FIND RECIPES HERE

26 Dec 2013

RESEPI TART TELUR ~ NYUMMY

Assalamualaikum...


Tart telur my favourite!! wah dah lama betul tak makan tart telur, dah 2 tahun kot.Last sekali masa tu akak aku beli banyak sangat, dua kotak, yang kotak kek tu.banyak tak banyak tu.time tu dah rasa muak la kan makan banyak-banyak.Bila dah takde, teringin pulak.hehe.Sebab dah teringin, senang citer buat la sendiri takyah beli.dapat makan puas-puas.:D

Disebabkan buat tart ni first time, so cam risau la jugak tak jadi.tak pernah buat doh tuk pasty.Naseb baik jadi jugak, walaupun siapnya memang lambat, terkedek-kedek buat.haha.Kalau nak buat tart ni yang penting mestila kena ada acuan dia.So dengan semangat yang tinggi ;)) gi la beli pas balik kerja.ho3.Minat punya pasal duit terbang banyak pun tak kisah.:D

Untuk resepi ni ada dua sumber, aku ambik kat Masam manis n puterizyan.blogspot.com. Macam phot yang lain, photo tart telur Kak ita masam manis memang gorgeous.Tergoda aku.haha.

Aku gabung dua resepi ni dan dah ubah sikit-sikit ikut cara aku.


BAHAN-BAHAN
Crust Or Shell

170g marjerin                                                                                 
50g gula aising

1 biji telur gred C

290g tepung gandum

1 sudu besar esen vanila

acuan tart
FILLING

1/2 tin susu cair

1/2 cawan air suam

3 sudu besar gula pasir

4 biji telur Gred B

Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA
Crust Or Shell
1.Pukul marjerin dan gula aising menggunakan mixer sehingga kembang (bertukar jadi color kekuningan)
2.Maukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit (agak-agak texture adunan masih boleh dipukul menggunakan mixer)
4.Keluarkan adunan dari mixer (time ni adunan masih lembik).masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh (jika doh masih melekat di tangan tambah tepung)
5.Bulat-bulatkan doh kecil-kecil dan tekan ke dalam acuan tart (sapu acuan dengan marjerin supaya senang nak keluarkan).Cucuk dengan garpu.
6.Bakar pada suhu 170 darjah selama 10 atau 15 minit (separuh masak).Pastikan oven sudah dipanaskan dulu pada suhu yang sama selama 10 minit
Filling
Campurkan semua bahan dan whisk sehingga sebati.Masukkan ke dalam crust yang sudah separa masak tadi.Masukkan semula ke dalam oven untuk dibakar selama 20 minit atau sehingga telur sudah tidak berair/kenyal.
*Bila sudah masak, keluarkan tart dari acuan menggunakan pisau/garpu.Keluarkan slow-slow (kena  sabar.hehe) baru tart tak pecah dan dapat bentuk yang cantik.


23 Dec 2013

FOOD PHOTOGRAPHY - AMATEUR VERSION

Assalamualaikum...


Lately aku sangat obses dengan food photography.Actually aku saje je cari wastern recipe.Pastu minat sangat dengan cara dorang ambik gambar makanan.Salah satu yang aku admire food photo dia ada kat website ni Baked by rachel.Ada teknik-teknik tersendiri.Aku pun dah mula la berangan nak terer  macam dorang ni.haha (cita-cita tinggi melangit).Still dalam proses pembelajaran.Mana boleh nak terer on da spot kan.Kena la start dari bawah.Mungkin ambik masa bertahun nak expert dalam food photography ni..takpelah usaha tangga kejayaan kan...hehe.

Entry ni sebenarnya aku nak share gambar yang aku baru ambil petang tadi. Takdela cantik pun, still amatur.:D Saje nak test aku punya woods backdrops.Berpeluh den mengetuk sana sini nak cantumkan  kayu-kayu ni.Naseb baik kat umah ada banyak kayu yang abah simpan lebihan bertukang dulu-dulu.Object yang aku dapat cilok ada bawang je,bawang pun bawang la.trial je pun..:D






21 Dec 2013

RESEPI CRUNCHY OAT CHIFFON CAKE

Assalamualaikum...


Wah.Lately aku suka sangat buat kek chiffon ni.Sebab sedap dan lembut..Saje nak try lain dari yang lain, aku masukkan biskut oat yang brand Munchy's tu kat dalam kek ni.Dapat idea bila tengok ada someone buat kek chiffon oreo.Tapi sebab takde stok biskut oreo, guna je ape yang ada.Lagipun aku memang suka makan biskut oat ni sebab dia perisa chocolate dan sedap...:D

Resepi lebih kurang sama je dengan yang before ni, just tambah biskut je...Rasa kek ni memang sedap sebab ada rasa rangup-rangup.yum-yum :D

BAHAN-BAHAN
Bahan A
5 butir kuning telur (Gred B)                                                        
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
80g air
125g self rising flour
Bahan B
5 butir putih telur
80g gula pasir
Bahan C
Biskut Oat Krunch Munchy's- hancurkan jadi kecik-kecik (nak guna biskut lain pun boleh)
CARA-CARA
1. Bahan A-Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan pukul hingga sebati.
2. Tuangkan minyak masak dan maasukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Bahan B-Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Masukkan Biskut Oat dan gaul sehingga sebati.
6.Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake. Disebabkan acuan yang aku guna agak kecik, aku masukkan sebahagian adunan ke dalam cup muffin saiz sederhana. (dapat 9 cup)
7.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 45 minit.
8.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan terus terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan ia sejuk.Untuk lagi sedap, makanlah selepas dikeluarkan dari fridge.







