FIND RECIPES HERE

26 Dec 2015

RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE ~ SUPER MOIST

Assalamualaikum...



Berjumpa lagi kita.Dah sebulan aku menyepi.. Bz la katakan..Bz la sangat.haha.Ni ada cuti panjang dapat la aku ke mengedate blog..Lagipun bosan gak takde buat ape kan..hehe

Kalau sesape perasan kat blog ku ini dan macam macam jenis kek coklat dah aku try, ada POUND CAKECHIFFON CAKEBROWNIES. Setiap kek tekstur memang lain.Kalau nak tau ape yang lainnya cuba la try..Aku belum pernah try kek coklat lembap. So ini lah masanya.haha.

Alhamdulillah menjadi.Memang moist la sangat-sangat. Sedap pulak tu tak terlampau manis. Risau gak kan kek bantat ke ape ke.Sebab hari tu ada la buat kek guna mixed flour yang ready made, tapi keknya jadi bantat la pulok.Sedih la sikit.Sikit je.hehe.Lagipun tepung tu dah lama beli kot.Tu yang dah rosak la agaknya...




Kek ni senang je nak buatnya..So korang boleh la try ye..Tak payah guna mixer pun.Gaul sahaja guna la senduk ke spatula ke apape la yang ada kat dapur tu..Jangan la pulak guna sudip.sedih bebenor nampaknya..heuheuheu


MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHAN

150g tepung gandum ( brand faiza)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
100g serbuk koko
390g or 1 tin susu cair
200g minyak masak 
250g susu pekat manis
200g gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu besar coffee/choc emulco
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA

1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan. Ketepikan

2. Dalam periuk satukan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat dan gula. Masakkan di atas api yang perlahan (sambil kacau) sehingga gula larut dan adunan menjadi licin dan bergaul rata.

3. Ketepikan dari api dan terus masukkan telur satu persatu sambil kacau adunan.

4. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati.

5. Masukkan emulco dan esen vanila.Gaul sebati.

6. Tuangkan adunan dalam loyang leper yang telah dilapik dengan baking paper.

7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit. Bakar kek pada suhu sama selama 20-30 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.





9 Nov 2015

RESEPI APPLE CRUMBLE TART/PIE ~ YUMMY

Assalamualaikum...



Sape cuti harini kita geng.agaga. Mengade betul nak cuti padahal bukan sambut pun Deepavali. Sebenarnya aku saja je ambik cuti harini. Nak berehat before nak menghadapi kerja lab yang berlambak lepas ni. Dengan orang audit ISO nak datang lagi..Debor la jugak. So baik aku berehat awal awal.Dapat jugak mengupdate blog..ho3

Apple crumble tart/pie mesti ramai yang dah pernah try kan.Memang hot betul tart ni. Berlambak resepi. Aku sebenarnya macam konfius sikit ada beza ke pie dengan tart.Kalau tengok kat blog-blog ramai yang tulis apple pie. Ada jugak yang tulis tart.. Bagi aku crust yang aku buat ni macam rasa tart.Crust dia lebih kurang macam karipap.Kalau pie crust dia lain sikit, ada lapisan rasa macam karipap pusing/pie ayam.Ha gitew la pemahaman aku.. Banyak sebenarnya beza pie dengant tart kalau baca kat wiki. Abaikan la tu baek aku terus ke resepi..ho3


Source : Azlita masam manis

APPLE CRUMBLE TART
KULIT PASTRY

240g Tepung Gandum
170g butter sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

1.Campurkan tepung dan butter. Dengan menggunakan garpu, tekan2 butter dan gaulkan dengan tepung sebati sehingga jadi macam serbuk roti.

2.Masukkan gula aising dan gaul sebati.Last sekali masukkan air ais dan gaul sehingga menjado doh.Uli sekali. 

3.Masukkan doh dalam plastic wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.Sambil-sambil tunggu tu boleh buat inti dan topping.

INTI EPAL


5 biji apple merah (FUJI)
2 sudu besar jus lemon
Secubit garam
2 sudu besar butter
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis 
2 sudu besar tepung jagung

Buang kulit, biji. potong dan hiris nipis.Panaskan gula dan butter. Masukkan hirisan epal dan gaul rata.Masukkan garam, serbuk kayu manis, tepung jagung.Kacau dan gaul sebati sehingga epal sedikit lembut dan kuahnya pekat. Masukkan jus lemon dan gaul sebati.Angkat dan biarkan sejuk.


