FIND RECIPES HERE

8 Oct 2017

RESEPI JEMPUT - JEMPUT BILIS @ANCHOVY FRITTERS

Assalamualaikum..


Haluu...harini iols nak singgah kat sini jap tinggalkan jejak. Lama giler kan tak post resepi. Tp harini aku bkn nk share resepi dessert. Ni resepi cincai2 je ikut sedap hati aku.haha. Resepi ni dari ibundaku. Yang paling simple dan sedap.


Aku ni wpon dah buat bermacam jenis kek n dessert aku takdela reti sangat masak. Kalau masak simple2 mcm tumis2, masak kicap ke tomyam tu boleh la. Yg complicated mcm makanan tradisional mcm rendang ke apa tu semua tak reti. Sebab aku punya passion tu kat baking. So masak memasak ni idok ler rajin sangat nak mencuba. Mungkin lagi beberapa taun kot ade keinginan tu.hehe.


Yang jemput2 ni pulak kisahnya aku nape tah tetibe mengidam nak makan benda ni. Terus mintak mak resepi. Terjadilah jemput yg simple dan sedap ini.hehe

JEMPUT-JEMPUT BILIS

1/2 genggam Ikan bilis
1 biji bawang merah (dihiris kecil)

Tumbuk/kisar kedua2 bahan ni.

1 1/2 cawan Tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Masukkan bahan kisaran ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung dan masukkan air sedikit. Kacau guna sudu.
Tambahkan air sehingga adunan sedikit cair. Means kalau jatuhkan dari sudu tu masih boleh mengalir dan sedikit melekit di sudu.
Masukkan garam secukup rasa (sila masukkan secubit dahulu n then try rasa, nanti takut termasin pulak)

Ok dah siap adunan boleh la goreng menggunakan api besar. Siap!



6 Jul 2017

I'M BACK ~ FOOD PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum uols..


Hampir tak kenal dah blog aku ni bila dah tinggal berbulan bulan. Dah naik olan. Olan tau tak? Pokok olan tu yg memanjat.. kalau tak tau pi google sebab aku pon tak tau apa nama dia in malay..haha


Walaupon aku tak tau ada orang tunggu ke tak aku update ni tapi nak mintak maap la jugak sbb lama menghilang..sempena syawal ni ampun maap dipinta kalau ada salah silap ye..


Aku menghilang ni bukan sebab apa. Yela sekarang aku ni dah duduk tempat lain. So aktiviti membaking tu mcm dah stop sekejap. Fokus dah kepada benda lain pulak. Sekarang kan zaman media sosial so kita gunakan la sehabis boleh. Sokong teknologi semasa konsepnya. Kan bagus tu..Sebenarnya nak bgtau aku aktif kat instagram. Aktip more to food photography sebab dah jarang membaking kan.. aku ni kan memang. Banyak sangat hobinya semua benda nak buat tu yang kadang2 ada yg terkucil terlebih sana terkurang sini. So sekarang membaking tinggalkan kejap. Insyaallah lagi beberapa bulan kalau ade kesempatan akan ku sambung aktiviti di dapur.


Kali ni aku belanja food photography.. Semua gambar2 ni aku dah upload di instagram..saje la combine semua sekali masuk sini.


Kalau korang tengok gambar2 ni pastu tetibe terpuji eh cantik la ha ni nak bgtau aku snap guna smartphone saje. Nak beli dslr tunggu duet datang bergolek kot baru mampoo..huu sadis. Ni aku guna samsung galaxy s7edge.. Kalau rasa cantik pi la beli. Sekarang pon dah keluar yg baru adik beradik 8.. Bukan setakat gambar makanan je cantik nanti nak selpie pon muka cantik taw. Ploles. Nampak tak eksaited aku promote ni. Mcm duta pulak. Hiks. Oklah ngantuk sudah. Masuk sini sebab nak tebang semua olan2 tadi so dah siap boleh la beta beradu dududu.. daa

3 Jan 2017

RESEPI BASIC PIZZA DOUGH ~ GEBU, MUDAH DAN CEPAT

Assalamualaikum...



Resepi doh pizza yang aku akan share ni adalah resepi yang paling senang dan tanpa menggunakan telur. Hanya guna tepung gandum sahaja. Tak perlu guna tepung roti. Resepi doh ni aku ambik dari resepi donut aku. Sama je bahannya. Cuma kali ni aku share cara membuatnya untuk buat doh jadi doh pizza. Resepi memang sangat senang dan texture doh lembut dan gebu.

BAHAN-BAHAN (1 loyang)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on texture doh) 

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan. Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit. Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.

3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang.

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Leperkan seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan doh naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 20-30 minit (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu).

6) Sapukan setiap base pizza dengan sos cili, mayonis, Taburkan inti/topping dan mozarela cheese.