni bz sikit..Dah lama sebenarnya dok mikir nak buat bisnes.. Tak tau la kenapa tapi dengan sendirinya aku rasa macam aku nak buat something. Buat benda baru, belajar benda baru. Walaupun kerja yang ada sekarang ni mmg alhamdulillah la cukup makan pakai semua tapi kadang-kadang terpikir jugak sampai bila buat benda sama je hari2. Time muda-muda (eh.muda ke.haha)ni la nak buat semua benda kan.betul tak?

Walaupun aku tak sure sebenarnya menjadi ke tak ape yang aku rancang ni tapi takpela try je. Yang penting usaha, doa, tawakkal. Impian aku kalau ikut memang la tinggi sangat of course nak bisnes berjaya pastu ramai customer. Tapi pelan-pelan la kot. Tak senang nak senang kan. Banyak benda kena belajar.

Insyaallah tunggu ye aku akan bagitau bila aku akan jual online. Bisnes ni berkaitan dengan craft. Awal2 ni buat brooch dulu la. Tengok market cane. Alhamdulillah dah ade customer kat opis. Akak aku pun ade tlg jual kt opis dia.jual online je belum.

Eh.Tetibe pulak panjang sesi luahan hati ke ape.hahaha. Busy2 pun aku mana bole tinggalkan blog aku ni. Sayang kot. Dah risau dah lama xupdate. Laju-laju aku cari resepi apa nak buat. Cari yang simple je. Last-last jumpa Marble Cake. Kek ni simple je. Rasa dia lebih kurang macam kek butter kecuali part yang ada koko rasa coklat..sesape je mesti pernah makan kek marble kan...OK jom kite ke resepi.

Source: rasamalaysia.com
MARBLE CAKE

220g butter
200g tepung gandum
1 sk baking powder
200g gula aising
4 biji telur gred A
4 sb susu segar
1 sk esen vanila
2 sb serbuk koko

CARA-CARA

1. Campurkan tepung dan baking powder. Ayakkan. Masukkan pula garam. Ketepikan
2. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.Color akan jadi kuning cair.
3. Masukkan telur pertama dan pukul sebati. Masukkan telur kedua dan seterusnya mengikut cara yang sama.
4. Masukkan Pula esen vanila
5. Masukkan tepung gandum dan kaup balik sehingga sebati.
6. Last sekali masukkan susu dan gaul sebati. 
7. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Adunan pertama tak payah masukkan apape.Adunan kedua masukkan serbuk koko dan gaul sebati.
8. Masukkan adunan pertama dulu ke dalam loyang.Hentak sedikit loyang untuk bagi sekata. Masukkan pula adunan kedua di tengah-tengah adunan pertama. Dengan menggunakan pisau/lidi gariskan adunan dengan bentuk S untuk bagi ada celoreng.
9. Bakar kek dengan oven yang sudah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 40 minit.