Terliur tengok inti dia yang moist.nyum nyum

CRUMBLE TOPPING

75g Tepung gandum
35g Unsalted butter
35g gula perang

Campurkan tepung dan butter.Gaulkan guna garpu sehingga jadi macam serbuk roti. Masukkan gula perang dan gaul sebati.

CARA SEDIAKAN TART

1.Ambil kulit tart dari dalam peti sejuk.
2.Canaikan sederhana nipis.
3.Lapikkan dengan plastik supaya tak melekat. Sapukan acuan tart dengan butter.
4.Alihkan doh ke dalam acuan tart.
5.Picit2kan supaya doh melekat elok.
6.Potongkan doh yang lebih di tepi acuan.
7.Masukkan inti epal  sehingga penuh.
8.Ambil 4 sudu besar kuah epal dan tuangkan ke atas inti.
9.Taburkan crumble sehingga menutupi inti.
10.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 210 darjah celcius.
11.Bakar tart pada suhu 210 darjah selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu ke 190 darjah dan bakar selama 45 minit.


29 Oct 2015

RESEPI CHOCOLATE POUND CAKE ~ BITTERSWEET

Assalamualaikum...




Aku seminggu ni penat terlebih. Mungkin sebab dok ulang testing kat lab benda yang sama je kot. Asyik tak ok je result, dah nak muntah dah dok pikir solution..sampai termimpi mimpi pun ada.hahahaha.Dah teruk sangat dah sampai mimpi gamaknya..Ala, biasa la tu kan masalah kerja memang tak pernah habis..

Bila dah penat terlebih terbantut la jugak niat nak mengupdate blog. Asal nak start type je mesti terus ngantuk.Harini memang nak kena update jugak tak tenang jiwa kang.hahaha.



Teringat akak opis cakap "baru akak tau ada banyak rupanya jenis jenis kek" hehe. Sama la aku dulu dulu. Kalau aku tak terjebak dengan hobi baking ni pun aku tak tau ada macam macam kek kat dunia ni. Ha mai sini aku nak citer pasal kek pound. Al kisahnya bulan puasa hari tu budak opis ada jual kek tempah dari mmbe dia chef katanya.Kek tu dia letak dalam bekas aluminium yang segi empat tepat tu.Rasanya memang sedap giler kot.Aku beli double chocolate + choc chip. Bila tanya member dia tak tau pulak jenis kek tu. Memang la tak tau member tu lelaki. Layan pulak dia jenis-jenis kek ni .hahaha Bila ingat ingat balik dulu dulu aku macam pernah beli kat shopping complex kek cenggini.Biasanya kek ni tempatnya kat bahagian sejuk beku.




So aku pun start menggoogle. Sebab tak tau kek apa, aku tengok je pic kek yang tekstur dia aku rasa macam sama dengan yang aku pernah makan tu.Kalau nak tau kek pound ni rasa dia dense/padat.Kalau baru keluar dari peti ais rasanya sederhana keras dan moist.Ha camane tu dah keras moist pulak.haha.Kalau brownies keras macam biskut, kek pound ni kurang sikit kerasnya dari brownies. Time kek dok dalam oven, debor jugak nak tau jadi ke tak tekstur macam kek pound. Alhamdulillah la menjadi sangat..Sedap sangat!bittersweet gitew---> komen dari tukang merasa.heuheuheu

Kalau ikut resepi tradisional dari orang america kek pound ni sebenarnya setiap bahan menggunakan hanya 1 pound : telur, tepung, butter, gula. Kek yang menggunakan ratio bahan 1:1:1:1 juga boleh dipanggil kek pound. Bila refer balik resepi yang aku follow ni takdela tradisional sangat sebab ada koko kan.Aku ada derhaka sikit tak letak coklat masakan sebab kat umah takde stok. So aku guna semua serbuk koko..Gula pun aku tambah agak agak je tak nak bagi kek pahit sangat.


