FIND RECIPES HERE

17 Feb 2019

RESEPI ROTI JALA YANG SANGAT SENANG ~ BLEND JE

Assalamualaikum


Menjala pulak kiterr. Kebetulan sebenarnya mak masak kari daging jadinya buat la roti jala. Teringin tiberrr. Nak buat roti jala tapi acuan takde. Jadinya ai pon do it yourself acuan itew. Gunakan botol mineral pastu tebuk tutup botol guna pisau. Sebab tu nampak macam tak berapa nak cantik netnya. Tapi. Hati2 la kalau nk tebuk tu ye. Ai selamat dah terhiris pisau.wuu.


ROTI JALA
3 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
3 cawan air
2 1/2 cawan minyak
1/2 sudu besar garam
Sebiji telur

Masukkan kesemua bahan dalam  blender dan blend sehingga sebati.
Tapiskan adunan. Masukkan adunan dalam botol.
Sapukan minyak pada kuali.
Gunakan api sederhana.
Jalakan di atas kuali. Jangan biarkan sehingga terlebih masak (garing) nanti akan liat.



17 Jan 2019

RESEPI CEK MEK MOLEK (JAPANESE SWEET POTATO) ~ RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM

Assalamualaikum..


Ok tak move on lagi dengan kuih pantai timur haha. Yang ni pon kenal masa belajar kat ganu dulu. Kalau buka pose kat hostel wajib ada kuih ni. Tapi dulu takde la suka makan sangat. Lately bila kadang beli untuk breakfast jadi suka pulak. Kuih ni manis ye ada gula kat dalam. Jadinya tak elok la selalu makan. Konsepnya kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman. Giteww


Keledek ungu ni dulu2 kakakku yang biase beli saje2 buat makan gitu2 je. Aku pon jadi tersuka kat keledek ni. Tiberr terjumpa pulak resepi. Tapinya memang sedap la lemak berkrim. Memang sesuai buat cek mek molek. Cek mek aku ni rangup di luar lembut di dalam. Kakak aku cakap sedap sebab rangup.haha. Yang penting banyak jugak la aku makan. Kengkonon mula2 nak rasa je tapi dah makan satu jadi addicted pulak sedapnya tu.


Cek mek molek ni sebenarnya ingredientnya lebih kurang sama je dengan kuih keria. Bezanya keria gula salut kat luar. Cek mek ni gula cair di dalam. 

CEK MEK MOLEK KELEDEK JEPUN (11 ketul)

2 cawan keledek yang sudah direbus & dilenyek
3 sudu besar tepung gandum
Setengah sudu kecil garam
Gula pasir

Kupas keledek dan cuci bersih. Rebuskan sehingga empuk.
Lenyekkan keledek sehingga halus.
Campurkan/uli dengan tepung gandum dan garam bagi sebati.
Bentukkan menjadi bentuk bulat.
Leperkan dan letakkan satu sudu kecil gula ditengah2.
Tutupkan gula dan bentukkan bujur.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan sehingga kekuningan/coklat.
Angkat dan toskan minyak. Siap!


Note : Sukatan tepung boleh dilebihkan kalau nak dapat adunan yang lebih keras. Kalau terlalu lembut pon tak elok juga sebab menyerap minyak dan lembik.


Filling gula pulak kalau nak manis sampai air gula tu meleleh bila digigit boleh la lebihkan satu sudu lagi. Tapi bagi aku satu sudu kecil tu dah cukup manis dah. Banyak2 kang kencing manis pulak nanti.



11 Jan 2019

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum..


Tiber ye aku derhaka convert ke kuih tradisional. Haha. 1st time ni buat kuih tradisional.

Mula2 kenal kuih ni time sekolah form 4-5 kat asrama kat terengganu. Dorang panggil kuih bakar. Sejak dari tu terus suka makan. Tapi kat sini susah nak cari kuih bakar tradisional macam tu. Jadinya buat la sendiri walaupon takde la tradisional sangat.wuu


Kuih bakar ni adik beradik dengan kuih kemboja tak silap. Rasa sama je cuma kuih kemboja size besar. Aku lebih suka yang size kecik2 macam yang aku buat ni.

