FIND RECIPES HERE

31 Aug 2015

RESEPI DONUT SUPER GEBU ~ LEMBUT WALAUPUN DAH SEJUK

Assalamualaikum..


Akhirnya setelah mencuba beberapa kali dan beberapa resepi selama 4 hari berturut-turut jumpa jugak donut yang lembut walaupun dah sejuk.Dijamin lembut dalam 24 jam.Gitew

Kali ni aku try resepi lain dari yang aku buat before ni. Before ni punya resepi lembut mmg lembut tapi tak tahan lama. Resepi kali ni tanpa telur.Pada aku lagi senang tanpa telur sebab kalau kat resepi kebisaanya takde dinyatakan telur gred apa yang diguna.So biasanya akan terkurang atau terlebih telur.Jadinya susah nak konsisten nak dapatkan donut yang lembut.


Siap boleh penyekkan lagi.Betapa lembutnya.hehe


Bahan bahan yang digunakan adalah bahan asas saja.Memang bisanya ada la kat dapur setiap orang.heuheuheu.Jadi tk payah risau kalau tetibe teringin or mengidam nak makan donut boleh terus je buat.

Resepinya aku dapat dari group kat fb jugak .Kalau ikut memang banyak sangat resepi yang dishare kat group fb tu.Tapi tak semuanya aku try menjadi.Tak tau la apa silapnya.Alhamdullilah yang ni menjadi dan kekal lembutnya.

DONUT SUPER GEBU
BAHAN-BAHAN ( 6 biji sederhana besar)

1 1/2  cawan tepung gandum blue key/sauh
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak 
secubit garam
1 sudu teh + secubit yis
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam (depends on tekstur doh)

CARA-CARA

1) Campurkan semua bahan.Air suam jangan masukkan semua. Masukkan 1/2 cawan dulu.

2) Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.Kemudian tambahkan air sesudu dulu.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.Teruskan tambah air lagi sesudu jika doh masih tidak lekat ditangan.Doh yang elok adalah doh yang sedikit melekit.Jadi teruskan tambah air sehingga mendapat doh yang melekit.Anggaran masa menguli adalah 30-45 minit.Akan dapat rasa doh sangat lembut dan ringan.



3) Selepas sudah siap uli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh kembang selama 35 minit. Doh akan nampak sedikit kembang

4) Tumbukkan doh untuk buangkan angin.Uli 1 kali.

5) Bahagikan dan bentukkan doh menjadi bebola kecil. Doh sangat lembut dan sangat senang untuk dibentuk.

6) Biarkan doh kembang selama 40 minit - 1 jam (kalau boleh kat tempat sedikit panas atau bawah lampu). Selepas dah kembang permukaan doh nampak sangat flawless (kalah muka aku.heuheuheu)

7) Boleh la panaskan minyak dalam periuk.Guna api sederhana besar. Time ni baru la buat lubang tengah2 donut guna penutup botol.

8) Goreng donut sampai dah takde bubble kat minyak bawah donut atau permukaan sedikit perang/kuning.Terbalikkan dan goreng lagi sebelah.Angkat dan lapkan sikit minyak kat donut guna tisu.

9) Taburkan dengan gula kastor.Siap.Untuk kekal lembut simpan dalam bekas bertutup.







28 comments:

  1. Resepi ni tak berapa lembut....dah selalu guna resepi yg ni.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin depends kot kat cara menguli.bahan pun tak boleh agak2 je.n kalau guna cara yg mcm sy buat ni dr awal smpai abes insyaallah memang dapat donut yang gebu n tahan lembutnya..

      Delete
    2. I got it. Thanks...

      Delete
  2. Selalu letak kentang bagi sedap and lembut sampai esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the tip.boleh try next time..

      Delete
  3. Replies
    1. Cawan tu ada cawan khas. Boleh beli kat kedai, kat pasaraya pon ade.

