FIND RECIPES HERE

30 Nov 2014

FIRST TIME SHOPPING DI ZALORA

Assalamualaikum....



Aku sekarang ni asal tidur lebih dari pukul 10 mesti esoknya kerja mengantuk giler, pastu balik keje jadi penat giler..Itu menandakan umur dah makin banyak kot.wahaha.uish,tak kot.aku kan muda remaja lagi.wahaha.Ni citer pasal jumaat lepas la ni.Kat lelong ada sales Black Friday.Aku ni memang giler kalau ada sales2 ni, mmg aku pulun la survey barang apa boleh beli..walaupun dah tersengguk2 gigih lagi.Last2 tidur pukul 12 lebih.Pastu pulak esoknya sabtu dah la kerja.,balik kerja pulak g shopping kat tesco.Balik umah pukul 5 tu memang penat giler.Qada' tidur la jawabnya...ho3..Sebelum aku melalut lagi panjang lebar baik aku terus fokus kat benda yang aku nak citer ni.

Sapa yang suka tengok tv mesti tau kan zalora ni apa.Aku ingat lagi iklan dia yang ada orang menjerit tu.Time tu dah lama dah.Sekarang baru terbukak hati nak bershopping kat sini.Sebenarnya zalora ni adalah website yang menjual semua yang berkaitan dengan fashion secara online contohnya kasut, jam,pakaian,beg etc..Kita tak payah dah susah payah pergi sogo tuk beli barang-barang ni.(erk,kenapa sogo).haha.


Website jual beli online yang first aku try before zalora adalah lelong.com.my.Banyak giler kot barang kat lelong dan banyak giler jugak la aku dah terbeli kat lelong.hihihi.Untuk lelong lain kali aku citer.

Macam mana aku boleh terjebak kat zalora ni sebab aku ternampak satu jam tangan yang aku berkenan.Walaupun harga jam tu agak mahal (mahal ke x bagi korang kalau RM50+), ke aku je rasa mahal.haha.Before ni aku tak pernah la beli barang online harga lebih dari RM50,yela sebab takut tak sampai pulak kat tangan kita dengan selamat.Tapi disebabkan aku nak sangat jam tangan ni, aku redah je.Harap2 la takde problem..ho3.

Ok.Sekarang aku nak citer macam mana nak bershopping kat zalora ni.Mula-mula korang sign up dulu.Buat account.Bila dah ada account baru boleh bershopping.



Isi la apa yang patut kat tempat kosong kat bawah ni..


Ha sekarang dah register, korang boleh la cari barang apa yang berkenan di hati...





Kalau ada coupon/voucher, masukkan code kat bawah total prices.Kalau coupon tu valid, nanti dia akan automatic calculate.

Lepas dah SECURE CHECKOUT, korang click la yang mana patut.Pilih nak COD or nak bayar guna online banking.Aku guna maybank2u..Untuk delivery, zalora hanya guna GDEX sahaja, dan untuk COD pulak guna service TAQBIN.

Untuk shipping fee pulak, barang below RM75, untuk West Malaysia (Semenanjung Malaysia) akan dicas RM5 dan East Malaysia (Sabah&Sarawak) RM10.Kalau lebih dari RM75, delivery charge free..




Aku place order and bayar hari ahad pagi.Dan zalora ship barang ni ahad tengah hari,terus dapat tracking no.tracking no zalora akan send kat email kita.Memang agak cepat la.Pastu hari isnin bila check kat GDEX barang aku ada problem "missort between route".Ingatkan dapat lambat, rupanya hari selasa petang dapat dah..Mungkin sebab company aku dekat penghujung dekat ngn laut kot,tu yang dia boleh tersilap.haha.So far, ok la zalora ni.Service memang sangat cepat.Barang pun berkualiti.Packaging bagus,..Boleh beli lagi ni.ngeh ngeh ngeh.


15 Nov 2014

RESEPI BITTERSWEET BROWNIES

Assalamualaikum...



Erm...baru-baru ni ade peristiwa yang tak best jadi..Banyak pengajaran yang aku dapat dari peristiwa ni.(ceh,ayat skema).Salah satunya, sentiasa lah berjaga-jaga dengan orang sekeliling kita.Tak semua yang kita boleh percaya.Mungkin salah satunya akan tikam kita dari belakang.Mungkin di depan kita dia bercakap lemah lembut, bergelak ketawa dengan kita, but they talked behind you.Maybe they also complained about you to your boss.So if korang terpaksa meet them everyday, keep a professional relationship with them but there is not need to become overly friendly with them.

Ok.dah habis citer jom kembali ke tajuk asal.ho3. Brownies kembali lagi!


Termasuk yang ni, dah kali ketiga aku buat brownies ikut resepi ni...Before ni pun aku dah share resepinya kat sini RESEPI COCOA BROWNIES..Cuma kali ni ade derhaka sikit.hehe.Disebabkan aku terbeli telur gred B,sepatutnya kena guna gred A, so aku guna je telur gred B tapi kena tambah lagi sebiji la...ala, small matter je tuh kan. takde bagi kesan pun kat brownies aku. elok je tekstur dia..

Walaupun nama brownies dah bertukar dari cocoa brownies ke Bittersweet Brownies, resepinya masih sama..Saje je tukar nama sedap sikit.wahaha.

Disebabkan aku tengah rajin.erk, aku copy paste la resepinya di sini. Moh layan..

Rujukan : KingArthurFlour
BAHAN-BAHAN
5 biji telur gred B
1 1/4 cawan serbuk koko Van houten
1 teaspoon baking powder
1 tablespoon esen vanila
1 cawan butter/unsalted butter (aku campur half2)
2 1/4 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
Kacang badam dan gajus yang telah dikisar (ikut suka hati nak berapa banyak)
CARA-CARA
1.Masukkan telur ke dalam bekas/periuk dan pukul bersama dengan koko,baking powder dan esen vanila sehingga sebati dan likat.Ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan gula dan butter dan panaskan dengan cara double boiler.Panaskan sambil kacau sehingga most of sugar larut.Akan nampak shiny.
3.Angkat dari api dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi campuran koko tadi.Kacau sehingga sebati..Sementara tu boleh la panaskan oven pada suhu 180 darjah.
4.Masukkan pula tepung dan kacang.Kacau lagi.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang nipis yang sudah di sapu dengan mentega (lapik dengan baking sheet dulu).Ratakan.
6.Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.Cucuk dengan lidi, kalau bersih tak melekat, kira dah masak la tu.

12 Oct 2014

MY FAVOURITE SONG


 Assalamualaikum...

Sape terer cuba teka lirik lagu apekah yang aku tulis ni..?


Mengade pulak aku kan nak suruh teka-teka pulak. Dah teka blom? Kalau takde idea lagu ape, scroll down..




Nampak tak? Kalau tak nampak tu korang rabun dekat dah tu.hehe.jangan marah,nanti kena jual..:b

Lirik lagu yang aku tulis ni adalah lagu yang bertajuk SHAPE OF MY HEART ~BACKSTREET BOYS..

