FIND RECIPES HERE

20 Feb 2014

PASSION

Assalamualaikum..


Wah tajuk macam serius je.haha.Sebabnya aku tengah serabut otak ni, kena buat keputusan.Masih dalam dilema...memang nak sangat terima tapi tak suka mengalah macam ni...aiyoo..gimana sih.

Suatu ketika dahulu,huhuhu, aku ada baca kat satu website ni pasal passion.Time ni aku tengah tercari-cari arah tujuan hidup aku.haha ayat tak boleh blah.Artikel ni berkenaan dengan PASSION.Passion in Work.Kalau nak baca full ada kat Foxbusiness.

Aku memang bersetuju sangat la dengan artikel ni sebab aku dah tau macam mana rasa dtg kje hari-hari hanya untuk dapat gaji.Walaupun hati tak tenang,tak gembira terpaksa la kerja untuk dapatkan duit untuk menanggung hidup..

Sebenarnya apa Passion ni. Kalau dari Wiki dia cakap, "Passion is a term applied to a very strong feeling about a person or thing. Passion is an intense emotion compelling, enthusiasm, or desire for anything"

Kalau kat diri aku, aku passionate time baking. Bila aku terpikir nak buat satu kek/roti or anything related to baking, aku akan rasa keinginan tu melonjak-lonjak.Rasa excited sangat,macam nak buat time tu jugak,tak boleh tunggu dah.kalau tengah penat pun boleh jadi tak penat.Rasa hepi tak payah cakap la, hepinya semacam..

Contoh lain, time keje kat tmpt lama,keje aku kje lab yang related to R&D, so lebih kurang sama gak la dengan baking, macam buat experiment..Bila keluar idea, rasa membuak2 nak try.Kdg2 tengah makan pun boleh terpikir idea nak guna chemical ape. Sebab tu dulu keje hepi je....Walaupun stress kena keje jugak kat production dengan workers yang banyak ragam, buat documentation sampai rasa nak muntah, gaji sikit bangat,sanggup balik lambat walaupun tak dibayar OT, tapi disebabkan passion in work especially in lab work la buat aku bertahan kat situ more than one year (ehe xdela lama sangat pun) Lebih kurang  macam no 6 kat pic diatas. Walaupun hepi, akhirnya aku tukar jugak kje sebab ada gangguan.

Walaupun orang cakap, try keje dulu baru passion tu akan datang dengan sendiri,bagi aku itu mungkin akan berlaku kat orang-orang tertentu je.Kalau aku, aku dah try sehabis boleh tapi passion tu tak muncul2 pun.Tapi aku tak menyesal, disebabkan aku keje kat field yang aku tak minat ni la yang membuatkan aku sedar what is my passion, apa yang aku nak dalam hidup..Passion ni sangat penting sebab ia salah satu motivation untuk excellence in your career ..

 Sekian saja luahan hati aku.(ayat poyo sangat)ehe

*kalau aku stop kat sini, aku akan keje di bidang yang aku minat, tapi dalam masa yang sama aku tak suka mengalah macam tu je...terasa macam loser pulak.

19 Feb 2014

RESEPI CHOCOLATE MUFFIN

Assalamualaikum...




Muffin oh muffin...nyumy nyumy.hee. Hepi...!akhirnya aku dah tau dah cara buat muffin yang betul.hihi. Sebenarnya muffin adalah first resepi yang aku try time mula-mula nak mem-baking tahun lepas. Time first buat tu, aku konfius sebenarnya kek ke muffin sebab texture dia macam kek.Lepas tu dah tak buat dah muffin.. Ni start buat balik pun sebab hari tu tetibe abah nak makan muffin.So buat la, still jadi kek.Pastu aku jadi tak puas hati, kenapa jadi kek.haha.godek2, blogwalking baru la aku sedar kesilapanku.Lambat btol sedar.wahaha..Aku buat muffin guna mixer, padahal muffin tak boleh pukul lebih-lebih, setakat gaul je dah ok.

