FIND RECIPES HERE

12 Sept 2015

MENGGAMIT KENANGAN ~ UPM

Assalamualaikum.


Bagi sesape yang tak tahu dulu aku study kat UPM Serdang amek kos kimia. Dah nak masuk 4 tahun dah since aku grad. Memang rindu sangat bila teringat zaman study dulu dengan member-member, suka duka bersama.Ayat tak bole bla.hhhahaha. Aku memang dah lama ingat nak pergi sana bila-bila free nak melawat balik tempat tempat yang menggamit kenangan.Nostalgic sungguh.heuheuheu

So hari jumaat tu yaya (geng kos) ajak aku g jalan jalan kat putrajaya ada Karnival Usahawan Muda pastu nak pergi upm sekali.Fida pun join. Ajak zyra tapi dia xley join sebab dia dah balik johor ikut hubbynya. Yang lain dok jauh so kami bertiga je la..Aku apa lagi memang nak sangat la pergi, dah lama rindu upm kan...ho3

Pagi tu pergi putrajaya dulu round2 kat KUD bagi bakar kalori.hehe.Petang singgah The mines tempat kitorang salu lepak time study dulu, al maklumla sini je shopping mall yang dekat.heuheuheu. Lepas lunch baru gerak p upm.


Bila dah sampai kat fak (fakulti sains) rasa macam-macam.Rasa gembira campur sedih kot. Sedih sebab kenangan manis time study tinggal kenangan je. Rindu zaman tu.Aku rindu zaman gelak gelak, hang out dengan member tapi tak rindu pun zaman ade banyak test, exam.hahaha

Sini la lab organic chemistry! tak ingat dulu dah dicat ke tak

Signboard kat belakang fak.Amboi model tak bertuliah ni.haha

Lif kat fak nak g lab. Yaya macam marah je.hihi
Ni la kerusi dan meja yang salu jadi mangsa kitorang untuk siapkan lab report last minit.heuheuheu
Tempat mengcopy paste report fizik.eh.shhhhh ~area fak ekologi

Perubahan yang paling ketara kat upm adalah ada banyak mesin gedegang. Mesti tau kan mesin air gas yang bunyi gedegang bila air jatuh tu..ho3. Siap ada mesin air mineral lagi & mesin buat coffee. Best betul dak sekarang ni ek.Dulu satu habuk pun tarak.Ada nampak ketidapuasan hati di situ.heuheuheu.Biase la sekarang zaman teknologi kan..

Ni la mesin yang kitorang tak puas hati tu

Siap try buat cappucino. kelassss.RM1 je pun.heuheuheu


Banyak lecture kimia kat bilik ni. Tak ingat dah subjek ape
Pondok bas depan fak - tempat yang paling kerap dikunjungi..ho3. Dah banyak dah pondok bas sekarang. Nampak tak kon kon, tu laluan berbasikal.

Dulu kalau nampak bas dah nak sampai mesti cepat cepat dok depan sekali ready nak rebut.Gembira betul kalau bas betul betul stop depan tmpt ko berdiri.Memang confirm dapat duduk la dalam bas.hahaha.Kelakar berebut bas sampai tolak tolak.Lagi lagi kalu dah lambat nak gi kelas memang habis aku tolak sesape kat situ.Dulu salu berdua dengan zyra. Risau jugak kalau sorang dapat naik sorang tak.Bila dah naik bas mesti jenguk jenguk takut sorang tertinggal bas.hehe 

Paling sabar bila peak time.Semua bas lalu semua pun penuh..Time tu takde maknanya aku nak berebut memang tak dapat naik punya.Hanya mampu pandang je orang lain berebut.hahaha


Kadang kadang baru je keluar kelas nampak ada bas baru stop.Ape lagi berlari pecut la kami semua tak nak kena tinggal. Bas ni datang tak kira masa, time banyak banyak sangat.Time takde memang lama menunggu.
Kafe Kolej Serumpun - Kolej kediaman..
Kafe ni baru je di renovate time aku semester 4 kot. Tak ingat sangat. Jadi lagi cantik la.Dulu still old school lagi.Tapi time old scholl tu la ada char kue teaw sedap giler.Mesti aku akan beli dua bungkus aku ngap semua.hahaha.Lepas renovate kedai tu dah takde.sedih.tak dapat dah merasa.

Koperasi Kolej Serumpun
Ko op ni memang pit stop aku lepas turun bas.Time tahun 2,  aku suka benor beli nutrigen ke vitagen tah. Adik beradik benda tu semua aku salu beli.Tah kenapa.Hari hari pulak tu. Al maklum la nak naik kat kolej kan bukit, tinggi pulak tu sambil minum minum hilangkan penat.hahaha.Pastu selalu gak beli keropok kering yang sedap  tu.Memang buat kudap kudap time memalam buat assigment & lab report.
Ko ni fida kat koop pun nak bergambo.Yaya pun pandang pelik.haha

Banyak lagi tempat yang tak sempat pergi sebab dah petang sangat time tu. Kaki pun dah penat nak jalan. Takpela next time boleh datang lagi..hehe.Apape pun memang sangat puas hati dah dapat melawat UPM ku..ho3

0 komen:

Post a Comment