Lagu nih memang aku suka sangat, tak ingat sejak bila,lama dah. Lagu ni popular time aku kecik-kecik dulu , zaman muda remaja.Sekarang dah tua.wahaha

Aku pun tak tau kenapa minat sangat kat lagu ni. Mungkin lirik dia best kot.Yang paling penting melodi memang best. Sesape nak dengar lagu ni boleh la ke link YOUTUBE ni..


Source lyric : azlyrics.com

Shape Of My Heart

Hmm, yeah, yeah
Baby, please try to forgive me
Stay here don't put out the glow
Hold me now don't bother if every minute it makes me weaker
You can save me from the man that I've become, oh yeah

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Sadness is beautiful loneliness that's tragical
So help me I can't win this war, oh no
Touch me now don't bother if every second it makes me weaker
You can save me from the man I've become

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

I'm here with my confession
Got nothing to hide no more
I don't know where to start
But to show you the shape of my heart

I'm lookin' back on things I've done
I never wanna play the same old part
I'll keep you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Show you the shape of my heart

8 Oct 2014

RESEPI PIZZA DAGING DAN SARDIN YANG MARBELES!

Assalamualaikum...



Tajuk macam gempak je, marbeles konon.haha.

Pizza in d house! Lama giler kot aku tak buat pizza.ade la dalam beberapa bulan.takde la lama sangat kot, aku je lebih.ho3.Disebabkan aku sekarang dah ada breadmaker (BM), so kena la menggunakan kemudahan yang ada.Dah xpayah menguli dah.Masukkan dalam BM,biar dia buat kerja 1 jam setengah, terus je keluarkan dan boleh la membentuk roti.Suka hati la nak buat bentuk ayam ke 20 sen ke.eh.hehe. Dah terkena demam 20 sen sekarang, al-maklum la minyak naik harga.hehe




Before ni ada resepi doh pizza aku uli guna tangan, kalau nak tau singgah la kat sini RESEPI PIZZA GEBU BERAPI dan RESEPI MINI PIZZA BERINTI SOSEJ.



PIZZA DAGING DAN SARDIN


BAHAN-BAHAN
DOH ROTI
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
240ml air suam
3 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak masak 
INTI 
Daging cincang Ramly  
1 tin kecil mushroom soup Campbell
Lada sulah
1 tin sardin
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam secukup rasa
Mayonis
Sos cili
Mozarela cheese
1 tin nenas 




CARA-CARA
DOH ROTI
1.On kan breadmaker (BM). Masukkan semua bahan dalam BM.Masukkan bahan cecair dahulu. Setelah semua bahan dimasukkan, pilih menu DOUGH (masa yang telah ditetapkan adalah 1 jam setengah).
2.Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Canaikan/Gelek doh sehingga nipis menggunakan rolling pin. 
3.Setelah nipis, masukkan doh dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin.
4.Tekan-tekan doh supaya rata.Cucukkan permukaan doh dengan garpu.
5.Biarkan selama 30 minit untuk doh naik sedikit.
6.Sapukan setiap doh dengan sos cili, mayonis,ratakan ke seluruh doh, tabur kan sardin/daging tumis serta toppingkan dengan mozarela cheese dan nenas.
7.Akhir sekali, panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan pizza perang, dan boleh la dimakan. Sedap makan panas-panas time cheese tengah leleh. hehe
INTI 
DAGING
Tumiskan 1 biji bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.Kemudian, taburkan sedikit lada sulah.Masukkan daging dan biarkan sehingga daging masak (gunakan api kecil sahaja).Kemudian masukkan pula mushroom soup dan sedikit air.Kacau sehingga bergaul rata.Taburkan lagi lada sulah.Masukkan juga garam jika belum cukup masin.Biarkan sehingga mushroom soup sedikit kering dan pekat.Angkat dan ketepikan.
SARDIN
Tumiskan 1 biji bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.Masukkan sardin (buang kuahnya) dn kacau sebati.Masukkan garam.Kacau lagi.Angkat dan ketepikan.




2 Oct 2014

RESEPI VANILLA CAKE ~ SUPER MOIST

Assalamualaikum...


Adoi la.Dari tadi menguap je keje aku.Sekarang ni cepat je tidur mlm.Pukul 9 je dah ngantuk..Tapi selagi aku tak post resepi kek yang aku buat sabtu lepas,hatiku takkan tenang.wawawa.mengade je statement aku.

Kek kali ni adalah kek vanilla. Aku ni biasanya kalau nak try buat apape resepi, aku kadang-kadang kalau cari resepi yang berbahasa melayu tak jumpa,aku suka cari kat website yang omputih. Sebab kalau tengok gambar dorang snap memang cantik-cantik dan membuat aku terliur.hehe.Kenapa aku pilih resepi yang ni adalah sebab aku baca cara dia buat kek tu lain dari yang lain.



Aku citer sikit la ye ape rasa kek ni.Kek vanilla macam yang aku tulis kat tajuk memang super moist.Pastu kaya dengan rasa butter.Walaupun aku guna unsalted butter, tapi rasa manis masin lemak butter tu memang sedap sangat.Walaupun rasa butter kuat, rasa vanilla still yang terkuat.hehe.Yela kan, kek ni kek vanilla bukan kek butter.

Resepi kali ni aku translate ke bahasa ibunda kita, bahasa melayu.hee.Ade jugak la aku adjust resepi sikit-sikit...So, ape lagi moh la kite.moh moh

VANILLA CAKE
Sumber:Sweetapolita.com

Vanilla cake
BAHAN-BAHAN
UNTUK KEK
5 biji putih telur gred B
1 biji telur gred B
1 cawan susu full cream
4 sudu kecil esen vanila
3 cawan tepung supefine,diayak
2 cawan gula pasir
1 sudu besar+1 sudu kecil baking powder
3/4 sudu kecil garam
12 sudu besar unsalted butter, yang masih dalam
suhu sejuk dan tidak beku

ORANGE GANACHE
50 ml susu cair/susu full cream
140g coklat masakan Van Houten
Orange emulco
CARA-CARA
KEK
1) Campurkan putih telur,telur,susu dan esen vanilla dalam satu mangkuk sederhana besar.Kemudian kacau sehingga sebati.Ketepikan
2) Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk mixer.Putar bahan kering selama 30 saat dengan kelajuan perlahan.
3)Masukkan butter sesudu demi sesudu dan putar lagi sehingga sebati.(crumble texture).
4)Masukkan pula campuran telur tadi sedikit-sedikit dalam 3 bahagian.Putar sehingga adunan lembut dan fluffy.Pastikan adunan diputar rata
5)Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan campurkan dengan color yang korang suka.
6)Masukkan adunan dalam dua loyang berasingan yang sudah dilapik dengan baking sheet.Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu yang sama.Letakkan loyang dibahagian tengah oven.Pastikan jangan terlebih bakar untuk elakkan kek kering.Gunakan lidi untuk cucukkan pada kek,jika tidak ada adunan yang melekat, tandanya kek sudah masak.