Terima kasih tak terhingga kat tuan punya resepi Ninamirza sebab dah membuatkan aku akhirnya jumpa resepi muffin yang sebenar ,sedap dan moist.hehe. Boleh kata sume orang cakap muffin ni sedap including officemate akak aku.alamak terbangga pulak.hihi


Muffin coklat ni cubaan yang kedua.First aku buat vanila.Dua-dua trial menjadi cuma yang vanila tu manis sikit.Yang coklat ni sedang2 je manis sebab ada koko, so balance la. Kalau nak tau, buat muffin sebenarnya senang sangat, kacau sikit,gaul2,ayak2 pastu siap.hehe.K tak pe, kalau nak tau lagi details, jom layan cara-cara dan resepi yang aku share ni.

Rujukan:Ninamirza
BAHAN-BAHAN (satu adunan ni akan dapat 15 cup muffin saiz besar)
Bahan A
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
2 1/2 cawan susu segar (bancuhan susu tepung dengan air suam)
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
4 cawan tepung gandum
6 sudu kecil baking powder
2 cawan gula
2 cubit garam
8 sudu kecil serbuk koko
Bahan C
Chocolate chip/rice
CARA-CARA
1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
2.Mula-mula kita buat untuk bahan A dulu.Masukkan telur ke dalam mangkuk besar.Dengan menggunakan whisker,pukul telur.Masukkan esen vanila,pukul lagi.Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.Last sekali masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.Ketepikan
3.Ayakkan kesemua bahan B dalam satu bekas besar.Buatkan satu lubang ditengah-tengah.
4.Kemudian masukkan adunan bahan A yang dah siap tadi di tengah-tengah lubang tu.
5.Kacau dengan kaedah kaup balik sehingga semua tepung bergaul rata.(Anggaran 25 kali).Jangan kacau lebih2 ye.Adunan memang akan sedikit berketul.
6.Biarkan adunan selama 5 minit dan kemudian kacau secara bulatan sebanyak 2 kali.
7.Tuangkan adunan ke dalam cup muffin yang telah disusun di dalam loyang/bekas acuan.
8.Taburkan chocolate chip/rice di atas muffin.
9.Bakar  muffin selama 20 minit atau sehingga masak.Letak muffin di tingkat tengah oven ( aku guna api atas dan bawah serta fan.





13 Feb 2014

RESEPI COCOA BROWNIE

Assalamualaikum..


Aku first time makan brownie masa aku kat matrik few years ago. time tu ada buat party/jamuan tuk geng aku.So ade la tempah kek.aku pun makan, tapi xtau pun tu brownie.tapi seyes mmg sedap.rsenya kitorang tempah kat kedai kat depan library tu kot.sesape budak matrik johor tau la kedai yang aku cakap ni..tak sure skrg ade lagi x kedai tu. aku suka masalodeh kat situ sebab rangup2.hoho

Ok harini kita belajar sikit apakah itu brownie.hihi. Sebenarnya first time aku nak buat brownie ni aku konfius apa beza brownie dengan kek yang lain? Kenapa brownie ni rasa dia lain, agak keras pastu sedap sangat. 

Brownie ni flat dengan texture yang biasanya kenyal ataupun lebih kurang macam biskut.Biasanya permukaan atas akan berkerak pastu sikit berkilat.Kalau kebiasaan kek gunakan baking powder, tapi brownie tak/ ada sesetengah yang guna bakng powder.Brownie juga mempunyai rasa koko/coklat yang kuat sebab resepinya biasa menggunakan banyak koko/coklat.Brownie tidak menggunakan jumlah tepung yang banyak macam kebiasaan kek.itulah sedikit knowledge yang aku boleh share.hehe

Brownie yang ni adalah yang kali kedua aku buat.First try, brownie jadi tapi sangat manis.Dah jadi cam gula-gula kacang.haha.Sebabnya resepi asal guna unsweetened chocolate, aku g hentam coklat masakan yang biasa tu.cnfirm la kan manis.tu la derhaka lagi.hehe.So yang kali ni aku try resepi lain guna serbuk koko pulak sebab tak tau pulak mana nak cari coklat yang tak manis.Kalau koko banyak je jual yang pure,  rasa pahit. 

