FIND RECIPES HERE

7 Sept 2015

RESEPI GARLIC SPREAD ~ HOMEMADE

Assalamualaikum..


Harini aku nk share resepi yang sangat simple mudah dan cepat iaitu (skema pulak.heuheuheu) Garlic Spread. Kalau korang pernah stalk blog aku before ni mesti perasan aku pernah share resepi buat Garlic Bread/Roll.So harini aku ringkaskan resepi tanpa roti.

Buat garlic spread ni memang sangat senang tak payah guna mixer or  mesin. Gunakan tangan sahaja. eh. tapi dengan bantuan sudu la ye.Tak kan nak kacau guna tangan. Nanti tak pasal pasal tangan membara sepanas bara api.eh.melalut.hee..Nak lain dari lain, gunakan kaki pun boleh tapi tak sopan la pulak kang ternampak jiran tetangga.jatuh saham.heuheuheu.




Ok dah habis merepek meraban jom kita belajar cara cara nak buat garlic spread ye murid murid.hehe


GARLIC SPREAD

Bahan-bahan

250g salted butter 
16 biji bawang putih
1/2 sudu kecil garam
5 helai daun ketumbar/bawang. (ambik daun je ye)

Cara

Lembutkan butter means keluarkan dari peti sejuk untuk bagi dia tak beku senang nak gaul nanti. Tumbukkan bawang putih hingga hancur (tak payah halus sangat pun takpe).Ricihkan daun kecik2.Campurkan semua bahan dan gaul/kacau sebati.Siap. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.Boleh sapukan atas roti bakar.Makan panas panas nyum nyum.

Senang kan!


*Betul ke penjodoh bilangan untuk daun ketumbar tu.Harap harap paham la ye..hehe

0 komen:

Post a Comment