KUIH BAKAR PANDAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan (6 helai)
2 cawan santan
2 biji telur
1/3 cawan gula
1 sudu minyak masak
Sedikit pewarna hijau (biru+kuning)
Bijan

Blend kesemua bahan kecuali bijan sehingga sebati.
Sapukan minyak di acuan muffin.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Taburkan bijan.
Bakar dengan suhu 180 degree celcius selama 1 jam suku/stgh.


Gula tu sapa yang suka manis better lebihkan. Kuih tradisional ni lebih manis lebih sedap kan.hehe. Tapi kalau tengah diet takyah la ye manis2. Lagipon baik untuk kesihatan. #donenasihat


Pewarna tu pulak mengapa aku guna biru+kuning sebab.. cari kat kedai takde color hijau tetibe teringat biru campur kuning jadi hijau jadinya terpaksa la beli dua2 color.



6 Nov 2018

RESEPI CHOCOLATE CREAM PUFF ~ GANACHE FILLING

Assalamualaikum..


Happy Deepavali to Malaysian Hindus. 

Selamat bercuti kepada Malaysian. Bila dah cuti ni barula ada masa nak update blog. Barula dapat menulis dengan tenang. Hehe.

Sebenarnya lama dah aku berniat nak membaking balik. Cuma masa je takde.  Kebetulan minggu ni nana kat jepun automatik takde show la kan so masa terluang ni aku gunakan untuk melepaskan kerinduan dengan baking dan food photography. Hee


Haritu kat ig aku ada mintak dorang suggest dessert ape nak masuk kat blog (thanks kepada yang reply). Banyak yang dah ada dalam list ni.

Dan aku pilih untuk buat chocolate cream puff. Choco cream puff ni inspired by drama #Cekelathoney. Siti Nordiana sebagai heroin (Maya) dalam drama tu adalah tokey cream puff. Sekarang dorang tengah shooting lagi. So aku pon ngade la nak buat lawan tokey nak buat jugak.hehe


Last week sebenarnya dah siap beli bahan2. Tapi petang tu nampaknya mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Sekarang memang musim hujan kan. Jadinya cancel la nak buat sebab nanti nak photo shoot takde cahaya so tak boleh la. Minggu ni kita sambung la niat yang tertangguh tu. Walaupon petang tu hujan jugak tapi cuaca still cerah. Laju2 aku snap gambar sebab takut tetibe mendung. Laju tak laju 2 jam jugak la mengadap cream puff tu.haha

Bila tengok balik blog, dah nak dekat 2 tahun rupanya ovenku tak berasap. Nasib baik masih ingat lagi ilmu2 baking ni. Nasib baik jugak la menjadi cream puff ku. Cream puff ni sama je sebenarnya yang aku pernah buat 3 tahun lepas. Bezanya filling chocolate dan puff pon chocolate.


CHOCOLATE CREAM PUFF
100g butter
1 cawan/250 ml air
150g tepung gandum
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA

1. Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.

2. Masukkan butter dan air dalam satu periuk. Letak atas api. Sambil kacau, masakkan sehingga butter cair. Api slow je ye.

3. Setelah butter cair, masukkan campuran tepung yang sudah diayak tadi ke dalam periuk. Tutup api dan terus kacaukan cepat2 sehingga sebati. Biarkan doh suam.

4.Pukul telur dan esen vanilla guna sudu/whisker. Masukkan campuran telur sedikit sedikit ke dalam doh yang dah disejukkan tadi sambil pukul dengan mixer. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam plastic bag (yang color putih tu). Gunting sikit hujungnya (aku tak guna nozel). Kalau ada piping bag pun boleh.

4.Panaskan oven pada suhu 200 degree celsius selama 10 minit.

5.Alaskan loyang dengan baking paper. Pipekan adunan di atas loyang.


6.Bakar pada suhu 200 degree celsius selama 25 minit.Pastikan permukaan puff jadi sedikit perang atau keras. Tu tandanya dah masak.Kalau masih kekuningan nanti bila keluar oven puff akan mengecut.Kalau belum perang selepas 25 minit tambahkan masa bakar.

7.Bila puff dah sejuk baru la boleh belah puff di tengah dan pipekan filling.

