FIND RECIPES HERE

1 Jan 2016

RESEPI CHURROS with CHOCOLATE GANACHE ~ SEDAP SANGAT

Assalamualaikum...


Happy New Year everyone!! Dah masuk tahun 2016 dah.Umur pun semakin meningkat tapi jiwa still muda remaja.wahaha. Masuk tahun baru ni banyak azam yang aku nak capai. Aku actually tak pernah pun berazam bila masuk tahun baru.Start tahun ni baru la tetibe ada azam la pulak.ho3. Azam tu nanti kalau aku rajin aku share, padahal orang tak heran pun ngan azam aku.agagaga.

1st resepi di tahun baru...Presented to all of you, CHURROS. Cet poyo je introduction aku.haha.Churros ni akak aku yang request. Ada la dalam 2 minggu dia dok sebut2 nak churros.. nak churros. haha. Aku pun memang ada niat nak buat. So sempena tahun baru ni alhamdulillah menjadi jugak churros aku.



Churros ni kalau nak tau resepi sama je dengan cream puff. Sape yang belum baca cream puff aku buat ada kat SINI. Bezanya cream puff ni dibakar dalam oven dan churros ni digoreng atas api dapur. Walaupun resepi dan tekstur lebih kurang sama tapi feeling makan churros ni lain dari cream puff. Ha feeling ape tu? Bukan feeling kuch kuch hota hai ye, heueheuheu. Kalau nak tau feeling ape try la buat sendiri.hee.
Kali ni aku try guna resepi lain. Jom layan....

Source : rakinginthesavings.com

CHURROS

1 cawan air
secubit garam
1 sudu besar gula
1/3 cawan butter
1 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
Gula aising-untuk taburkan atas churros

1. Masukkan air, garam, gula dan butter ke dalam periuk. Panaskan atas api sehingga mendidih
2.Kecilkan api dan masukkan semua sekali tepung.
3.Kacau sehingga sebati dan menjadi doh.
4.Ketepikan dari api dan biarkan sejuk dalam 10min.
5.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati.
6.Masukkan dalam piping bag dan picitkan ke dalam acuan semperit.
7.Panaskan minyak guna api sederhana. Picitkan adunan ke dalam minyak yang sudah betul-betul panas.
8.Goreng churros sehingga keperangan dan terbalikkan.
9.Letakkan di atas tisu untuk serapkan minyak.
10.Taburkan dengan gula untuk tambah perisa. Kalau suka kayu manis boleh juga taburkan serbuk kayu manis.


Chocolate Ganache/Sauce

70g susu cair
150g coklat masakan ( brand NONA )
1 sudu kecil esen vanilla

Panaskan susu dengan cara DOUBLE BOILER sehingga sedikit mendidih. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan.Kacau sehingga coklat cair.Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.

*Ganache ni mula-mula akan nampak cair. Ganache akan semakin pekat bila dibiarkan pada suhu bilik.