FIND RECIPES HERE

1 Jul 2015

KAFEIN Oh KAFEIN...

Assalamualaikum...



Aku sebenarnya tak boleh tidur sebab dah melantak nescafe 2 tin tadi..jantung dok dup dap dup dap.Rasa tak sedap hati.Padan la muka.Dah tau memang tak boleh minum pergi minum jugak....huhu

Sebenarnya dah lama dah aku tak minum segala jenis minuman yang berkafein.Sebabnya mesti ada kesan punya.. Teh pun ada kafein tau tuan tuan dan puan puan.First time aku tau teh ada kafein time kat u dulu bila kena buat experiment extract kafein dari teh.Baru la ku tau ingatkan kopi je ada kafein.agaga.Tapi kandungan kafein dalam teh adalah kurang berbanding kopi.Kalau aku minum teh abes angin perut aku.

Dulu time kat u boleh dikatakan kerap jugak la aku minum nescafe.Asal nak stay up je (rajin la konon study.ngeh3) mesti teguk secawan.Confirm mata celik je sampai ke petang esoknya.Bila dah petang amek ko  ngantuk tak hengat.Letak kepala kat bantal terus KO.Bising mana pun roomate  jangan harap aku nak bangun.ho3.Disebabkan selalu minum la lepas je abes study, tetibe ada kesan sampingan la pulak.Kadang kadang memang terbayang kesedapan kopi tu.Tapi tahan je sebab kang tak pasal pasal semua benda tak boleh buat.Tahan tahan pun kadang kadang buat buat tak ingat tak boleh minum.agaga

Tapi harini sebab teringin sangat tu yang aku bantai 2 tin amek ko..huhuhuhu.So padan muka la tak boleh tidur dah ni.aduyai

*Lepas dah minum baru teringat aku boikot nestle..huhuhuhu

0 komen:

Post a Comment