FIND RECIPES HERE

28 Nov 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA 2 - MELAKA

Assalamualaikum..

Wah.Jalan2 tak habis lagi.ho3.Trip kali ni aku gi ngan my best buddies aka member satu course time kt upm dulu.Geng aku terdiri daripada 6 orang termasuk aku (semua girls).Tapi time gi melaka ni sorang tak ikut sebab kena kerja hari sabtu. Mula-mula ingat tak jadi gi dah semua sebab si budak ini yang kerja sabtu ni (Qis) dia ajk pengangkutan. ;)) .Lagipun dah down sebab tak cukup sorang.Sian qis rasa bersalah sangat sampai nak bagi kereta dia tuk kitorang bawak gi melaka.Ish, jangan buat hal, drive time tuannya takde.kalau jadi pape ssh pulak.Bukannya yang lain takde kete (aku pun ade si viva cumel tu :D) tapi ada sebab tertentu tak boleh nak di drive kete tu.

So last-last keluar la idea gi melaka naik bas (idea dari ayah zira.haha).Kena teruskan plan gi jugak sebab fida dah beli tiket awal. So aku, zira ngan yaya gi melaka naik bas.yaya dah tempah tiket online so just ambik tiket je.shida memang dah duk melaka.so dia la driver kitorang semua.;)).Fida pulak naik bas dari johor.Memang semngat kitorang.Sanggup ni masing-masing sebab actually dah lama tak jumpa since konvo.Tu yang rindu sangat.Banyak citer nak korek.hehe

 Baru sampai kt Melaka Central  

So aku zira ngan yaya gerak ke TBS dari rumah zira. Kelam kabut kot sebab aku sampai rumah zira lambat.Ni semua salah GPS.gi bawak aku lalu jalan jem.(padahal aku ni yang tak ingat2 rumah besfriend sendiri ;)) ) Sampai la kt melaka central pukul 1.Dah lama tak jumpa ni ingtkan masing-masing dah berubah matured sikit, haha.takpun....semua still giler2 lagi.Baru je jumpa tak habis-habis gelak.Paling tak boleh bla si fida bawak beg besar kot.macam nak duk seminggu.;))

Dipendekkan citer kitorang pn gi makan.Then,ok yang lain-lain takyah citer sbb actually entry ni aku nk suggest tempat-tempat best kat melaka disamping share pengalaman kitorang.Ok jom.

1) Masjid al-azim
Tempat first kitorang gi.Masjid ni bumbung dia hijau.Tujuannya mestila nak solat kan.(takde niat langsung nak tunjuk kami budak baik.;)) ) .Masuk je kt pintu best sebab nampak ada kerusi urut.(tak perasan brand ape) hehe. Untuk ladies solat kat tingkat atas.Kagum betul bila masuk dalam, memang sangat luas.Tempat wudhu' pun luas berdepan dengan tempat solat.agak jauh sikit.Telekung disediakan di bilik sebelah tempat wudhu'.So lepas dah guna kena bawak telekung tu letak kat situ balik .takdela bersepah kan kat tempat solat. 


2) A'Famosa / Porte De Santiago
Tempat ni mmg sume orang tau dah kan.Bila aku gugle rupanya rangka yang tinggal skrg ni gate yang dipanggil Porte De Santiago.Baru ku tahu.Aku mmg teringin nak gi sini dari dulu lagi, nak tau sgt apa ade.Orang ckp batu-batu je.Tapi tak caya.Nak tengok jugak.hehe.Tertunai jugak.Actually tempat ni memang ada batu batu je.pintu gerbang.Ada banyak meriam.Cantik la.Kat area belakang a'famosa ni ada tangga tinggi naik ke bukit.Kat bukit tu ada bangunan St Paul.Actually before ni aku tak pernah tahu pun kewujudan bangunan ni.Bila gugle baru tahu upenya bangunan ni adalah gereja lama .Patutla banyak kubur dalam tu.Siap ada lubang tuk baling-baling duit syiling lagi.:-? .Tapi mmg penat giler wo naik atas.cam mendaki gunung je rasa.dengan panas teriknya.dalam hati ni 'ok ok takpe" pikir exercise sebab tadi dah mkn banyak.hehe

