FIND RECIPES HERE

15 Jul 2018

RESEPI PUDING MILO OREO yang pernah Viral ~ sedap weyh

Assalamualaikum..

How are you guys? Hampir setahun tak update blog. Rindu sangat. Sebab rindu so harini aku nak share satu resepi yang paling senang. Al kisahnya 2 hari lepas dekat facebook terjumpa resepi puding ni. Nampak macam sedap. Bahan bahan pon senang je. Rupa2nya puding milo oreo ni pernah viral beberapa tahun lepas baruku tahu. Tapi tak kisah kan lambat sikit.hihi.


Aku ni sebenarnya memang bukan penggemar puding kecuali puding karamel. Tapi puding milo oreo ni bila aku rasa sedap la pulak. Lagi2 time baru keluar dari peti sejuk. Biskut oreo tu menambahkan lagi kesedapan and kemanisan puding. Tapi sebab ku tengah jaga makan kawal makanan manis bergula jadinya makan pon untuk rasa je yang lain bawak la pi opis bagi orang makan. Semoga kuat imanku.huu. Okla jom kita tengok resepi.


PUDING MILO OREO
Bahan-bahan
6g serbuk agar agar segera (putih)
70g gula
200ml susu cair (setengah tin)
70g milo
5 keping biskut oreo/cream O (dipatahkan 4 bahagian)

Cara-cara
1. Dengan api sederhana, panaskan air sehingga mendidih.
2. Masukkan agar-agar dan kacau sehingga larut
3. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
4. Masukkan susu cair, kacau dan biarkan sehingga mendidih. 
5. Tutup api. Asingkan adunan kepada 2 bahagian.
6. Biarkan sebentar adunan susu cair. Satu lagi bahagian dimasukkan milo. Kacau sehingga milo larut. Tapiskan adunan milo.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dengan berselang seli. Sudukan dahulu adunan susu cair. Biarkan sekejap untuk agar2 keras sedikit dan seterusnya masukkan adunan milo. Biarkan ia keras sedikit.
8. Masukkan pula adunan susu cair. Masukkan biskut oreo . Pastikan biskut terendam. Masukkan lebihan adunan milo. 
9. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas sejam sudah boleh dimakan.