CHOCOLATE POUND CAKE
BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum/serbaguna
1 sudu kecil garam
100g serbuk koko (brand Van Houtten)
1/2 cawan air mendidih 
1 cawan butter (lembutkan)
1 1/4 cawan + 1/2 cawan cawan (boleh kurangkan)
6 biji telur gred B

CARA-CARA

1. Campurkan sekali tepung dan garam.Gaul sedikit bagi sebati garam tu.

2. Masukkan air mendidih ke dalam bekas berisi serbuk koko dan gaulkan sehingga koko sedikit likat..Masukkan air sikit-sikit sambil kacau.Asalkan koko dan jadi cecair yang likat dah boleh stop tambah air. Ketepikan

3. Dalam bekas mixer, masukkan butter yang dah dibiarkan pada suhu bilik dan gula.Putar sehingga sebati dan gebu.

4. Masukkan serbuk koko yang sudah dicairkan tadi, Putar sebati.

5. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil putar.

6. Last sekali masukkan campuran tepung tadi dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati (tak payah lama sangat)

7. Boleh la nak masukkan choc chip or kacang.Gaul sebati.

8. Sediakan loyang segi empat tepat sederhana besar ( tak sure brpe inch) dan lapik dengan baking paper.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hias dengan choc rice.

9. Panaskan oven pada suhu 160-170 C dan bakar selama 1 jam pada suhu yang sama.Letakkan loyang di aras kedua dari bawah.

10. Bila dah siap masukkan ke dalam peti ais. Aku recommend makan sejuk sejuk. yum yum yum




25 Sept 2015

DARK/MOODY FOOD PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum...



Harini takde resepi nak share.Tapi aku nak share benda ni, dark/moody food photography.Ha ape kebendakah ini? Kalau sesape yg minat dengan food photography mesti perasan kan sesetengah pic food mesti ade yang moody means suram2 je kan to mknn tu still terang dan jelas.macam pic yang aku post kat atas ni.

Pic2 ni dah di edit sikit guna picasa je..Kena pndai la tambah sikit mne yg tak sesuai tu.Bak kate profesional photographer, editing is essential part of the digital photography workflow.So tak salah nk edit tapi sikit sikit je ye..Terlebih edit akan nampak pic tak real..

Sejak akhir2 ni tetibe je aku terobses dengan moody food ni.Mungkin sebab boring kot asyik ambik gambo terang benderang sekali sekala nak jugak ala ala candle light dinner.heuheuheu.



Disebabkan aku belom lagi berkemampuan nk ade dslr sebijik (ceh ayat sedih) susah jugak la nk setting segala bagai reflector, dengan nk pegang hp lg, so hasilnya pun cenggini la..haha. takpe sok2 boleh improve lagi kan. Usaha tangga kejayaan.hehe.

P/s :takde sape ke nak derma masuk akaun bank aku, tak dapat 2.6 biliion pun takpe asal lepas beli dslr. heuheuheu


20 Sept 2015

RESEPI KEK SPAN VANILLA ~ TANPA OVALETTE

Assalamualaikum...



Lama tak kongsi resepi kan. Ni semua sebab tart yang tak menjadi.huhu.Al kisahnya minggu lepas aku ada la buat no bake chocolate tart. Kat facebook dah viral pun. Malang nasibku coklat ganachenya cair sikit.So bila aku nak bergambo tu tak cantik jadinya.Last last aku pun malas bergambo. Takde gambo tak dapat la nak share resepi kan..Ala, biasela tu baking2 ni mesti ada yang jadi.Banyak jugak tak mejadi.Kadang2 kalau menjadi pun appearance pulak tak cantik. Yang penting usaha tangga kejayaan.hehe.




Before ni aku pernah la buat kek span tanpa ovalette tapi keknya jadi bantat..So kali ni terjumpa resepi kek span lagi. Yang penting TANPA OVALETTE jugak. Ha kenapa aku nak yang tanpa guna ovalette? Sape yang tak tau apa itu ovalette. Ovalette ni yang aku tau adalah bahan penstabil/emulsifier kek. Kira kalau guna benda ni kek akan jadi lembut dan fluffy.



Teringat dulu time kat matrik, pernah sekali pergi kelas buat kek marble kat kolej komuniti (kot), tak ingat kenapa kena pergi kelas tu. Sekali je pun. Kolej komuniti tu jiran  matrik aku, kolej matrikulasi johor. Eh dah lari topik daaa. haha. Time kat kelas tu ada cikgu tu cakap ovalette ni kena jaga jaga sikit sebab ada yang diperbuat daripada bahan yang tak halal.So paham paham jela.Ada la tips yang cikgu tu bagi camane nak differentiate yang halal dengan tak.Tapi aku tak ingat.haha.