COKLAT GANACHE 
Panaskan susu dengan cara DOUBLE BOILER.Bila sudah agak panas, alihkan ke tepi dan masukkan coklat.Kacau sehingga coklat mencair.Masukkan pula emulcodan kacau sehingga sebati. Ketepikan.






*Harga minyak naik lagi.Jap lagi harga barang pulak naik bertingket-tingket. Duit mengalir laju bagaikan air...



22 Sept 2014

RESEPI PUDING ROTI ~ BAKAR

Assalamualaikum...


Puding apa yang paling sedap dan senang ?? --> PUDING ROTI!!!

Aku yang tanya, aku yang jawab.hehe.Disebabkan puding ni sangat senang, so aku recommend korang cepat-cepat la try buat. Sebab ape aku kate senang.Sebab bahan-bahan dia mudah nak dapat, kat kedai runcit berlambak, pastu cara nk buat cuma campur semua bahan,kacau sikit, tadaaa! dah siap.ngeh3


Aku membebel kat sini pun korang mesti tak paham kan, jom kite baca cara-cara nak buat puding yang super sedap nih.(puji jangan tak puji).hee.

PUDING ROTI
Sumber:Husnazahidi.blogspot.com

BAHAN-BAHAN
PUDING ROTI
Puding Roti
8 keping roti gardenia (apape brand pun bole)
2 cawan susu full cream
4 sudu besar gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega/marjerin (cairkan atas api)
sedikit buahan campuran kering

SOS KASTARD
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
CARA-CARA
PUDING ROTI
1.Masukkan susu,telur,esen vanila dan gula dalam satu mangkuk besar.Kacau guna whisk hingga sebati.(asalkan sampai gula dah larut pun bole)
2.Carikkan roti dalam 4 bahagian dan masukkan dalam bekas adunan tadi,susun roti bertingkat-tingkat.Tekan-tekan roti supaya semuanya terendam.Biarkan dalam 15 minit.
3.Masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi dan gaulkan sehingga sekata. 
4.Masukkan pula buahan campuran.Kacau sedikit.
5.Sediakan loyang,sapu loyang dengan marjerin.Tuangkan roti yang telah direndam tadi ke dalam loyang.
Tabur lagi buahan kering.(Pastikan lapisan roti tidah terlalu tebal, takut roti lambat/susah nak masak)
6.Bakar pada suhu 180 darjah selama 50 minit.

*Kadang-kadang selepas siap dibakar, nampak macam puding tak masak/lembik.Jangan risau.Aku punya pun nampak macam lembik, tapi lepas dah simpan nanti dia akan keras. Dah nama pun puding mesti la lembik kan.ho3.Tapi jangan la sampai berair,confirm belom masak tu.




SOS KASTARD
Satukan semua bahan dalam periuk.Kacau guna whisk untuk larutkan tepung.Letak atas api, sambil kacau, tunggu sampai sos pekat.Kalau nak lagi pekat, lebihkan masa masak.Jangan pekat sangat nanti bila dah sejuk akan terlebih pekat.





17 Sept 2014

RESEPI CARROT CAKE ~MOIST SANGAT-SANGAT

Assalamualaikum...



Mata dah ngantuk, tapi nak jugak update blog malam ni. Rasa tangan dah gatal-gatal, lama tak post resepi.(terhyperbola pulak).Kali ni kek yang akan dipopularkan oleh aku adalah kek carrot.

Kek carrot ni bila aku google nak cari resepi, fuh memang berlambak.Kira popular betul la.Sume orang pernah buat.Aku ni pulak boleh terpikir nak buat sebab aku teringat mak aku pernah cakap suka kek carrot. Pernah dulu akak ipar aku belikan mak aku kek carrot.Mak aku cakap sedap kek tu.So hasil dari pencetus inspirasi iaitu mak aku, dengan sekelip mata jadi la kek ni.(cam magik pulak.hehe).Lagipun aku memang tengah cari apa kek yang aku nak buat tuk post kat blog.So memang sesuai sangat la kan timing dia.Kek ni rasanya sedap (opkos puji diri sendiri), rasa kayu manis tu takla seperti betul-betul kayu manis..Paham ke tak. Tak paham buat-buat paham jela..erk

Moh la kite beramai-ramai jengah resepi ye.Moh-moh

CARROT CAKE
Sumber: aziejaya.blogspot.com
Carrot cake

BAHAN-BAHAN
4 biji telur Gred A
11/4 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (aku blend sendiri. keras giler kot)
3 cawan carrot parut yang telah diperah airnya
Sedikit buahan campuran kering

CARA-CARA
1.Masukkan telur,minyak,gula,esen vanila ke dalam mangkuk.Putar sehingga sebati.
2.Sementara tu, campurkan tepung,baking powder, soda, garam dan serbuk kayu manis dalam satu bekas.Kemudian, masukkan campuran tepung ni  ke dalam adunan yang diputar tadi sedikit demi sedikit..Kacau menggunakan whisker sehingga sebati.
3.Masukkan buahan campuran dan lobak. Kacau sebati.
4.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah selama 40 minit atau sehingga masak. Jika menggunakan loyang nipis, bakar kurang daripada 40 minit. Jangan telebih masak, nanti kek kering. Jangan lupa lapik loyang dengan baking sheet supaya tidak melekat kek di loyang.
*Untuk lagi sedap, simpan dalam peti ais dalam bekas yang bertutup untuk menjadikan kek lebih moist.






Moist sangat ^-^




*resepi asal guna gula biasa, aku guna gula perang sebab ada tengok kat my favourite anime, Yumeiro Patissiere, animasi jepun pasal patissiere, ada dia cakap guna brown sugar boleh buat cake jadi moist. erk. xtau la btol ke x.hehe



13 Sept 2014

CERPEN SULUNGKU ~ KISAH CINTA


Hujan turun dengan lebatnya pada hari minggu itu..Padahal aku dah bercadang nak keluar ke Jusco. Dah lama rasanya tak berpoya-poya bersama Zara, teman serumahku juga merangkap kawan baikku. Dah alang-alang hujan aku dengan senang hati menyambung tidurku. Sangat la nikmat bermalasan time cuti macam ni.’Anak dara apalah tidur lepas subuh,macam tak senonoh je’.hatiku berkata sendiri.’Ah, tak kisah  la aku pun nak kahwin lambat lagi’. Banyak la alasan ko Rai oi nak sambung tidur punya pasal. Aku tersengih sendiri.