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Ayuni, terima kasih sebab kongsi resepi ni. Masha Allah... senang membuatnya dan sungguh gebu dan lembut dohnya selepas diuli dan sekejap je dah naik kembang. Bila dah goreng anak saya suka sangat dan seronoknya tengok dia makan. Memang lepas ni saya akan selalu gunakan resepi ni. Kalau boleh kepilkan gambar, nak saya kepilkan sebab hasilnya amatlah cantik. Hehe bukan puji diri sendiri tapi gembira sangat dapat resepi begini mudah, try sekali dah menjadi.

    Saya setuju cara menguli memainkan peranan. Menguli mesti sampai doh jadi lembut dan agak melekit di tangan. :)

    Untuk Hamba Dia, saya tolong jawabkan boleh ya. Cawan yang saya gunakan ialah sukatan cawan standard yang ada jual kat kedai. Cawan plastik je, satu set cawan dgn sudu penyukat harganya dalam RM5 jer.

    Terima kasih sekali lagi. Saya dah abis makan 2 ketul donut dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu sis sudi singgah blog sy ^_^. Tenkiu jugak tlg jwbkan bagi pihak sy. Ye btol. Cawan tu mmg ada jual kat kedai. Kat pasaraya tesco n giant pon ade. Alhamdulillah. Lepas ni boleh buat donut hari2.Hehe

      Delete
    2. Cawan tu memang khas utk buat donut ker? Share la gambar cawangan sikit.. hehehe.. nak try buat juga ni..

      Delete
  5. Yis tu tak perlu rendam dengan air suam dulu ka. Bagi yis naik?

    ReplyDelete
  6. Yis tu tak perlu rendam dengan air suam dulu ka. Bagi yis naik?

    ReplyDelete
  7. Tak perlu sis. Jangan risau.nanti doh akan kembang jugak ^_^

    ReplyDelete
  8. Kalau saya guna tpg gandum 1cwn + 1/2 cwn tpg pau lagi lembut.

    ReplyDelete
  9. Saya pun dah try... Tq bg resepi yang mudah. Tp sy ikut suka hati sukatan. Alhamdulillah jadi..cara buat mmg ikut di atas.
    Lepas ni nak ikut sukatan yg betul.hihi

    ReplyDelete
  10. Saya pun dah try... Tq bg resepi yang mudah. Tp sy ikut suka hati sukatan. Alhamdulillah jadi..cara buat mmg ikut di atas.
    Lepas ni nak ikut sukatan yg betul.hihi

    ReplyDelete
  11. Sye dah try, sye buat dgn teliti same spt resepi diatas dan mmg superb!walaupun dah diabiarkan berejam still lembut, thanks sgt sgt kongsi resepi ni♥

    ReplyDelete
  12. Sis....yis 2 mmg guna skit ja ka...? N lg stu adunan nie bleyh dpt byak mna...? Thnks...

    ReplyDelete
  13. Sis, apa beza kalau letak telur dengan tak letak telur? N ada setengah resepi yg letak kuning telur sahaja. Errmm... Knpa ye?

    ReplyDelete
  14. Tq sis sbb share resepi ni....jd dan sgt lembut...������

    tpi ade suggestion tak mcm mana nk buat bentuk dia jd cantik...bila uli dgn tgn dia jd x cantik...rupa dh mcm kuih vadai pulak ����

    ReplyDelete
  15. Asslmkm sis.. sy minta izin nk share resepi sis ke blog sy blh? Dan saya akn krdit kn ke blog ni. Semalam sy try buat, alhamdulillah lembut & menjadi. ☺

    ReplyDelete
  16. Saya try guna resepi ni.. sedap. But how come donut saya mentah? 😂😂😂😂 kat mane ek silap and how nk betul kan?

    ReplyDelete
  17. Saya baru lepas Makan donut yg buat guna resepi ni. Memang jadi. Sedapnya Dan gebu Di Dalam. Garing Pula Di luar. Saya buat double sukatan atas ni. Anak-2 siap suruh buat jual sebab sedapnya.

    ReplyDelete
  18. Mmg kne ltk air suam dua kali ye

    ReplyDelete
  19. Mmg kne ltk air suam dua kali ye

    ReplyDelete
  20. Sukatan yis tu berapa sebenarnya, 1 sudu teh yis atau secubit yis

    ReplyDelete