Senang je nak tau halal ke tak cari la yang ada halal jakim..hehe. Mungkin banyak boleh dapat kat kedai bakery. Aku ni jarang la pulak g kedai gitu. Padahal kat depan Jusco tu ada je.Ish3. Dekat Giant or Tesco pun ada jugak cuma nama produk tu tak berapa nk tepat pulak. Pada aku memang penting bab2 gini. Kan "Mencari yang halal itu wajib".hehe. 


Walaupun tak guna ovalette kek ni memang sangat lembut. Sedap sangat. Lembut macam kek chiffon pun ada gak. Cara buat pun sangat simple dan sangat senang. Panjang lebar pulak cerita. Bila nak tulis resepi ni.

Meh meh kita layan resepi pulak.


Rujukan : fazya.blogspot.my
KEK SPAN VANILLA ( dapat 7 biji cupcake size L)

BAHAN-BAHAN

3 biji telur gred B

75g gula kastor

sedikit soda bikarbonat ( hujung sudu teh)

1 sudu  kecil esen vanilla

63g tepung gandum (aku tak ayak. lagi elok ayak dulu)

40g butter yang dicairkan

CARA-CARA

1) Pukul telur, gula dan soda bikarbonat guna mixer sehingga kembang. Nak tau kembang ke tak, amount adunan tu lebih tinggi dari before pukul. Dah kembang mesti lagi nampak banyak kan.Color adunan kuning cair.

2) Masukkan tepung dan gaul dengan cara kaup balik. Gaulkan sehingga sebati,

3) Masukkkan butter dan kaup balikkan sehingga sebati,

4) Masukkan ke dalam cup muffin dan bakar selama 35 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah. Time tuang adunan tu akan nampak ada buih buih. Tu tandanya soda bikarbonat tu hidup dan masih elok.





13 Sept 2015

CERPEN AKU KAT PENULISAN2U.MY ~KISAH CINTA RAISYA

Assalamualaikum..



Wah rasa nak menjerit je.hahaha.Alhamdulillah setelah nak dekat 2 bulan akhirnya penulisan2u publishkan jugak cerpen aku yang tak seberapa tu.heheuheu.Kalau nak baca, korang boleh g kat link PENULISAN2U KISAH CINTA RAISYA.Kat blog aku ni pun ada aku dah post tapi before aku edit.Yang kat penulisan2u tu yang dah final.

Sejak berjinak jinak dengan penulisan cerpen aku tak tau nak buat apa dengan cerpen aku tu. Tetibe rasa nak share dengan orang lain. Ye la at least aku boleh improve apape yang kurang kan. Tah macam mana saje la nak send my karya to penulisan2u.

Mula2 aku try send kat website dia.Bila dah sebulan takde apape feedback aku try lagi.Last last aku send direct kat email dia. First send bulan May hari tu.Senyap jek. Pastu aku try lagi bulan Julai. Alhamdulillah dorang reply.



Kira dalam 2 bulan jugak la dorang nak publish cerpen aku. Saje je aku bukak website dia tadi mane la tau ada cerpen aku tu sebab dah lama tak cek. Terkezut den ada pulak. Cerpen ni pun buat saje saje kira amatur lagi la. 2 tahun jugak la buat sebab aku buat sikit sikit.Bila ada masa lapang la.Ade lagi 2 cerpen yang dah separuh siap, tengah pikir nak letak endingnya.haha

So sesape yang nak penulisan2u publishkan cerpen/novel korang try la send. Kalau tak berjaya send je banyak kali. Bukan dia marah pun.kih3

12 Sept 2015

MENGGAMIT KENANGAN ~ UPM

Assalamualaikum.