Tapi utntuk makluman, resepi yang aku nak share ni brownie dia macam sedikit rasa pahit, mungkin terlebih koko kot.Aku mmg suka rasa sikit pahit2 camni, tapi mungkin ramai yang tak suka, so korang kurangkan la ye amount koko tu.Conclusion nya brownie yang ni memang sedap, rangup dan kaya dengan koko.ho3

Rujukan : KingArthurFlour
BAHAN-BAHAN
4 biji telur gred A
1 1/4 cawan serbuk koko Van houten
1 teaspoon baking powder
1 tablespoon esen vanila
1 tablespoon instant coffee
1 cawan butter/unsalted butter (aku campur half2)
2 1/4 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
Kacang badam dan gajus yang telah dikisar (ikut suka hati nak berapa banyak)

CARA-CARA
1.Masukkan telur ke dalam bekas/periuk dan pukul bersama dengan koko,baking powder dan esen vanila sehingga sebati dan likat.Ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan gula dan butter dan panaskan dengan cara double boiler.Panaskan sambil kacau sehingga most of sugar larut.Akan nampak shiny.
3.Angkat dari api dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi campuran koko tadi.Kacau sehingga sebati..Sementara tu boleh la panaskan oven pada suhu 180 darjah.
4.Masukkan pula tepung dan kacang.Kacau lagi.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang nipis yang sudah di sapu dengan mentega (lapik dengan baking sheet dulu).Ratakan.
6.Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.Cucuk dengan lidi, kalau bersih tak melekat, kira dah masak la tu.











11 Feb 2014

RESEPI KEK OREN BERSALUT COKLAT

Assalamualaikum..



Rindunya!!dah lama tak post resepi..Bz la katakan.wahaha.takde bz pun benornya, cuma minggu lepas bz berpoya-poya dengan my besties.Wah akhirnya dapat gak jumpa dengan geng bilik kat upm dulu.rindu tol lama tak jumpa.Syok tol dapat korek rahsia masing-masing.haha.Sume dah berteman aku je yang single mingle.Eh saje nak promote diri sendiri ke ni?wahaha

K takpela soal jodoh tu nanti2 pikir, skrg nak share resepi kek yang sedap mengalahkan kedai.erk.hehe.kek ni aku buat ahad lepas, semangat ni padahal baru je balik dari hangout dengan budak2 ni. Start buat pukul 4.30 siapnya pukul 10 mlm.wah cer kire berjam-jam tu.

Actually aku dah lama dah berangan nak terer buat kek krim/kek hari jadi.Sebab tengok orang lain buat cantik-cantik.Tapi aku tak tau nak buat krimnya atau buttercream.Kalau boleh nak krim yang rasa cam kat kedai kek tu.Banyak resepi guna krimwell.Tapi cam leceh pulak asik nak cari kat tesco ke giant ke.Kedai2 kecik mana ade.huhu. So aku pun try guna bahan yang biasa je.Tapi tak jadi sebab gula dia tak hancur.Bila makan rasa cam ada benda rangup2.cam pelik je rasa.So stop la jap buat kek krim.

Beberapa minggu lepas aku pun try buat kek opera. Kek ni ada buttercream.Bila dah buat baru terpikir macam ni kot cara buat krim yang macam kat kedai tu.Sedap... pastu gula dia hancur.Hasilnya memang sedap! .akak aku pun ckp sedap.hehe

Kek pulak kek chiffon perisa oren.Saje aku buat guna resepi kek chiffon sbb sedap dan lembut.Tapi kejadian kek ni tak berapa cantik la.ho3.sebab masa aku letak ganache tu, krim kat bawahnya belum keras sgt.Tu yang jadi comot.

Jom layan....