 Erk.tak jadi bentuk love.haha

Muka masing2 nampak sgt di panas terik.haha

3) Muzium Samudera (Replika Kapal Flor de La Mar)
Dah puas hati ambik gambar kat atas bukit tu,turun la pastu beli topi sebab panas.haha.Pastu kitorang gerak ke muzium samudera.Yang kapal besar color coklat tu.Before masuk kapal tu sempat lagi gi beli cendol kat gerai dekat ngn cruise.Lega sbb mmg panas time tu.Kitorang duduk la tepi tangga sambil citer-citer, gelak2.mmg gelak je kjenya.;)) .ok sambung, fee nak masuk tu kalau tak silap rm6 tapi kalau warganegara malaysia dapat diskaun half, so rm 3 je.ehehe.Semangat ni masuk sebab nak tau ape yg ada dalam kapal tu.kat dalam perut kapal ni ada banyak replika kecik bermacam jenis kapal.aku pun tak tangok sangat, lagipun tujuan nak duduk dalam ni sebab kaki dah lenguh.sejuk pulak tu.best.haha.

peace!

4) Menara Taming sari
Ha ni lagi satu tempat mmg popular kat melaka.kalau tak naik sini memang rugi.Menara pandang ni dia akan naik tinggi sambil berputar supaya dapat la pelancong menikmati panorama bandar melaka.Boleh nampak selat melaka wo.ho3. Sampai je kat kaunter tengok ramai budak-budak rombongan beratur nak beli tiket.Queue panjang giler.So kitorg pun tnye kaunter boleh tak nak beli dulu sbb tengok cikgu2 budak tu tengah kumpul duit dari bdak2 tu. So dpt la beli.Fuh lega kalau tak nak tunggu bdak2 tu mmg sampai malam la baru dpt naik.Sesape yang naik taming sari ni aku cadangkan naik time matahari dah nak terbenam tu.Memang cantik scenery dia.terpegun aku.hehe.

Sume muka excited :D


 Kirei !! (patutnya gmbr ni gelap, 
bila da post jadi terang pulak.haiyaa)

5) Masjid Kg Hulu
Dah petang tu nak solat asar pulak, so singgah masjid kg hulu.Yang lain dah solat jamak masa zohor tadi, aku la lupa pulak nak jamak,shida cnfirm2 tak boleh sbb dia duduk melaka.Shida excited giler nak ajak kitorang gi sini, dari pagi lagi dah cakap.haha.katanya company dia yg renovate masjid ni.Siap naik atas bumbung lagi.tu yang semangat semacam. Masjid ni actually masjid yang tertua di malaysia.So kira tempat bersejarah la kat melaka ni.Solat magrib pun kat sini gak sbb mmg dah dah dekat waktu magrib...tapi seyesly mmg kitorang takkan lupa la masjid ni sbb malam tu bnyk kali lalu sini sbb shida asek salah jln je.rasanya dekat 5-6 kali la lalu sini.haha.shida2...

6) Asam Pedas Claypot
Pas solat tu lapar, shida pun bawak kitorang makan kat asam pedas claypot.Kalau sampai melaka mestila kena mkn asam pedas kan.Kitorang sampai awal, time ni orang tak ramai sangat. setengah jam pastu terus penuh. tapi memang sedap la asam pedas dia.Aku mkn asam pedas tetel.Saje nak rasa sedap ke daging masak asam pedas.tak penah rasa before ni.Yang lain suma mkn ikan.



7)Melaka River Cruise
Aku ingtkan cruise kat melaka ni sama je cam cruise kat tempat lain, yela setakat pusing2 tasik kan.Tapi seyesly mmg lain wa cakap.haha tetibe otai pulak.Ape yang lainnya? Di sepanjang tasik tu kan, mata kita akan dijamukan dengan scenery bangunan yang indah (siap ade lampu2) yang terletak di tepi tasik. Bermacam-macam mural dilukis kat dinding bangunan2 berkonsepkan melaka.Pastu kat cruise tu siap ada voice recording yang menceritakan sejarah jambatan yang cruise lalu.Memang dapat rasa betul2 kt kawasan bersejarah.