Bagi sesape yang tak tahu dulu aku study kat UPM Serdang amek kos kimia. Dah nak masuk 4 tahun dah since aku grad. Memang rindu sangat bila teringat zaman study dulu dengan member-member, suka duka bersama.Ayat tak bole bla.hhhahaha. Aku memang dah lama ingat nak pergi sana bila-bila free nak melawat balik tempat tempat yang menggamit kenangan.Nostalgic sungguh.heuheuheu

So hari jumaat tu yaya (geng kos) ajak aku g jalan jalan kat putrajaya ada Karnival Usahawan Muda pastu nak pergi upm sekali.Fida pun join. Ajak zyra tapi dia xley join sebab dia dah balik johor ikut hubbynya. Yang lain dok jauh so kami bertiga je la..Aku apa lagi memang nak sangat la pergi, dah lama rindu upm kan...ho3

Pagi tu pergi putrajaya dulu round2 kat KUD bagi bakar kalori.hehe.Petang singgah The mines tempat kitorang salu lepak time study dulu, al maklumla sini je shopping mall yang dekat.heuheuheu. Lepas lunch baru gerak p upm.


Bila dah sampai kat fak (fakulti sains) rasa macam-macam.Rasa gembira campur sedih kot. Sedih sebab kenangan manis time study tinggal kenangan je. Rindu zaman tu.Aku rindu zaman gelak gelak, hang out dengan member tapi tak rindu pun zaman ade banyak test, exam.hahaha

Sini la lab organic chemistry! tak ingat dulu dah dicat ke tak

Signboard kat belakang fak.Amboi model tak bertuliah ni.haha

Lif kat fak nak g lab. Yaya macam marah je.hihi
Ni la kerusi dan meja yang salu jadi mangsa kitorang untuk siapkan lab report last minit.heuheuheu
Tempat mengcopy paste report fizik.eh.shhhhh ~area fak ekologi

Perubahan yang paling ketara kat upm adalah ada banyak mesin gedegang. Mesti tau kan mesin air gas yang bunyi gedegang bila air jatuh tu..ho3. Siap ada mesin air mineral lagi & mesin buat coffee. Best betul dak sekarang ni ek.Dulu satu habuk pun tarak.Ada nampak ketidapuasan hati di situ.heuheuheu.Biase la sekarang zaman teknologi kan..

Ni la mesin yang kitorang tak puas hati tu

Siap try buat cappucino. kelassss.RM1 je pun.heuheuheu


Banyak lecture kimia kat bilik ni. Tak ingat dah subjek ape
Pondok bas depan fak - tempat yang paling kerap dikunjungi..ho3. Dah banyak dah pondok bas sekarang. Nampak tak kon kon, tu laluan berbasikal.

Dulu kalau nampak bas dah nak sampai mesti cepat cepat dok depan sekali ready nak rebut.Gembira betul kalau bas betul betul stop depan tmpt ko berdiri.Memang confirm dapat duduk la dalam bas.hahaha.Kelakar berebut bas sampai tolak tolak.Lagi lagi kalu dah lambat nak gi kelas memang habis aku tolak sesape kat situ.Dulu salu berdua dengan zyra. Risau jugak kalau sorang dapat naik sorang tak.Bila dah naik bas mesti jenguk jenguk takut sorang tertinggal bas.hehe 

Paling sabar bila peak time.Semua bas lalu semua pun penuh..Time tu takde maknanya aku nak berebut memang tak dapat naik punya.Hanya mampu pandang je orang lain berebut.hahaha


Kadang kadang baru je keluar kelas nampak ada bas baru stop.Ape lagi berlari pecut la kami semua tak nak kena tinggal. Bas ni datang tak kira masa, time banyak banyak sangat.Time takde memang lama menunggu.
Kafe Kolej Serumpun - Kolej kediaman..
Kafe ni baru je di renovate time aku semester 4 kot. Tak ingat sangat. Jadi lagi cantik la.Dulu still old school lagi.Tapi time old scholl tu la ada char kue teaw sedap giler.Mesti aku akan beli dua bungkus aku ngap semua.hahaha.Lepas renovate kedai tu dah takde.sedih.tak dapat dah merasa.

Koperasi Kolej Serumpun
Ko op ni memang pit stop aku lepas turun bas.Time tahun 2,  aku suka benor beli nutrigen ke vitagen tah. Adik beradik benda tu semua aku salu beli.Tah kenapa.Hari hari pulak tu. Al maklum la nak naik kat kolej kan bukit, tinggi pulak tu sambil minum minum hilangkan penat.hahaha.Pastu selalu gak beli keropok kering yang sedap  tu.Memang buat kudap kudap time memalam buat assigment & lab report.
Ko ni fida kat koop pun nak bergambo.Yaya pun pandang pelik.haha

Banyak lagi tempat yang tak sempat pergi sebab dah petang sangat time tu. Kaki pun dah penat nak jalan. Takpela next time boleh datang lagi..hehe.Apape pun memang sangat puas hati dah dapat melawat UPM ku..ho3

7 Sept 2015

RESEPI GARLIC SPREAD ~ HOMEMADE

Assalamualaikum..