Baru saje aku nak menutup mata sambil memeluk ‘kuru’, kura-kura kesayanganku yang ku beli di Melaka, tok tok!! 'Siapa pulak ketuk-ketuk pintu ni'. Dengan langkah malas aku menuju ke pintu. “La ko ke babe, ingatkan siapa tadi.” aku dengan malas menyandarkan badan ke dinding, Terasa macam nak tidur je kat dinding tu, mengantuk yang amat. “La ko ni mengigau ke, mestila aku, ade orang lain ke yang duk serumah dengan ko cik Raisya oii..” Zara kalau dah membebel mengalahkan mak nenek. “Ya allah, dah macam gam aku tengok ko ni, melekat je. Bukan ko tidur awal ke semalam? Aku balik pukul 9 tu gelap je bilik ko.” Tanya Zara sambil melanding di katil aku yang empuk.  Aku pun join sekali sambil memeluk kuru ketat-ketat. ”Memang tidur awal. Pastu pukul 12 tu aku bangun”. Aku menjawab sambil tersengih. “Tersengih-sengih ni mesti ko layan cerita jepun kan.” Cepat saja Zara dapat mengagak aktiviti aku di hari cuti, melayan drama secara marathon.

 “Babe, habis tu kita nak keluar tak ni.. Dapat tengok wayang syok gak.” Zara bertanyakan mengenai plan kami. “Tu la pasal, aku pun dah boring cuti-cuti asyik duk umah je. Tak ada perkembangan langsung.” aku menjawab dengan semangatnya. “ Ye la tu boring, ko kalau  duduk rumah dok layan cerita jepun dari pagi sampai esok paginya pun boleh kan.” Sempat lagi si Zara ni perli aku. Tersengih-sengih aku mendengar kata-kata Zara tu. Aku memang gila dengan drama jepun. Setiap hujung minggu memang aku akan tercegat depan laptop melayan drama sampai tak tidur. Aku menyambung “kita tunggu je, kalau hujan berenti , kita keluar la.” “ok bos” jawab Zara sambil melihat jam ditangannya. ”La, dah pukul 9 patut la perut dah bunyi-bunyi ni .aku pergi masak sekejap. Ko tak lapar ke? Relaks je aku tengok. Kalau tak selalu ko yang merengek-rengek suruh aku masak,” aku dengan Zara memang sudah membahagikan jadual memasak. Aku hari Sabtu dan Zara Ahad. Kalau hari bekerja, makan nasi bungkus je. “Lapar tapi mengantuk mengatasi lapar,” jawab aku sembil tersengih. “Pergi la sambung tidur sana, nanti aku kejut” “Yay, sayang ko.” sengihan semakin lebar.

Selepas sahaja menjamu breakfast yang sedap sehingga menjilat jari, aku dan Zara terus bersiap untuk menuju ke port  biasa kami. Hujan pun sudah sedikit reda, renyai-renyai sahaja. Kami bercadang untuk menonton movie hantu melayu. Aku memang minat cerita hantu dari dulu lagi. Komik yang aku suka baca adalah ALAM ANGKER komik misteri. Tapi aku tidak la percaya kepada content dalam komik or movie tu, semua tu tahyul. Sekadar minat kerana komik ini lain dari yang lain. Walaupun Zara tidak berapa suka cerita-cerita hantu ni, dia turutkan aje aku, al makluman la aku kan kawan baiknya yang paling baik. eh, terperasan sorang-sorang pulak. Kami sudah berkawan sejak dari kami di matrikulasi lagi. Zara adalah orang yang paling memahami aku. Sentiasa ada ketika susah dan senang. Dia memang sahabat aku dunia akhirat.

Wayang kami start pada pukul 12, ada dalam 45 minit lagi, jadi untuk ‘membuang’ masa ,kami pun singgah sekejap di Secret Recipe. Walaupun baru sahaja breakfast, terasa macam masih lapar, teringin pulak nak makan brownies. Memang sudah diketahui umum, Secret Recipe terkenal dengan kesedapan keknya. “Babe, aku nak pergi toilet kejap. Ko tolong order ea. Macam biasa.” Pesan aku kepada Zara. Tiba-tiba perut ni memulas. Ni mesti makan breakfast tadi gelojoh sangat agaknya. Dengan pantas aku  menuju ke toilet. Kenapa time-time macam ni la aku rasa toilet jauh sangat. Aku dah tak tahan ni.. Nampak saja pintu toilet aku mencepatkan langkah.. Masuk saje ke dalam toilet aku terlanggar seseorang. Nak cepat punya pasal sampai jalan pun tak tengok depan. Sakit satu hal, satu hal lagi yang aku langgar tu seorang lelaki, diulangi seorang lelaki. 'Oh tidak! Aku masuk toilet lelaki ?' Terus mata aku beralih dari muka lelaki itu ke arah pintu. Begitu besar terpampang sticker “GENTS” di situ.

                Terus tak jadi nak cakap sorry dek terkejut dan malu yang amat sangat. Terasa darah naik ke muka. Dengan pantas aku terus keluar dan masuk ke LADIES. Ya Allah, malunya....! Aku hanya mampu tergelak sendiri dengan perasaan malu yang berbakul-bakul ..Selepas sahaja selesai menunaikan hajat, dengan cepat aku kembali ke meja dan menceritakan kepada Zara.

                “Babe, malunya aku....” kata aku sambil duduk dan menutup muka dengan dua belah tangan .” kenapa?” Zara menyoal dengan muka curious pabila melihat aku begitu. “ko tau tadi kan aku dah tak tahan, so bila masuk toilet tu aku tak tengok tau pintu tu tulis ape. “babe, jangan cakap ko dah silap masuk toilet lelaki.” Zara pintas cerita aku dengan tekaan yang betul. “eh,terer ko.sejak bila ko jadi nujum mak belalang ni,?”aku tiba-tiba terkagum pulak dengan makcik sorang ni. Terer pulak meneka.Sambil menghabiskan sisa tawanya,Zara menyambung, ”mestila tau sayang oi..,Ko tau tak ni dah kali kedua ko silap masuk toilet.” Aku terus menyoal, “eh, yeke? Bila?” “ada la time kt UPM dulu kat fakulti bahasa, tapi nasib baik time tu tak ada orang.” Zara mengingatkan aku. “Ei,a’a la. Baru ingat. Tak kisah la kan.,aku tak kenal pun lelaki tu. Harap-harap tak jumpa lagi kat mana-mana,”ayat aku untuk menyedapkan hati...

                Selesai sahaja menonton wayang, kami manghabiskan masa dengan window shopping. “eh,la. Tadi abang aku call la. Kenapa tak dengar pun bunyi ringtone.” Kata Zara tiba-tiba sambil sambil menekan-nekan handphone nya. “Tadi ko silentkan kot masa  tengok wayang tu” aku menjawab. Zara cuba mengingat balik dan kemudian mengangguk. Zara terus menelefon abang nya semula. Abang Zara seperti yang diceritakan kalau tak silap namanya Zaki sedang bekerja di oversea, tak pasti kat negara mana. Aku beranggapan mungkin dia sudah balik ke Malaysia..Zara memang sangat rapat dengan Zaki. Al-maklum la Zara adik yang paling bongsu, dan Zaki satu-satunya abang yang dia ada.