8.Taburkan gula icing di atas puff. Masukkan puff ke dalam peti sejuk. Ok siap! 


FILLING Chocolate Ganache
140g susu cair
220g coklat masakan
1 sudu kecil esen vanilla

Panaskan susu sehingga sedikit mendidih. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan.Kacau sehingga coklat cair.Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.

*Ganache ni mula-mula akan nampak cair. Ganache akan semakin pekat bila dibiarkan pada suhu bilik.

15 Jul 2018

RESEPI PUDING MILO OREO yang pernah Viral ~ sedap weyh

Assalamualaikum..

How are you guys? Hampir setahun tak update blog. Rindu sangat. Sebab rindu so harini aku nak share satu resepi yang paling senang. Al kisahnya 2 hari lepas dekat facebook terjumpa resepi puding ni. Nampak macam sedap. Bahan bahan pon senang je. Rupa2nya puding milo oreo ni pernah viral beberapa tahun lepas baruku tahu. Tapi tak kisah kan lambat sikit.hihi.


Aku ni sebenarnya memang bukan penggemar puding kecuali puding karamel. Tapi puding milo oreo ni bila aku rasa sedap la pulak. Lagi2 time baru keluar dari peti sejuk. Biskut oreo tu menambahkan lagi kesedapan and kemanisan puding. Tapi sebab ku tengah jaga makan kawal makanan manis bergula jadinya makan pon untuk rasa je yang lain bawak la pi opis bagi orang makan. Semoga kuat imanku.huu. Okla jom kita tengok resepi.


PUDING MILO OREO
Bahan-bahan
6g serbuk agar agar segera (putih)
70g gula
200ml susu cair (setengah tin)
70g milo
5 keping biskut oreo/cream O (dipatahkan 4 bahagian)

Cara-cara
1. Dengan api sederhana, panaskan air sehingga mendidih.
2. Masukkan agar-agar dan kacau sehingga larut
3. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
4. Masukkan susu cair, kacau dan biarkan sehingga mendidih. 
5. Tutup api. Asingkan adunan kepada 2 bahagian.
6. Biarkan sebentar adunan susu cair. Satu lagi bahagian dimasukkan milo. Kacau sehingga milo larut. Tapiskan adunan milo.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dengan berselang seli. Sudukan dahulu adunan susu cair. Biarkan sekejap untuk agar2 keras sedikit dan seterusnya masukkan adunan milo. Biarkan ia keras sedikit.
8. Masukkan pula adunan susu cair. Masukkan biskut oreo . Pastikan biskut terendam. Masukkan lebihan adunan milo. 
9. Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas sejam sudah boleh dimakan.



8 Oct 2017

RESEPI JEMPUT - JEMPUT BILIS @ANCHOVY FRITTERS

Assalamualaikum..


Haluu...harini iols nak singgah kat sini jap tinggalkan jejak. Lama giler kan tak post resepi. Tp harini aku bkn nk share resepi dessert. Ni resepi cincai2 je ikut sedap hati aku.haha. Resepi ni dari ibundaku. Yang paling simple dan sedap.


Aku ni wpon dah buat bermacam jenis kek n dessert aku takdela reti sangat masak. Kalau masak simple2 mcm tumis2, masak kicap ke tomyam tu boleh la. Yg complicated mcm makanan tradisional mcm rendang ke apa tu semua tak reti. Sebab aku punya passion tu kat baking. So masak memasak ni idok ler rajin sangat nak mencuba. Mungkin lagi beberapa taun kot ade keinginan tu.hehe.


Yang jemput2 ni pulak kisahnya aku nape tah tetibe mengidam nak makan benda ni. Terus mintak mak resepi. Terjadilah jemput yg simple dan sedap ini.hehe

JEMPUT-JEMPUT BILIS

1/2 genggam Ikan bilis
1 biji bawang merah (dihiris kecil)

Tumbuk/kisar kedua2 bahan ni.

1 1/2 cawan Tepung gandum
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Masukkan bahan kisaran ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung dan masukkan air sedikit. Kacau guna sudu.
Tambahkan air sehingga adunan sedikit cair. Means kalau jatuhkan dari sudu tu masih boleh mengalir dan sedikit melekit di sudu.
Masukkan garam secukup rasa (sila masukkan secubit dahulu n then try rasa, nanti takut termasin pulak)

Ok dah siap adunan boleh la goreng menggunakan api besar. Siap!



