FIND RECIPES HERE

5 Aug 2013

DIET CARA KEVIN ZAHRI

Assalamualaikum semua..

Aik tajuk pasal diet pulak.sape pulak yang berdiet ni.hehe.sape lagi,aku la.Sape pulak kevin zahri?Ha,kalau korg tak tau kevin zahri ni adalah cikgu fitness kt malaysia.Kira popular la dia ni.Ada banyak masuk rancangan tv.Kalau nak tgk website dia click sini.Actually masa aku on diet,secara tak sengaja ter open website kevinzahri ni dan terus terminat.Terminat dengan cara diet yang dia syorkan ok bukan terminat dengan orangnya.ehehe.

Sebelum ni aku diet ikut suka aku.So macam tak berkesan pn.Lepas aku ikut cara kevin ni alhamdulillah berkesan .Dapat la turun 5kg dalam masa sebulan setengah.(alamak.terbangga sikit :D).Cara diet kevin zahri ni senang je,kite kena diet dengan cara mengira kalori .Aku pun dah ade satu buku penuh dengan list kalori ape yang aku makan.Kadang-kadang sampai dah hafal nilai kalori,xyah tengok website especially kalori ayam.ehehe. Sebab aku suka sgt makan ayam.

Ok.Aku nak share kt korg camane mula-mula aku start berdiet. 

1.First korg kena tau daily calorie yang korg perlukan. Aku kire kalori aku kt website daily calorie calculator. Masukkan data yang dia nak dan korg akan tau berapa kalori yang korg perlukan untuk kurangkan 1 kg.Ok,aku bagi contoh:



Kalau korg tgk contoh kt atas ni kalori yang diperlukan oleh perempuan ni untuk lose weight 1 pounds= 0.45 kg per week adalah 1210k wif no exercise. Apa yang korg kena buat adalah makan dengan kalori kurg dari 1210k every day in one week dan korg akan turun 0.45 kg dalam masa seminggu, insyaallah.Tetapi tidak digalakkan makan dengan kalori kurang daripada 1000 kerana akan melambatkan tahap metabolisme.

2. Kira kalori setiap makanan yang dimakan.(berapa kali makan daaa.ho3).List kalori cari je kt google berlambak.Dan kena ingat cara diet kevin zahri adalah makan nasi sebanyak segenggam sahaja. Contoh menu kalori 1000-1100: 

BREAKFAST
Milo O = 130k
Roti putih (2kpg) = 159k

LUNCH
Nasi segenggam/separuh = 150k
Ayam goreng = 270k
Sayur kobis tumis (1 senduk) = 50k

DINNER
Ikan pari asam pedas (2 potong) = 240k
Sayur bayam = 80k


TOTAL = 1079k

Aku akan cuba makan nasi sekali sehari sahaja.Kdg-kdg malam aku makan nasi jugak tapi aku akan makan lebih kurang secubit je+lauk.Biasanya memang malam aku tak tinggal makan (sebab mak dah masak kn,tak sampai hati pulak tak makan.:D).Malam boleh makan asalkan total kalori yang kite makan pada hari itu tidak melebihi yang sepatutnya.

3.Kalau nak cepatkan lagi metabolisme,boleh la juga bersenam.Kalau memang takde masa sangat,setakat senam ringan-ringan pun boleh.Macam aku setiap malam aku akan buat push up 20x, sit up 20x dan angkat dumbell sebanyak 40x setiap tangan kanan dan kiri. Dumbell untuk perempuan ( vinyl dumbell ) aku beli kt giant je.Harga pun tak mahal lebih kurang bawah rm 30 untuk sepasang.



Dumbell kesayanganku.:D

4. Satu lagi benda penting adalah aku amalkan minum air kesihatan chlorophyll.Yang kaler hijau tu.Mula-mula minum memang macam rasa rumput,tapi bila dah lama-lama tak rasa apa pn.Air chloropyll ni elok untuk membuang toksin dalam badan.Aku pn tak pasti dia membantu tak dalam proses berdiet tapi sepanjang aku berdiet ni memang aku tak tinggl la minum .Rasanya membantu la kot.Lagipun aku ni tak suka makan sayur.So kira chlorophyll ni dpt la gantikan sayur tu.ehehe.
Ni la Liquid Chloropyll
yang aku guna

So sesape yang nk berdiet jgn tangguh-tangguh.Jangan risau, diet cara kevin zahri ni tak halang pun korg nak makan ape yang korg nak,cuma kena kira la kalori,kalau makanan feveret korg tu tinggi kalori ye makan sikit je kn.ye dok?Aku pn dulu mula-mula memang ssh sikit, lagi-lagi kalau g kedai nmpk ayam sana sini, tapi bila dah lama-lama dah terbiasa.Tak kisah dah.:D
oklah sampai sini dulu,esok nak kerja, tak study lagi ape yang aku belajar minggu ni.nanti nak jawab ape my new bos tanya.abes la aku.huk3


8 comments:

  1. Infοrmatiѵe aгtiсle, eхactly what I was lookming foг.


    My web site - paleo burn reviews

    ReplyDelete
  2. apa link utk kira calorie?

    ReplyDelete
  3. Nak lagi cepat kurus. Korang makan telor rebus or OAT. Buat senaman cardio. Hasil nye memang win

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Sioknya..
    Tpi klw time rest, apa kelvin makan?

    ReplyDelete
  5. Rest mksud sy, rest training

    ReplyDelete