                Setelah habis berborak di telefon, Zara datang ke tempat aku sedang duduk.’Leganya dapat rehatkan kaki yang lenguh’. Al-maklum la dah round-round satu  Jusco. Zara pantas berkata “Babe, tadi abang aku ada kat sini, dia cakap nak jumpa aku tapi aku tak angkat call pulak.” Nada suara Zara sedikit sedih.”Abang ko dah balik sini ke?kan dia kat oversea.” Aku bertanya. “A’a,baru je balik semalam. Eh aku tak bagitahu ko ke yang abang aku dah tak kerja kat sana dah, bos dia suruh dia jaga company kat sini pulak.” Sejak akhir-akhir ni Zara memang suka menceritakan perihal abangnya kepada aku. “Tak ada.” pantas aku menjawab. “Tak ada ek. Ha. Lagi satu, minggu depan aku kena balik kampung ada kenduri sikit sebab abang aku dah balik kan. Ko ikut aku ea balik kampung. Mak aku dah banyak kali suruh aku ajak ko datang umah, nak kenal-kenal ngan bestfriend aku katanya.” Beria-ia betul Zara. Aku mendiamkan diri saja, sedang berfikir mahu ikut ke tidak. ”Boleh la, boleh la.ea.”  Zara memujuk aku. “Yela yela, aku ikut”. Akhirnya aku setuju juga. Tak sampai hati pulak nak tolak bila Zara beria-ia mengajak. “Sayang ko” kata Zara dengan muka yang happy semacam. Macam ada maksud tersirat dari wajah yang tersenyum itu.

                Malam itu, malam sebelum bertolak ke rumah Zara, aku mengemas apa yang patut untuk dibawa bersama. Tak lupa juga buah tangan untuk mak ayah Zara. Seingat aku selama aku berkawan dengan Zara, belum pernah sekali pun aku mengikutnya pulang ke kampung halamannya di Melaka. Alasan aku segan. Aku ni memang pemalu orangnya. Pemalu la sangat kan, padahal kalau dah berjumpa dengan orang yang boleh dibawa berborak memang tak ingat dunia dah.

                “Banyaknya baju ko bawak. Ni macam nak duduk seminggu ni.” satu suara di belakang aku. Entah bila Zara masuk dalam bilik aku, tiba-tiba je dah tercongok atas katil. Terkejut beruk aku.“Ya Allah, terkejut aku. Kot ye pun bagi la salam, sepatah dua kata ke. Ei budak ni.” ngomel aku sambil menepuk paha Zara tanda geram sebab terkejut. Zara ketawa terkekek-kekek. Suka la tu tengok muka aku yang pucat semacam. “Ko ni, kata suka tengok cerita hantu, ni aku buat cak-cak sikit dah pucat.”  Mula la si Zara ni nak mengenakan aku. Tak habis-habis nak usik aku makcik ni. “memang la suka, suka tengok. Beraninya tak.. .”tergelak aku teringtkan diri aku yang penakut ni.

                “Babe, kalau aku tanya ni ko jawab dengan jujur dan ikhlas tau” tiba-tiba Zara berkata dengan nada serius.. “Ha.ape pulak ko ni.serius tetibe. Siap kena jawab dengan jujur dan ikhlas lagi” aku tergelak kecil. Melihat reaksi Zara, tersedar aku yang Zara benar-benar serius, aku pun “yela-yela.ok, aku jawab dengan jujur dan ikhlas.tanya la."
“Setahu aku selama aku kawan dengan ko, ko belum penah couple kan? Sekarang pun tak ada sesiapa kan?” Mendengar Zara bertanya begitu, aku sudah mengagak sesuatu “Ko ni mcm nak kenen-kenen kan aku ngan someone kan,tanya-tanya camni. Betul tak? “hehe...tau je ko eh..aku bukan apa, ko tau kan bulan depan aku nak tunang dah, insyaallah tahun depan nak kahwin. Aku macam tak sampai hati la pulak nak tinggal ko sorang-sorang. Kalau kita dapat kahwin sama-sama kan best. Betul tak?” mula la si Zara ni keluarkan ayat sedih dia.

                “Ala ko ni, cam tak tahu je aku ni pemalu ngan lelaki “slow saje aku menjawab. "So kira jawapan ko, ko single and available la sekarang ni kan..?” hm,pelik aku, penuh semangat kali ni Zara mengorek jawapan dari aku. “iye... aku single and available makcik Zara ku sayang..”.. Zara tersenyum gembira mendengar jawapan aku. "Dah macam budak-budak dapat gula-gula aku tengok ko.” Kata aku sambil tergelak.

                Zikri melabuhkan badannya yang letih di katil empuknya. Lelaki itu tersenyum geli hati mengenangkan peristiwa pagi tadi. Terbayang-bayang dia wajah malu dan pucat perempuan yang berlanggar dengannya di depan toilet itu.'Mesti dia malu sangat sampai merah padam muka dia.’.bisik hati kecilnya. 'First time aku jumpa muka pucat secomel itu'. bermonolog Zikri sambil tersenyum sendiri.Hm, tak sabar pulak nak tunggu esok nak jumpa satu-satunya buah hati kesayangannya, rindu sudah menggunung. Mata pun makin lama makin layu, dia tidur dengan harapan dapat bermimpi berjumpa lagi dengan gadis yang sudah sedikit  mengetuk pintu hatinya.

                Kami bertolak ke kampung Zara awal pagi selepas subuh. Sengaja bertolak awal, dapat  la lama sikit beristirehat di kampung kan. Dah lama kami tidak pergi bercuti begini. Kampung Zara terletak di tepi pantai, tempat yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Lagipun Melaka memang terkenal dengan pusat tumpuan pelancong.Memang tepat la keputusan aku mengikut Zara pulang ke kampungnya walaupun asalnya agak berat hati. Bukan apa tidak sedap pula ada orang luar yang muncul di kenduri yang biasanya dihadiri oleh saudara mara terdekat saja.

                Sampai saja di kampung Zara, aku terus terpesona dengan pemandangan indah lautnya. Angin pantai yang kuat bertiup mendamaikan jiwa aku.”Bestnya babe kampung ko. Betul-betul tepi pantai. Syok kalau dapat duduk sini hari-hari.” Leka aku menghayati lautan yang luas dan indah.”Best kan. Tula ko,aku dah ajak dari dulu lagi datang sini, ko jual mahal.” Tersenyum bangga si Zara ada orang puji kampung dia.

                Zara membelokkan kereta ke satu selekoh. Di sebelah kanannya ada satu rumah kayu yang agak besar. Walaupun nampak seperti sudah diubah suai, masih terserlah ciri kemelayuannya. Memang cantik. Terpaku sebentar mataku. “Babe, ni rumah ko?” Zara mengangguk. “Serius? Cantik giler babe. Kalau macam ni tiap-tiap minggu pun aku sanggup datang sini” Terseyum lebar Zara. Mana taknya,tadi aku puji kampung dia. Ni puji rumah dia pulak. Jakun  betul aku, macam rusa masuk kampung.