6 Jul 2017

I'M BACK ~ FOOD PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum uols..


Hampir tak kenal dah blog aku ni bila dah tinggal berbulan bulan. Dah naik olan. Olan tau tak? Pokok olan tu yg memanjat.. kalau tak tau pi google sebab aku pon tak tau apa nama dia in malay..haha


Walaupon aku tak tau ada orang tunggu ke tak aku update ni tapi nak mintak maap la jugak sbb lama menghilang..sempena syawal ni ampun maap dipinta kalau ada salah silap ye..


Aku menghilang ni bukan sebab apa. Yela sekarang aku ni dah duduk tempat lain. So aktiviti membaking tu mcm dah stop sekejap. Fokus dah kepada benda lain pulak. Sekarang kan zaman media sosial so kita gunakan la sehabis boleh. Sokong teknologi semasa konsepnya. Kan bagus tu..Sebenarnya nak bgtau aku aktif kat instagram. Aktip more to food photography sebab dah jarang membaking kan.. aku ni kan memang. Banyak sangat hobinya semua benda nak buat tu yang kadang2 ada yg terkucil terlebih sana terkurang sini. So sekarang membaking tinggalkan kejap. Insyaallah lagi beberapa bulan kalau ade kesempatan akan ku sambung aktiviti di dapur.


Kali ni aku belanja food photography.. Semua gambar2 ni aku dah upload di instagram..saje la combine semua sekali masuk sini.


Kalau korang tengok gambar2 ni pastu tetibe terpuji eh cantik la ha ni nak bgtau aku snap guna smartphone saje. Nak beli dslr tunggu duet datang bergolek kot baru mampoo..huu sadis. Ni aku guna samsung galaxy s7edge.. Kalau rasa cantik pi la beli. Sekarang pon dah keluar yg baru adik beradik 8.. Bukan setakat gambar makanan je cantik nanti nak selpie pon muka cantik taw. Ploles. Nampak tak eksaited aku promote ni. Mcm duta pulak. Hiks. Oklah ngantuk sudah. Masuk sini sebab nak tebang semua olan2 tadi so dah siap boleh la beta beradu dududu.. daa

3 Jan 2017

RESEPI BASIC PIZZA DOUGH ~ GEBU, MUDAH DAN CEPAT

Assalamualaikum...



Resepi doh pizza yang aku akan share ni adalah resepi yang paling senang dan tanpa menggunakan telur. Hanya guna tepung gandum sahaja. Tak perlu guna tepung roti. Resepi doh ni aku ambik dari resepi donut aku. Sama je bahannya. Cuma kali ni aku share cara membuatnya untuk buat doh jadi doh pizza. Resepi memang sangat senang dan texture doh lembut dan gebu.

BAHAN-BAHAN (1 loyang)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on texture doh) 

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan. Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit. Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.

3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang.

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Leperkan seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan doh naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 20-30 minit (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu).

6) Sapukan setiap base pizza dengan sos cili, mayonis, Taburkan inti/topping dan mozarela cheese. 


24 Dec 2016

RESEPI BREAD PUDDING ~ CHOCOLATE BANANA BREAD

Assalmualaikum...


Long time no see uols..2 bulan tinggal blog..Lately bizi sikit mengupdate media sosial. Sana sini nak update. haha. Lagi pulak my feveret drama dah nak tayang kat istana budaya. Tak tenang hidup aih.hahaha. over kan aku. Kalau bab  ni memang aku over. Drama apa tuh yang buat aku over. Semestinya Drama Dia Semanis Honey. Teater Muzikal akan ditayangkan di istana budaya pada 3-9 January. Semestinya aku akan pergi. My first time to see the musical. So excited. Lagi-lagi watak utama adalah my feveret singer. Ok dah melalut let's get back to recipe.