8) Dataran Pahlawan
Dekat ngn dataran ni, bila malam akan ada downtown or uptown aku tak sure, tapi banyak la gerai-gerai jual baju, cenderamata melaka.Kat area sini mmg ssh nak cari parking.Banyak kali jugak pusing-pusing. Tapi mmg time ni rasa kaki aku macam nak tanggal je,bygkan kitorang jln kaki dari pagi smpai mlm sebab parking jauh kan.So mmg dah tak larat nak melangkah dah.

Lepas tu kitorang pun balik la ke rumah shida.Takde tidur kat hotel pun.jimat la katakan.kebetulan kakak ngn abang ipar shida takde kt rumah mlm tu, so bila shida tawarkan tuk tidur situ, mmg dengan gumbira la kami terima.haha.
Before balik rumah ada peristiwa kelakar kat KFC.haha memang tak boleh lupa..

Sampai rumah, lepak-lepak, borak, mandi, solat.penat2 pun sempat lagi tgk tv citer hantu.haha.Dalam kul 2 pagi tu baru la semua lelap.Zira tidur paling awal, kejap je dah kaku.haha 

*bnyk kan tmpt kitorang gi hanya tuk sehari.mmg dahsyat.haha

20 Nov 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA 1 - MERSING

Assalamualaikum ...

Minna konbanwa..!


MERSING!! Ha, sape yang tak tau mersing kat negeri mana pergi belajar geografi balik.haha.Mersing ni adalah bandar dan daerah di timur laut johor.Boleh jugak la nak cakap tempat ni macam kat hulu gitu sebab rasa cam jauh betul nak sampai sana dari selangor ni.hehe


Trip jalan-jalan cari pantai ni adalah trip with my lovely family. Semua sekali gi, takde yang tertinggal walaupun sekarang family aku dah membesar.erk betul ke ayat aku ni.dah lama tinggal sekolah, bahasa melayu pun dah tunggang langgang.haha...Dah ramai anak buah dah aku..Lagipun pergi jalan-jalan ramai-ramai mesti la lagi meriah.tak gitu? Siap semangat ni masing-masing bawak stok untuk buat barbeku.Duduk tepi pantai wajib la kan barbeku baru syok.hehe


Kat mersing ni boleh kata tempat yang menarik banyak pantai la.Tempat yang kitorang gi ni pun pantai.Punya la susah nak cari chalet yang kosong.Semua penuh.Al- maklum la gi pulak time cuti umum, deepavali, confirm la kan.haha.Tapi last-last dapat la gak chalet kat hujung alam sinun.ho3.Chalet dia pun tak berapa nak best sangat, bole la nak buat tidur sehari, kalau gi berhari-hari memang tak syok la.


Bertolak dari rumah awal pagi pukul 7 lebih gitu.Pastu singgah jap kat R&R makan sarapan.Best giler mak punya nasi lemak.Memang sedap dan kenyang.hehe.


On da way ke sana tu lapar lagi, xpe, sebab aku ada bawak homemade bun. hehe. Fuh, 2 malam berturut aku buat bun nak bagi semua orang makan tu.hehe.


Sampai kat mersing dalam pukul 2  kalau tak silap.Lama kan! memang jauh mersing ni.



Pemandangan dari depan chalet.

Sampai-sampai je terus solat pastu siap-siap gi makan sebab semua orang dah kebulur.

My sister and brother in law and alisha cumel.:)

Tengok syok-syok makan ada la kambing ni macam satu family jalan-jalan kat tepi jalan.erk.cumel je satu family.haha.


Cute je.anak dia yang kat tengah tu. :)


Singgah jap kat pantai.Tak ingat pulak ape nama pantai ni.:D


                                        Pewwit!

 

Dan akhirnya, saat yang ditunggu......MANDI LAUT !!! haha macam budak-budak.Tapi memang aku dah lama giler tak  mandi laut.dah bertahun-tahun. Hari tu pergi Langkawi pun tak sempat nak mandi laut sebab demam.huhu sedih je.Petang-petang sikit dalam pukul 5 baru la air pasang.