                “Mokcik, keluar la wey.  Ko buat ape tu!” Tersentak aku dengan suara kuat Zara dari luar kereta .Kus semangat. Aku ni pun satu dok duduk kaku dalam kereta, tak habis – habis lagi dengan jakun nya. Sedang kami mengeluarkan beg dari kereta, mak Zara pun muncul menyambut kedatangan kami.”umi..!.” Zara bersalaman dengan umi lantas memeluk erat. Umi pula terus mencium kedua belah pipi Zara. Sejuk hati memandang keakraban hubungan mereka.”umi, ni la Raisya, yang adik selalu cerita tu.” Zara yang dipangil adik oleh keluarganya memperkenalkan kami. “Apa khabar makcik?” dengan sopan aku memulakan bicara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dengan kasih sayang, umi terus memeluk aku dan mencium pipiku. Aku sangat tersentuh dengan sambutan mesra itu. “Jangan panggil makcik, panggil umi ye.” Aku tersenyum senang dan mengangguk. Terasa lega bila dilayan seperti satu keluarga.
               
               Tiba-tiba Zara menjerit  “Angah! Ayah!” dengan gembira berlari mendapatkan abang dan ayahnya yang baru balik dari pantai. Dari jauh aku melihat dua beradik itu berpelukan dan bergurau senda. Zara kalau dah jumpa abangnya memang manja sangat la dia. Hm,aku sangat menyenangi keluarga ini. Rasa rindu pula pada ayah dan ibu walaupun baru saja dua minggu lepas aku menjeguk mereka di kampung. Umi memandang aku dan tersenyum “Itu la satu-satunya anak lelaki umi, abang Zara, Zikri.” sambil menunjuk ke arah lelaki itu. Aku yang rabun ni tak berapa jelas wajah lelaki yang bernama Zikri itu. ‘La, Zikri ke nama dia, ingatkan Zaki. Sesuka hati aku je tukar nama orang’,aku berbisik sendiri. Semakin Zikri menghampiri tempat aku berdiri, semakin aku nampak dengan jelas wajahnya. Tiba-tiba rasa panas dan seram sejuk bercampur. “Itu bukan ke lelaki yang aku langgar depan toilet hari tu!”.aku bersoal jawab sendiri. Memang aku takkan lupa wajah lelaki itu. Alamak. Memang dia la. Aduih. Mana aku nak letak muka aku ni. Tak sempat dah nak lari. Tak kisah la, redha jela. Harap-harap dia tak ingat aku.

Tatkala Zikri perasan kehadiran aku yang menyorok di belakang umi, reaksi wajah dia terus berubah. 'Ah sudah!dia ingat ke?' Ketika Zikri berdiri di depan aku, aku perasan dia tersenyum-senyum. Macam kerang busuk. Baru aku perasan hensem rupanya dia. Uih, malu-malu aku pun sempat lagi menggatal tu. Nak tak nak aku tersenyum juga,senyum kelat."Babe, ni la abang aku yang salu aku cerita tu. Angah, ni best friend adik dunia akhirat, Rai,Nur Raisya Kamila” habis saja introduction aku perasan Zikri tersenyum lagi. Tak tau la apa yang dia pikir pasal aku. Nak je aku campak muka aku jauh-jauh. Malu punya pasal. Mati-mati aku ingatkan takkan jumpa lagi mamat ni kat mana-mana. Tup-tup di abang bestfriend aku..What a small world!

Petang itu aku mengajak Zara bersiar-siar di pantai. Sejak sampai tadi aku sudah tak sabar untuk turun ke pantai. Al-maklum la dah lama sangat kerja kat bandar, jarang jumpa laut, tu yang semangat terlebih. Perasaan malu bila bertemu Zikri pun sudah terbang kemana dek keterujaan melampau. ”Babe cepat la aku dah tak sabar ni!!” terjerit-jerit aku memanggil Zara yang tak muncul-muncul lagi. Sambil menunggu Zara, aku menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Nyaman betul. Memang sedap duduk di laman rumah petang- petang macam ni. “Yela-yela. Kot ye pun bagi la aku berbedak-bedak dulu. Mane la tau jumpa mamat handsome kat tepi laut tu, boleh aku ngorat. Macam pepatah tu apa, sambil menyelam minum air. Zara muncul sambil tersengih..”Oi makcik, jangan nak minum air sangat la ye, mana nak letak Is buah hati pengarang jantung ko tu. Menangis tak berlagu kang mamat tu.” Kataku dengan gurauan sambil menepuk lengannya. Bukannya aku tak tau betapa sayangnya Zara kepada Iskandar, kekasih hatinya. Sudah mahu berkahwin pun tahun depan. Aku je yang masih keseorangan. Sunyi la aku bila Zara sudah kahwin nanti. Hm,tah la aku masih belum terfikir nak cari pasangan hidup.

Sedang Zikri menikmati bayu laut di pangkin, terdengar dia suara Raisya menjerit memanggil adiknya.’Oh diorang nak pergi pantai rupanya’.hatinya berkata-kata. Raisya, cantiknya dia seindah namanya. Tak sangka dia dapat berjumpa lagi dengan gadis itu selepas peristiwa di depan toilet itu. Adakah ini jodoh? Tidak tahu mengapa dia boleh terfikir sampai ke situ sedangkan baru saja mengenalinya. Takkan dilupakan wajah pucat Raisya yang comel itu.

“Saya nak ikut boleh?” satu suara garau dibelakang aku kedengaran. Jelas sangat seperti berbisik di telinga aku. Aku ni dah la jenis yang cepat terkejut. Penangan suka tegok cerita hantu. Pucat muka aku .Terus aku berpusing untuk melihat gerangan makhluk yang tak reti nak bagi salam. Cet. mamat ni rupanya. Dia berdiri di situ dengan lagak bersahaja dan tenang.Siap tergelak lagi. Dah buat orang terkejut boleh pulak buat muka tak bersalah. Membebel aku dalam hati. “Angah ni tak baik la buat orang terkejut macam tu.” Zara membela aku. Mungkin perasan dengan wajah aku sedikit pucat. Zikri yang sedar dengan keadaan itu, sambil tergelak kecil “Sorry-sorry .angah tegur biasa je tak sangka Raisya jenis yang senang terperanjat. Sorry ye,”sekali lagi dia meminta maaf bila aku tidak memberi respons. Terus hilang marah melihat wajah tersenyum itu. Nampak keikhlasannya. “Tak apa.” Pendek saja jawapanku dengan senyuman kecil.

Kami bertiga menyusur jalan kecil menuju ke tepi pantai..Sambil berjalan Zikri dan Zara bergurau senda sambil mengusik aku. Amboi dua beradik ni, kalau dah bergabung pening kepala nak melayan. Dah la aku berdiri di tengah-tengah.  “Angah tau tak kawan adik ni kan suka sangat tengok cerita hantu, baca komik pun cerita hantu. Tapi penakut mengalahkan adik tau..” Zara membuka cerita mengenai aku dengan ketawa terkekek-kekek. Makcik ni mesti nak kenakan aku la ni.”Oo patutla. Tak apa, lepas ni abang janji tak buat dah..” Hatiku berdebar-debar. Abang? Zara mengerling sekilas kepada kawan baiknya itu dan tersenyum nakal. Dalam fikiran Zara, “Bagus jugak abang aku ni, straighforward betul”

Kami duduk di satu pondok dibawah sepohon pokok besar. Angin bertiup kuat dan nyaman. Boleh dikatakan sepanjang masa aku hanya bercakap dan berborak dengan Zara saja. Jika Zikri mengusik aku hanya tersenyum. Rajin pulak tu Zikri ni mengusik aku. Walaupun aku tidak berapa melayannya. Bukanlah aku jual mahal, tapi aku memang pemalu.