Puding roti ni sebenarnya sama je resepinya macam aku pernah buat before ni. Bezanya roti yang ni aku buat sendiri. Roti coklat pisang namanya. Resepi roti ni aku dapat dari facebook. Tak ingat pulak page apa. Memang kebetulan pulak time tu aku ternampak kat dapur ada pisang. Tak sure pisang ape. Maap aku pandai makan je. Lupa pulak nk tanya mak aku tu pisang ape.hee.  Resepi roti ni sangat senang. Sebab tak payah nak uli2. Kejadiannya pon tak berapa lembut la kan sebab tak uli. Tapi disebabkan nak guna buat puding roti so tak lembut n gebu sangat pon takpe.

CHOCOLATE BANANA BREAD
3 biji Pisang
2 biji telur Gred A
1/3 cawan madu
1 sk Soda bicarbonate
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
*optional serbuk badam/chocolate chip

1) Masukkan pisang ke dalam mangkuk adunan. Pisang tu apape jenis pon boleh (Cth : Pisang emas/ lemak manis).

2) Hancurkan menggunakan garpu sehingga menjadi lembik dan tidak berketul-ketul. Masukkan telur. Kacau sehingga sebati.

3) Masukkan madu. Kacau sebati. Masukkan soda bikarbonate. Kacau sebati.

4) Masukkan tepung, koko dan gaul sebati.

5) Last sekali ikut suke nak masukkan choc chip/serbuk or kacang badam.

6) Bakar dalam over yang sudah dipanaskan (selama 10 minit) selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.

* Resepi ni kurang manis. Boleh lebihkan madu or tambahkan gula. Boleh rasa adunan terlebih dahulu before bakar.

PUDING ROTI
Resepi puding boleh baca kat SINI




24 Oct 2016

RESEPI BAKED OREO CHEESECAKE ~ Creamy & moist

Assalamulaikum..



Sambil-sambil rehat lunch ni boleh la aku ambik masa sikit update blog. Ingt nak buat malam karang. Tapi aku ni sejenis cepat je hanyut kalau nmpk katil.heuheuheu. Mmg selalu terbantut niat nak mengarang.

Disebabkan lama bebenor aku tak update resepi, this week aku tekad nak buat jugak. Takde idea sebenarnya nk buat ape. Rasanya macam semua resepi yg aku nk try aku dah buat. Pikir2 balik buat Cheesecake pun senang jugak. Terus la aku search resepi Cheesecake. Oreo Cheesecake ni mmg satu ketika dulu popular. Mungkin sbb cara nak buat pon senang kan. Tengok resepi banyak yang no bake. Tetibe terjumpa pulak yang baked. Aku lebih suke baked Cheesecake sbb texture tak lembik sangat.




Mula-mula ingatkan Oreo Cheesecake ni rasa biasa je. Yela kan bahan pun biasa bahan basic. Tapi bila dah rasa, not bad sedap jugak. Tukang merasa akak2, anak buah n Mmbe opis pun cakap sedap. Hihi.eh.Banyak pulak pot pet pot pet aku nih. Haha.ok2 jom tengok resepi..




Source : dapur.ibucergas.com
BAKED OREO CHEESECAKE
Bahan A

100g Biskut oreo
6 keping biskut meri 
40g butter (dicairkan)

Blend kedua2 biskut. Gaulkan dengan butter sehingga sebati. Susun papercup medium size dalam loyang muffin.Masukkan campuran biskut ke dalam papercup. Tekan2 kan bagi padat dan rata. Bakar selama 10 minit dalam oven pada suhu 170 darjah.. Biarkan sejuk.

Bahan B

300g cream cheese
80g gula kaster
1/2 sudu besar esen vanila
2 biji telur
100g whipping cream (diputar sehingga kembang)
8 keping biskut oreo, buang intinya (crushed)

1. Masukkan cream cheese dan gula dalam mixer. Putar sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji. Putar sebati.
3. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
4. Masukkan whipping cream dan gaul dgn cara kaup balik sehingga sebati.
5. Last sekali masukkan biskut Oreo dan gaul sebati.
6. Masukkan adunan kedalam papercup yg berisi biskut td.
7. Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 darjah selama 40-50 minit. 
* resepi ni akan dapat 11 biji cupcake. Tapi base biskut hanya cukup untuk 6 biji je.