Di malam hari, aktiviti utama di mersing - BARBEKU! Bnyak kot aku makan daging kambing. ho3.Padahal aku tak suka daging kambing.Sebab yang ni dah perap, pastu bakar kan, dah takde bau kambing dah.Memang hancus la diet aku haritu.huhu.takpe sekali sekala apa salahnya. :D



                   Abang emi semangat bakar.ho3                   Lai- lai panas-panas


nyum-nyum (daging kambing aku dah ngap.ngeh3)

Nak balik dah.Bye2 Mersing.

18 Nov 2013

RESEPI PAU AYAM GEBU GEBUM

Assalamualaikum...


Konon-konon nak buat pau balik kerja hari jumaat tu, siap dah beli tepung pau.Tapi disebabkan balik dari hantar kakakku dirumahnya tetibe rasa penat, pastu lepak pulak depan tv tengok Muzik-muzik separuh akhir, last-last jumaat malam tu tak jadi buat.haha.Tangguh ke sabtu.Sangat la hepi 1st time buat pau, jadi gebu dan lembut.Tapi buat sikit je sebab takut tak jadi, kang sape pulak rela nak makan kalau keras kejung.:D

Time menguli tu, memang dapat  rasa tekstur tepung pau ni lain dari tepung roti dan tepung gandum. Taktau nak cakap ape yang lainnya, kena la buat sendiri ye kalau nak tau.hehe.Resepi pau ni aku usha kat kurniaanmu.blogspot.com. Source dari Jane Chew.Aku ada ubah-ubah sikit resepinya.hehe.Ok, mata pun dah nak layu ni, jom tengok resepi.

Gemok dan gebu.:D

Bahan A
 
300g Tepung pau
150g susu tepung+air 
50g Gula caster 
1 1/2 Tbs Shortening 
1 tsp yisSedikit garam
Bahan B 
1 tbs Air + 2 tsp baking powder
Bahan2 Inti
1/2 biji kentang dipotong dadu
ayam cincang Ramly
sedikit garam
sedikit gula
lada sulah
serbuk kari+sedikit air
sebiji bawang merah dan putih
Air secukupnya
Cara-cara(doh) 
1.Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn  cling wrap dan biarkan doh naik 2 kali ganda(lebih kurang 45min).
2.Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. 
3.Kemudian, bahagikan doh kepada 12 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 50g.
4.Isikan dgn inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus atau pinggan.(lapikkan setiap pau dengan baking sheet supaya tidak melekat di tray pengukus)
5.Rehatkan kembali lebih kurang 30minit
6.Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau. 
7.Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusunkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit. Tutupkan api dan sedia dihidangkan. 
Cara-cara (inti ayam)
1.Tumiskan bawang merah dan putih.Gunakan api yang kecil.
2.Masukkan serbuk kari+air ke dalam kuali.Biarkan selama 3 minit
3.Masukkan air secukupnya (asalkan dapat tenggelamkan kentang)
4.Masukkan kentang yang sudah dipotong dadu.Taburkan sedikit garam dan gula.Biarkan sehingga kentang masak.
5.Kemudian, masukkan ayam cincang dan gaul sehingga kari sebati dengan ayam.Masukkan lagi gula dan juga garam secukup rasa.Untuk inti, lebih baik rasa sedikit masin sebab doh pau anyep (tawar).haha.tetibe kuar bahasa jawa pulak.Taburkan juga lada sulah untuk rasa yang lebih umphh.:D
SELAMAT MENCUBA!! 




13 Nov 2013

DIY PELEMBUT ROTI - WATER ROUX

Assalamualaikum...

Lama dah aku nak buat entry pasal water roux ni.Hari ni baru rajin nak tulis.(aku memang pemalas) haha. 

Sesape yang masih baru dalam dunia meroti ni (cewah "dunia meroti"), memang akan blur apakah water roux. Aku dulu pun sama, tak penah dengar langsung ape ke benda la ni, da la nama pelik kan.ho3.