Zikri leka merenung wajah Raisya rancak berborak dengan adiknya. Suka Zikri mendengar gadis itu berceloteh .Hm, dengan Zara banyak pulak bercerita, dengan aku terus membisu.Malu dengan aku kot.Tu la gatal lagi mulut ber”abang-abang” dah senyap terus  gadis pujaan hati kau. Zikri memarahi dirinya di dalam hati. Tapi pada Zikri itu caranya untuk merapatkan hubungan mereka.. Kerna dia tahu, hatinya sudah terpaut dengan gadis pemalu ini.

Tiba-tiba saja Zara bangun,“alamak babe hp aku tertinggal kt rumah pulak. Tadi Is cakap dia nak call. Aku pergi ambik kejap ea” Zara terus berlalu meninggalkan aku dan Zikri. Aku jadi tidak senang duduk kerana ditinggalkan berdua sahaja..Nasib baik ada dua tiga buah gerai berdekatan kami, tak pasal-pasal kena tangkap basah nanti. Aku perasan pendangan mata Zikri terhadap aku. Sengaja aku buat-buat membetulkan lipatan tudungku. “Sya dah ada tunang?bf?”. Soalan cepumas dari Zikri. “Err.. Tak ada” tergagap-gagap aku menjawab dek terkejut dengan soalan itu. Aku lihat Zikri tersenyum lagi. “Sya macam tak suka abang je. Dari tadi borak pun dengan Zara je tak layan abang pun.” Suara Zikri seperti nada budak-budak merajuk. Comel!!“eh, tak ada la. Mana ada Sya tak suka. Kita kan baru kenal, biasa la tu....” dengan aku-aku pun dah membahasakan “Sya” padahal sebelum ni aku tak biasa dipanggil begitu. “Jangan risau, abang tak makan orang.” Zikri berseloroh. Kami berborak panjang mengenai macam-macam. Zikri banyak bertanya perihal diriku, adik beradik berapa, kampung kat mana, kerja ape macam-macam lagi la. Entah mengapa aku senang mesra dengan dia, rasa selesa untuk bercerita. Mungkin kerana sikap peramah yang ada pada dirinya sama seperti Zara.

Zara menyorok di belakang pokok kelapa sambil memerhatikan pasangan itu dengan senyuman.”Yes, nampaknya menjadi rancangan aku ni.” Dia berbisik sendiri. Handphone tertinggal tu hanya alasan saja untuk merapatkan mereka berdua. Zara tahu Raisya memang pemalu. Tapi jika Zikri yang memulakan salam perkenalan pasti Raisya akan terima. 'Ya Allah, kau satukan la mereka berdua.' Zara memang sudah merancang lama untuk menjodohkan abangnya dan Raisya tanpa pengetahuan Zikri. Rancangan itu juga sudah dikhabarkan kepada umi dan abi. Mereka juga tidak menghalang. Sebab itulah dia mengajak Raisya mengikutnya pulang ke kampung untuk memperkenalkan Raisya kepada Zikri dan keluarganya..Kalau boleh dia mahu Raisya menjadi sebahagian dari keluarganya kerana mahu mengekalkan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.. Tambahan pula Raisya masih single. Dia memang sayangkan kawan baiknya itu dan dia percaya Zikri boleh membahagiakan Raisya. Zara kembali ke pantai selepas mengambil handphonenya yang tertinggal tadi. “Is ada call ke?” cepat saja Raisya bertanya kepada Zara sekembalinya Zara ke situ.  “Ada, nasib baik sempat angkat,” tersengih Zara menjawab soalan itu.

Petang itu mereka beritga menghabiskan masa berjalan-jalan di persisir pantai. Zikri dan Raisya beriringan manakala Zara berada dibelakang. Sengaja Zara berpura-pura mengutip kepah yang bersepah di situ untuk memberi privacy kepada mereka berdua. Zara dapat lihat abangnya itu memang sudah terpaut hati dengan Raisya. Teringat dia Zikri pernah berkata suatu ketika dulu.

“Angah bila nak cari pengganti?” Zara pernah bertanya kepada Zikri beberapa tahun yang lepas sebelum Zikri bertolak ke luar negara. Abangnya itu pernah putus tunang dan yang paling mengecewakan adalah mereka sudah bercinta selama 7 tahun. “Entah, angah pun tak tau.” Jawab Zikri sambil termenung jauh. “Yang ikut angah balik hari tu, kak ila,nampak macam ok je”. “Ish. Apa la adik ni” Zikri tergelak kecil.”Kenapa, cantik jugak kak ila tu.” Zara mengusik.”Itu kawan office je ok, kebetulan dah ada  kerja kat kawasan ni,  tu yang bawak dia sekali,” jelas Zikri.,“Kalau angah suka kat perempuan tu, confirm adik akan nampak dengan jelas perubahan perangai angah .Tak ada selindung-selindung dah. Terus je tackle time tu jugak.”kata Zikri sambil tergelak-gelak. 'Hm, memang betul la ape yang angah cakap tu, ingtkan main-main.' Zara tersenyum sendiri teringatkan peristiwa itu.

Malam itu ketika kenduri, aku meringankan tulang menolong apa yang patut..Letih la juga. Bukan letih sebab menolong, tapi lebih ke arah menjawab soalan saudara-mara Zara bertanyakan siapa aku..Mereka ingatkan aku adalah kawan kepada Zikri, kawan “special”.Nak tergelak aku setiap kali mereka bertanya soalan yang sama. Tak terkecuali juga along, kakak Zikri. Along nampak bersungguh nak kenenkan aku dengan Zikri . Nampak sangat Zikri ni memang dah tua ,kena kahwin cepat. Tersenyum aku sendirian. “Hai sayang abang ni senyum sorang-sorang kat dapur ni, teringat kat abang ke?” tersengih Zikri memandang aku. Terkejut aku dengan kehadiran dia di situ. Macam tau-tau je aku tengah ingatkan dia. Dah la suka hati je panggil aku sayang.“eh takla mana ada. Sya teringat kat monyet kat luar tadi, pandai pulak dia tersengih, sebijik macam abang tersengih tadi. “ puas hati aku mengenakan dia. Sengaja aku buat muka marah. “aik marah nampak, betul la tu teringtkan abang.” Zikri masih lagi mahu mengusik. “eii, abang ni macam kerang busuk. Lagi wangi kerang tu tau.” Nak tergelak aku. Dah la tadi aku sama kan dia dengan monyet, ni kerang pulak. “Tak kisah la sayang nak cakap abang monyet ke kerang, yang penting sayang memang satu-satunya yang cantik di mata abang.” Zikri berkata dengan penuh ikhlas sambil tersenyum manis. Aku terkedu. Tak sangka dia akan cakap begitu.”Jangan buat muka comel macam ni kat orang lain tau, kat abang je boleh.” Kata Zikri dengan kenyitan mata sambil berlalu dari situ. Aku masih terkaku di situ. Aku pandang ke kiri ke kanan. Nasib baik tak ada siapa-siapa di situ. Kalau tak kecoh satu rumah.  Teringat aku pertanyaan Zikri ketika kami duduk di tepi pantai petang tadi.