BAHAN-BAHAN
KEK CHIFFON OREN

Bahan A
5 butir kuning telur (Gred B)                                
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
2 sudu besar emulco oren
125g self rising flour
Bahan B
5 butir putih telur
80g gula pasir
CARA-CARA
1. Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan kemudia emulco.Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam loyang leper. (aku guna dua loyang sebab nak buat kek dua lapis)
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Jangan undercooked sebab nanti kek senang hancur. (note:kek chiffon sangat lembut)
7.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.Masukkan dalam peti sejuk untuk bagi kek sedikit keras supaya senang nak melapis kek nanti.(anggaran 2 jam)
BAHAN CHOCOLATE GANACHE
Rujukan:Puteri's Oven
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 sudu besar minyak masak
CARA COKLAT GANACHE
1.Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kuali / bekas untuk mixer.Kacau dengan whisk supaya tepung dan koko tak berketul
2.Panaskan dengan kaedah double boiler.Kacau guna whisk  ( sebab senang)
3.Teruskan mengacau sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat)
4.Bila dah pekat, angkat dari api dan masukkan minyak.Kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.Kemudian masukkan ke dalam piping bag/plastic untuk pipekan atas kek nanti.
BAHAN CHOCOLATE BUTTERCREAM
Rujukan:Azlita Masam Manis
50g putih telur (anggaran 1 1/2 biji telur)
100g gula kastor (jangan guna gula pasir nanti susah nak larut)
150g unsalted butter (aku guna butter biasa.lagi elok guna unsalted)
serbuk koko dibancuh dalam air panas (air sedikit sahaja)
CARA BUTTERCREAM
1.Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas kemudian panaskan dengan cara double boiler.
2.Panaskan sehingga gula betul-betul larut (sambil kacau).Tapi jangan sampai telur tu masak ye.
3.Bila gula dah larut cepat2 angkat dan putar guna mixer sehingga menjadi berkilat dan kental (bila terbalikkan adunan telur tak jatuh)
4.Masukkan butter dan pukul sebati. 
5.Kemudian masukkan bacuhan serbuk koko (ikut citarasa masing-masing nak koko banyak ke sikit).Pukul sebati.
6.Masukkan cream ke dalam plastik/piping bag untuk piping atas kek nanti.
CARA MELAPIS KEK
1.Mula-mula keluarkan kek yang dah 2 jam dalam peti sejuk tadi.
2.Pipekan buttercream dia atas kek pertama dengan corak lingkaran macam bentuk ubat nyamuk tu.hehe
3.Letakkan kek yang kedua dia atas lapisan cream tadi.
4.Pipekan pula buttercream dia atas kek yang kedua.
5.Simpan kek dalam peti ais sehingga buttercream betul2 keras.(tak sure bpe jam sebab aku punya tak berapa keras.aku simpan dalam 2 jam )
6.Bila buttercream dah mengeras, pipekan pula ganache di atas kek dan ratakan di tepi kek.Siap!
Boleh la masukkan dalam peti ais untuk keraskan kek baru sedap.nyummy..!
Kalau ikut loyang yang aku guna tak ingt brpe inci, adunan kek chiffon ada lebih.Takpe yang lebih tu walaupun takde krim pun sedap, boleh dimakan begitu sahaja.ehe



4 Feb 2014

DIY : HOME MADE BUTTERMILK

Assalamualaikum...



Harini aku nak share resepi yang paling simple iaitu Buttermiilk. Apakah buttermilk? jawab-jawab, masuk exam nanti soalan ni.hihi

Walaupun its name is BUTTERmilk, tetapi dia bukan lah butter. Kalau kita rujuk kat pembuatan butter secara tradisional, buttermilk was the liquid left behind after churning butter out of cream (ayat wiki.haha) Senang citer, buttermilk ni side product yang terhasil time pembuatan butter daripada cream ( cream → butter + buttermilk) .Sebab tu nama dia buttermilk..Belajar sejarah buttermilk pulak harini.wahaha

Home made buttermilk ni adalah substitute untuk buttermilk yang dijual kat pasar raya.Buat sendiri lagi senang kan.dijamin halal.hehe.Walaupun memang tak sama seperti yang dijual, tapi hasilnya still memuaskan.

Apakah purpose masukkan buttermilk dalam resepi?Sama je kot dengan susu biasa.(kekonfiusan aku bila first time nak guna butermilk )
Sebenarnya buttermilk dapat menjadikan texture kek spongy.  Buttermilk menjadikan adunan kek sedikit berasid dan akan menghasilkan satu tindak balas kimia dengan serbuk penaik (baking powder/soda bikarbonat) yang biasanya ada dalam resepi kek. Ketika tindak balas berlaku,  bubbles of carbon dioxide are produced.Bubbles ni la yang akan menjadikan texture kek spongy.

Kat sini aku share cara aku buat buttermilk .Ada lagi cara lain.rajin-rajin kan la tangan menggoogle ye.ehe



*Kalau tengok kat picture ni ada 2 buah,satu yang color hijau dan lagi satu kuning kan?yang hijau tu bukan lemon tak masak tau ehe,tapi lime.Sekian.