FIND RECIPES HERE

26 Dec 2015

RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE ~ SUPER MOIST

Assalamualaikum...



Berjumpa lagi kita.Dah sebulan aku menyepi.. Bz la katakan..Bz la sangat.haha.Ni ada cuti panjang dapat la aku ke mengedate blog..Lagipun bosan gak takde buat ape kan..hehe

Kalau sesape perasan kat blog ku ini dan macam macam jenis kek coklat dah aku try, ada POUND CAKECHIFFON CAKEBROWNIES. Setiap kek tekstur memang lain.Kalau nak tau ape yang lainnya cuba la try..Aku belum pernah try kek coklat lembap. So ini lah masanya.haha.

Alhamdulillah menjadi.Memang moist la sangat-sangat. Sedap pulak tu tak terlampau manis. Risau gak kan kek bantat ke ape ke.Sebab hari tu ada la buat kek guna mixed flour yang ready made, tapi keknya jadi bantat la pulok.Sedih la sikit.Sikit je.hehe.Lagipun tepung tu dah lama beli kot.Tu yang dah rosak la agaknya...




Kek ni senang je nak buatnya..So korang boleh la try ye..Tak payah guna mixer pun.Gaul sahaja guna la senduk ke spatula ke apape la yang ada kat dapur tu..Jangan la pulak guna sudip.sedih bebenor nampaknya..heuheuheu


MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN

150g tepung gandum ( brand faiza)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
100g serbuk koko
390g or 1 tin susu cair
200g minyak masak 
250g susu pekat manis
200g gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu besar coffee/choc emulco
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA

1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan. Ketepikan

2. Dalam periuk satukan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat dan gula. Masakkan di atas api yang perlahan (sambil kacau) sehingga gula larut dan adunan menjadi licin dan bergaul rata.

3. Ketepikan dari api dan terus masukkan telur satu persatu sambil kacau adunan.

4. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati.

5. Masukkan emulco dan esen vanila.Gaul sebati.

6. Tuangkan adunan dalam loyang leper yang telah dilapik dengan baking paper.

7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit. Bakar kek pada suhu sama selama 20-30 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.