“Sya abang ada benda serius nak tanya Sya ni,” tanya la.” aku memandang tepat ke arah Zikri. 'Ape la agaknya yang serius sangat tu.' Aku berteka teki di dalam hati.”Emm....Kalau abang hantar rombongan meminang Sya terima tak?” Zikri bertanya dengan muka yang serius. Belum sempat aku menjawab Zara sudah muncul. Aku menganggap mungkin Zikri cuma bergurau kerana sebelum itu dia ada memberitahu aku dia suka lihat wajah aku yang pucat dan malu. Sebab tu dia tak habis-habis mengusik. Lagipun mana mungkin baru saja jumpa sehari dah ajak kahwin. Impossible tu. Tapi pandangan mata Zikri yang nampak ikhlas tadi membuat aku keliru, benarkah Zikri memang maksudkan kata-katanya. Ish,berdebar hati aku dibuatnya.

Sudah masuk jam 12 malam, tetamu pun semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Saudara mara hanya tinggal beberapa kerat saja. Aku teringat aku belum menunaikan tanggungjawab aku. Terus aku pergi mengambil wuduk. Baru saja aku mahu melangkah keluar dari tandas, “Cik adik salah masuk toilet la. Ni toilet lelaki.” Zikri berdiri betul-betul di depan pintu tandas. Terkejut beruk aku. Nasib baik tak tersembur latah aku, jatuh saham.
“ei abang ni. Tak ada kerja lain ke. Kalau hari-hari macam ni boleh sakit jantung la Sya. By the way cik abang, kat rumah pun ada toilet asing-asing ke..?” Perli aku. Kalau dengan si penyakat ni memang kena bebel sikit.”eh, mestila ada. Tumpang lalu ye cik adik, cik abang hensem ni nak masuk toilet.” Kata Zikri dengan muka selamba. Aku sengaja tidak mahu beralih dari kedudukan aku. Zikri terus datang dekat ke arah aku dan berbisik, ”Kalau nak kena dukung, buat la macam ni.” Dengan serta merta laju saja aku keluar dari toilet. Rasa panas muka aku menahan malu. Terkekek-kekek Zikri ketawa terus masuk ke dalam toilet. Kelakar sangat la tu gayanya. Memang penyakat semulajadi la mamat ni. 'Hm, nasib baik tak batal air sembahyang aku tadi'.

Keesokan harinya aku dan Zara bersiap untuk pulang. Rasa sedih pulak nak tinggalkan tempat ni. Aku sangat suka kat sini. Selesa dan tenang. Umi siap suruh aku janji supaya datang lagi melawat mereka. Umi yang aku baru kenal semalam sudah seperti ibuku sendiri. Aku berjanji akan melawat mereka dalam masa terdekat. Ketika aku sibuk memasukkan barang ke dalam kereta, Zikri datang kepada aku, “Siap sedia sayang, bulan depan abang akan hantar rombongan meminang.” Katanya dengan seyuman manis. Aku hanya menjeling tajam. Tak habis-habis mengusik ,  walaupun jujurnya hati aku sedikit terusik dengan kata-kata itu.

Setibanya di rumah sewa, aku terus masuk ke bilik berniat untuk menyambung tidurku. Terasa sangat mengantuk. Baru saja mahu lelap, deringan telefon berbunyi menandakan message masuk. Dengan malas aku baca message yang tertulis ‘Sayang dah sampai rumah kan? abang cuma nak cakap, jangan lupa janji abang tadi. Tunggu abang ye.”- cik abang hensem.’ Terbeliak mata aku baca message itu. Eh,mana Zikri tau no telefon aku. Niat di hati mahu bertanya Zara dia kah yang beri no telefon aku kepada Zikri. Tapi kerana tidak mahu Zara bertanya macam-macam aku terus batalkan niat aku tu. Dan dek kerana teramat la mengantuk aku pun terus tertidur.

Sebulan sudah berlalu, kadangkala aku tertunggu-tunggu juga khabar dari Zikri. Akan ditunaikankah janjinya itu. Atau sekadar gurauan semata. Aku sudah jatuh cinta, mungkin, kerana dalam masa sebulan ini aku sering teringatkan dia. Teringtkan senyumannya, usikannya,suaranya. Mahu saja aku bertanya khabarnya tapi aku tak mahu menjadi seperti perigi mencari timba. Ada kalanya kata hatiku berkata.’ah, begitu mudah kau jatuh cinta. Sedangkan kau baru saja mengenali dia’. Aku tidak tahu, mungkin perasaan inilah yang dinamakan cinta.

“Sayang, buat apa duduk kat luar malam-malam ni. Sejuk, nanti demam, siapa yang susah, abang jugak...” suara itu membuat aku tersedar dari lamunan. Suara yang aku rindukan jika tak mendengarnya saban waktu. Aku tersenyum memandang suamiku, “saja dengar bunyi ombak. Tenang sangat.” Zikri terus duduk disebelahku dan merangkul pinggangku.”Teringat kat abang ye.” Usiknya. “Abang ni tau je ye ape yang Sya fikir kan..Memang ingat kat abang pun, teringat masa abang janji nak pinang Sya, siap kena tunggu sebulan pulak tu.Rasa seksa tau rindu kat abang.” Alahai, kesian sayang abang ni ye, tak payah rindu-rindu dah..sekarang ni abang janji setiap hari kan ada kat sisi sayang especially untuk hari yang kita tunggu, baby kita.” Tersenyum Zikri sambil memegang perutku yang sudah membesar, hanya tunggu masa saja untuk melahirkan. Syukur alhamdulillah ya Allah, aku dikurniakan adik ipar aka kawan baikku yang sangat aku sayangi, keluarga dan suami yang sangat penyayang dan aku sangat mencintainya. Semoga kasih sayang kami kekal dan terus bercambah bersama zuriat yang akan lahir tidak lama lagi.

Dari jauh Zara tersenyum bahagia melihat kebahagiaan abangnya dan kawan baiknya itu. Syukur ya Allah dengan jodoh yang kau tentukan ini. Semoga hubungan erat ini akan kekal sampai bila-bila.

*CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP ATUPUN YANG SUDAH TIADA. PENULIS ADALAH AMATUR DAN HANYA UNTUK SUKA-SUKA JADI MASIH BANYAK KEKURANGAN DALAM HASIL SENI INI.HARAP MAKLUM..PEACE.HEHE