Harini aku nk share resepi yang sangat simple mudah dan cepat iaitu (skema pulak.heuheuheu) Garlic Spread. Kalau korang pernah stalk blog aku before ni mesti perasan aku pernah share resepi buat Garlic Bread/Roll.So harini aku ringkaskan resepi tanpa roti.

Buat garlic spread ni memang sangat senang tak payah guna mixer or  mesin. Gunakan tangan sahaja. eh. tapi dengan bantuan sudu la ye.Tak kan nak kacau guna tangan. Nanti tak pasal pasal tangan membara sepanas bara api.eh.melalut.hee..Nak lain dari lain, gunakan kaki pun boleh tapi tak sopan la pulak kang ternampak jiran tetangga.jatuh saham.heuheuheu.




Ok dah habis merepek meraban jom kita belajar cara cara nak buat garlic spread ye murid murid.hehe


GARLIC SPREAD

Bahan-bahan

250g salted butter 
16 biji bawang putih
1/2 sudu kecil garam
5 helai daun ketumbar/bawang. (ambik daun je ye)

Cara

Lembutkan butter means keluarkan dari peti sejuk untuk bagi dia tak beku senang nak gaul nanti. Tumbukkan bawang putih hingga hancur (tak payah halus sangat pun takpe).Ricihkan daun kecik2.Campurkan semua bahan dan gaul/kacau sebati.Siap. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.Boleh sapukan atas roti bakar.Makan panas panas nyum nyum.

Senang kan!


*Betul ke penjodoh bilangan untuk daun ketumbar tu.Harap harap paham la ye..hehe

31 Aug 2015

RESEPI DONUT SUPER GEBU ~ LEMBUT WALAUPUN DAH SEJUK

Assalamualaikum..


Akhirnya setelah mencuba beberapa kali dan beberapa resepi selama 4 hari berturut-turut jumpa jugak donut yang lembut walaupun dah sejuk.Dijamin lembut dalam 24 jam.Gitew

Kali ni aku try resepi lain dari yang aku buat before ni. Before ni punya resepi lembut mmg lembut tapi tak tahan lama. Resepi kali ni tanpa telur.Pada aku lagi senang tanpa telur sebab kalau kat resepi kebisaanya takde dinyatakan telur gred apa yang diguna.So biasanya akan terkurang atau terlebih telur.Jadinya susah nak konsisten nak dapatkan donut yang lembut.


Siap boleh penyekkan lagi.Betapa lembutnya.hehe


Bahan bahan yang digunakan adalah bahan asas saja.Memang bisanya ada la kat dapur setiap orang.heuheuheu.Jadi tk payah risau kalau tetibe teringin or mengidam nak makan donut boleh terus je buat.

Resepinya aku dapat dari group kat fb jugak .Kalau ikut memang banyak sangat resepi yang dishare kat group fb tu.Tapi tak semuanya aku try menjadi.Tak tau la apa silapnya.Alhamdullilah yang ni menjadi dan kekal lembutnya.

DONUT SUPER GEBU
BAHAN-BAHAN ( 6 biji sederhana besar)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on tekstur doh)

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan.Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit.Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.Akan dapat rasa doh sangat lembut dan ringan.



3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Bahagikan dan bentukkan doh menjadi bebola kecil. Doh sangat lembut dan sangat senang untuk dibentuk.

6) Biarkan doh kembang selama 40 minit - 1 jam (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu). Selepas dah kembang permukaan doh nampak sangat flawless (kalah muka aku.heuheuheu)

7) Boleh la panaskan minyak dalam periuk.Guna api sederhana besar. Time ni baru la buat lubang tengah2 donut guna penutup botol.

8) Goreng donut sampai dah takde bubble kat minyak bawah donut atau permukaan sedikit perang/kuning.Terbalikkan dan goreng lagi sebelah.Angkat dan lapkan sikit minyak kat donut guna tisu.

9) Taburkan dengan gula kastor.Siap.Untuk kekal lembut simpan dalam bekas bertutup.