Water roux ni yang aku tau adalah pelembut roti yang terdiri daripada campuran tepung gandum dan air.Kalau nak tau lagi details click kat sini water roux@jintanmanis. Aku dulu mula-mula tau benda ni kat jintanmanis la.Kak ros saya share kat sini ye.:).

Dulu ingtkan memang kena beli kat kedai pelembut roti ni, rupanya boleh buat sendiri je.Cara buat memang senang sangat, sekejap je pun.ok jomla ke resepi, panjang-panjang pulak tulis.korang baca pun boring.haha

Bahan-bahan
125g atau ml air
25g tepung gandum
*Sukatan ni boleh dapat  4 sudu besar water roux.

Cara-cara
1.Satukan tepung gandum dan air dalam periuk kecik.
2.Kacau sehingga tepung larut sepenuhnya. (Takde ketul-ketul)
3.Kemudian, letak dia tas stove,sambil kacau, panaskan diatas api kecil sehingga campuran tepung dan air menjadi likat.
4.Angkat dan simpan dalam peti ais dalam bekas yang tertutup.Jika mahu guna segera, sejukkan sebentar sahaja kerana perlu digunakan pada suhu bilik.

12 Nov 2013

RESEPI BUN BUTTER...LAGI....

Assalamualaikum...


Wah memang lama benor tak update belog ku.bz, dah dua minggu cuti tak duk umah.cuti-cuti malaysia la katakan.ho3.penat pun tak hilang lagi ni.

Berbalik kepada tajuk entry, bun butter ni dah lama buatnya, last few weeks kot.dah banyak kali dah buat bun ni.sedap, suka sangat sebab dia mix sume jenis rasa.Manis dan masin.masin sebab topping butter la kan.manis sebab filling dia butter ada mix ngan susu..nyum nyum.:) dah makan banyak kali pun tak muak.hehe.

So kali ni bun butter yang dibuat dah cantik sikit bentuknya.yang b4 ni Resepi bun choco & butter bentuk dia cam hancus sikit sebab first time buat.Tak tau pulak bila topping dia kembang dia akan pecah giler2 kan. Of kos die akan pecah sebab before letak butter tu aku gunting sikit untuk serapkan buttter ke dalam, juga nak elak butter meleleh ke tepi.

Jadi tanpa membuang masa, jom la ke resepinya.Kali ni aku letak steps yang details sikit.sebab tengah rajin nak tulis.wahaha..Bahan-bahan sama je ngan yang aku buat before ni cuma double kan sebab nak buat banyak kan.



Bahan-bahan

400g tepung roti
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar susu tepung
6 sudu besar gula
1 ½ biji telur
2 sudu besar marjerin
280ml susu suam+color hijau
3 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar water roux
Topping 
Untuk gliss - campuran telur,susu pekat dan air
butter yang dicairkan pada suhu bilik
sedikit gula
Filling

40 g butter

40g gula aising

1 sudu besar susu pekat

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit susu cair

1 sudu besar susu tepung


Cara-cara (Filling)
1. Satukan butter dan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Selepas itu masukkan susu pekat, tepung gandum, susu cair dan susu tepung.Pukul sehingga semua bahan sebati.Ketepikan.
Cara-cara (Bun)
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.Uli semula sekejap selama 2 minit.
3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan butter/marjerin diatasnya.
4.Bahagi  doh pada bebola kecil ,bentukkan doh dengan leperkan memanjang untuk membuat bentuk bujur, isikan dengan campuran butter yang dibuat tadi.Buat satu persatu sehingga siap.Susun dengan kemas di dalam loyang.
5.Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit. Apabila doh sudah sedikit naik (lebih kurang pada minit ke 10 atau 15) gunting permukaan doh supaya ia terbelah sedikit.
6.Kemudian, pada minit ke 20, glisskan dengan campuran telur, toppingkan dengan butter di celah yang digunting dan taburkan gula.Topping butter jangan banyak sangat, nanti jadi tak cantik.
7.Dalam masaa yang sama, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 20 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang menggunakan api atas dan bawah serta fan.









*asik lupa je nak ambik gambar filling die.huhu