FIND RECIPES HERE

3 Jan 2017

RESEPI BASIC PIZZA DOUGH ~ GEBU, MUDAH DAN CEPAT

Assalamualaikum...



Resepi doh pizza yang aku akan share ni adalah resepi yang paling senang dan tanpa menggunakan telur. Hanya guna tepung gandum sahaja. Tak perlu guna tepung roti. Resepi doh ni aku ambik dari resepi donut aku. Sama je bahannya. Cuma kali ni aku share cara membuatnya untuk buat doh jadi doh pizza. Resepi memang sangat senang dan texture doh lembut dan gebu.

BAHAN-BAHAN (1 loyang)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on texture doh) 

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan. Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit. Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.

3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang.

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Leperkan seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan doh naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 20-30 minit (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu).

6) Sapukan setiap base pizza dengan sos cili, mayonis, Taburkan inti/topping dan mozarela cheese.