20 Dec 2013

RESEPI COFFEE BUN

Assalamualaikum..



Aku kembali meroti lagi...!! Lately asyik buat kek chiffon je kan, kesian ke roti was forgotten.

Actually aku baru beli props baru, so aku saje la buat apape roti untuk try prop baru tu.ho3. Tapi sebenarnya memang dah rindu nak menguli, so terjadi la resepi coffee bun ni.

Before ni aku buat coffee bun ala roti boy kat SINI, tapi yang ni takde ala-ala dah.ni bun biasa je tapi special nya bukan bun je coffee, dengan filling2 pun berperisa coffee.Ok everyone, Let's check it out!


CARA-CARA
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dan masukkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan da uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapatdoh yang lembut dan elastik.
2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit).Selepas itu tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.
3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan sedikit butter/marjerin diatasnya.
4.Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.Isikan doh dengan filling yang dibuat tadi.Susun dengan kemas diatas loyang.
5.Biarkan doh naik 2 kali ganda lebih kurang 30 minit.
6.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 20 minit.
7.Untuk filling, masukkan semua bahan ke dalam mixer, dan putar sehingga sebati.Selamat mencuba!! :D



16 Dec 2013

RESEPI PANDAN CHIFFON CAKE

Assalamualaikum....

Chiffon cake kembali lagi !! ngeh3.

Termasuk yang ni dah  kali yang ke 5 aku buat kek chiffon.Before ni takde semangat nak masukkan dalam blog sebab kek yang jadi tak berapa nak cantik.Lembutnya jadi cuma penampilan kek tu buruk sikit.ehe.Ada yang jadi pun satu je aku ada post before ni, kat sini ---> Chocolate Chiffon cake.

Bila dah buat banyak kali, baru la dapat detect kenapa kek aku ni dia jadi macam penyek je pas kuar dari oven.Memang tak cantik la.naseb baik kesedapannya still ada.:D ..kalau tak membazir je tak dimakan kan.

Yang kali ni color kek hijau, tapi bukan setakat color je, memang ada rasa pandan...:D.okey minna.Ikimashou...!

BAHAN-BAHAN
Bahan A
6 butir kuning telur
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
80g air
125g self rising flour
2 sudu besar pandan emulco
Bahan B
6 butir putih telur
80g gula pasir
CARA-CARA
1. Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan pandan emulco dan pukul hingga sebati.
2. Tuangkan minyak masak dan maasukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake. Disebabkan acuan yang aku guna agak kecik, aku masukkan sebahagian adunan ke dalam cup muffin saiz sederhana. (dapat 9 cup)
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 45 minit.
7.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan terus terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan ia sejuk.Untuk lagi sedap, makanlah selepas dikeluarkan dari ridge.rasa macam makan aiskrim .:D










15 Dec 2013

RESEPI COFFEE BUN ALA ROTI BOY

Assalamualaikum...


Yummy! coffee bun! Yang ni dah kali yang ketiga aku buat coffee bun ni.Actually aku tak pernah pun makan original mexican coffee bun yang jual kat roti boy tu.(sedih tak?) haha.So aku tak dapat la nak bandingkan kesedapan nya.heh.First time aku makan bun ni memang rasa dia lain sangat2..Sebab topping dia tu crispy, roti pulak lembut.Filling pulak brown sugar.Memang sedap tak terkata.:D

Time nak cari resepi ni susah la jugak sebab banyak version, masing2 ada cara sendiri kan.Biasanya resepi yang aku nak try aku tengok kat photo dia cantik tak.haha.Last-last aku ambik resepi kat Aku Bukan Masterchef sebab gambar mexican bun dia nampak lembut dan sedap.ehehe.Thanks ye ABM sebab memang sedap dan menjadi resepi ni.Tapi cam biasa la aku suka menderhaka.:D.Ada ubah sikit-sikit.Siap bertukar jadi hijau lagi.:b Tapi jangan salah paham, hijau tu color je ea, takde perisa pandan pun.ehehe.Okeyh, tanpa membuang masa (cewah skema pulak ayat) jom tengok resepi.




BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan doh roti

250g tepung roti
35g gula kastor
1 1/2 sudu kecil yis kering
3/4 biji telur - dipukul sedikit
140g susu tepung suam + pewarna hijau (powder)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar water roux

Bahan Filling

50g mentega - suhu bilik
sedikit esen vanila
50g gula perang 

Bahan Topping

50g mentega - suhu bilik

40g gula aising

1 biji telur - dipukul sedikit

1 1/2 sudu besar instant coffee (aku guna NESCAFE Ipoh White coffee)

50g tepung gandum
CARA-CARA
Doh roti

1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan sedikit butter/marjerin diatasnya.

4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Isikan filling.Leperkan doh menggunakan tangan.Letakkan filling di tengah2 dan tutup semula doh supaya menjadi bulat.Susun dengan kemas di atas loyang.

5.Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit.Bila sudah naik pipekan topping dengan bentuk swirl (macam lingkaran ubat nyamuk)

7.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 30 minit.menggunakan api atas dan bawah serta fan. Tambah masa membakar jika perlu. Pastikan topping betul-betul keras dan rangup baru dikeluarkan dari oven..Jika topping tidak betul-betul rangup, ia akan mencair bila dibiarkan pada suhu bilik keesokan harinya.

Filling

1. Masukkan mentega, gula perang, vanilla dan pukul sebati.
2. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh

Topping.


1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan ke dalam plastic bag/piping bag dan ketepikan.