FIND RECIPES HERE

15 Aug 2013

PENYAKIT ASTHMA

Assalamualaikum...




Berhabuk dah blog aku ni tak diupdate. Siap ngn sawang2 dah.:D nk buat camane bz memanjang.(ehehe bz la sgt).Ha! tajuk entry aku -PENYAKIT ASTHMA- sapa pulak yang sakit ni.huhu sapa lagi mestilah tuan punya blog ni.Actually aku nak share dgn korang ni bukan nk membangga diri nk bagitau aku ada penyakit. Mana ada org yang suka bila dapat penyakit kan.err ke ade?Kalau ada mmg pelik yg teramat sangat la org tu.wohoho. ok2 sambung.Aku just nak share camane aku boleh dapat penyakit ni so boleh la korg berjaga-jaga ye jangan sampai terkena kt korang.

Dulu2 aku ingatkan asthma ni budak-budak je yang boleh kena. Jangan tak tau orang dewasa pun boleh walaupun time kecik takde asthma. Aku baru je kena asthma ni dalam bulan Februari 2013, ebih kurang 5 bulan lepas. Aku mula-mula demam panas.Pastu biasa la kan sakit tekak and then batuk. Batuk2 sampai dua minggu tak baik-baik.Dah bermacam-macam ubat batuk aku makan. Ada jugak aku try ubat farmasi.Lagi teruk kot, kahak makin tak nak keluar dok kat peparu.Aku dapat rasa ada something kat peparu. Kira time tu aku memang dah penat giler badan sebab batuk je tak henti-henti.Nak kerja pun takde mood dah. Time ni aku still degil taknak g klinik yang elok sikit.Klinik elok ni maknanya ubat dia mahal sikit la.Yela nk berkesan kena la mahal kan.Sampai la satu hari ni, malam tu aku tak boleh tidur langsung sebab semput yang teramat sangat lepas makan ubat aku beli kat farmasi.Memang tarik nafas tu bunyi kuat .So pagi tu aku cepat-cepat pergi klinik.Time ni aku tak kisah mahal camane pn aku bayar asalkan batuk aku boleh baik.(padahal claim je ngn cmpany). Doc check dia cakap paru-paru aku banyak sangat kahak. So kena guna nebulizer. First time guna benda ni. Kira ok sikit la pas guna nebulizer ni.Dapat la ubat batuk, ubat kahak n ubat nafas etc.

Sampai la sebulan aku batuk.Still tak sembuh jugak.Bunyi pun still ada.Aku pun pergi la balik ke klinik yang sama.Doc pun pelik sepatutnya aku dah baik batuk sebab dah guna nebulizer. Pas dia check tu dia cakap tak boleh nk buat ape dah ni,kena guna inhaler la.Walaupun terkejut tapi aku lega la jugak sekurangnya ada la penyelesaian penyakit batuk aku ni.Kalau tak asek bagi ubat batuk je.Inhaler yang aku dapat ni bukan reliever untuk serangan asthma kronik tu.Inhaler ni sepatutnya digunakan 2x daily untuk prevent asthma attack.So kira kalau aku guna benda ni setiap hari, possibility tuk aku kena asthma attack akan berkurang la.

Lepas sebulan lebih batuk aku pun berkurang.Bunyi tu pn kadang-kadang je.Aku pun stop guna inhaler ni.Sepatutnya aku kena guna sampai habis. Beberapa minggu lepas tu, satu malam tu aku terbangun dari tidur sebab semput.Aku pun sedut la inhaler.Biasanya before ni aku penah guna kesannya beberapa minit je.Tapi kali ni tak effect pn.Memang la takde effect sebab kalau ikut yang sebenarnya inhaler ni bukan tuk relief asthma attack.huhu. So aku pun da cuak da sebab tak tahan dah susah nak nafas.Aku pn duduk relax skjp,tarik nafas pelan-pelan,lepas setengah jam gitew baru hilang sikit semputnya.Masuk yang ni dah tiga kali aku kena semput since aku stop guna inhaler tu. Disebabkan aku risau lepas ni jadi lagi,inhaler tu pn isinya dah nak habis.So aku pun pergi la klinik tu balik. Doc lagi sekali pelik kenapa tak baik-baik lagi. Dia pn suruh la aku  continue guna inhaler tu.And aku pn still degil jugak,aku tak guna pn daily.Aku guna bila rasa macam dah nak semput,cepat-cepat la sedut.

Setakat ni, inhaler ni still ade effect la bila aku kena semput.Lagipun aku dah tau ape makanan yang aku tak boleh makan,ape alahan aku..Aku biasanya akan kena semput teruk bila aku makan buah jambu batu,tembikai,minum air sejuk n tidur dengan kipas  yang sangat laju.Lagi-lagi kalau kipas yang berdiri tu.Fokus pulak kat aku.Memang saje cari penyakit la.ho3.Semputnya bukan kena time tu jugak,dia akan jadi bila tidur malam.Kalau macam aircond biasanya aircond kereta,habuk yang banyak aku akan terus gatal tekak, batuk-batuk dan semput sikit.So kena la cepat-cepat lari dari benda tu tuk elakkan semput yang lagi teruk. Ada jugak kadang-kadang takde angin takde ribut aku tetibe batuk nonstop pastu rasa peparu banyak sangat kahak sampai termuntah nak keluarkan kahak tu.Kalau tak muntahkan memang tak hilang la semputnya.

Panjang lebar aku citer, aku tak bagitahu lagi macamane aku boleh dapat asthma ni.apa dah.syok sgt citer.:D. Actually before ni aku kerja kt company chemicals.Handle pulak bahagian lab and quality control.Lab kira ok lagi la, tapi yang qc ni kira hari-hari kerja aku menyedut chemicals la kt production.Siap ada acid yang berasap-asap pn aku sedut gk.Lagi pulak company aku kerja ni tak pentingkan safety.Mask pn jenis yang kapas je.Kalau pakai pn still asap masuk gak dalam hidung.Tambah pulak kt bahagian production yang berhabuk, memang cepat la dpt penyakit...Padahal time tu baru je 7 bulan kerja..Confirm la kn aku sedih .Dah elok-elok takde penyakit kn.T-T.Tapi nk buat macamane redha jela,semua yang jadi ada hikmahnya kn. Alhamdulillah la skrg aku dah tukar kerja lain so takdela kerap sgt semput.So korang yang kerja handle chemicals tu pastikan jangan sesuka hati sedut je sume benda.Effect mungkin bkn sekarang tapi esok bila dah jadi atuk nenek mane la tau kn.Always remember - Prevention is better than cure - :)

5 Aug 2013

DIET CARA KEVIN ZAHRI

Assalamualaikum semua..

Aik tajuk pasal diet pulak.sape pulak yang berdiet ni.hehe.sape lagi,aku la.Sape pulak kevin zahri?Ha,kalau korg tak tau kevin zahri ni adalah cikgu fitness kt malaysia.Kira popular la dia ni.Ada banyak masuk rancangan tv.Kalau nak tgk website dia click sini.Actually masa aku on diet,secara tak sengaja ter open website kevinzahri ni dan terus terminat.Terminat dengan cara diet yang dia syorkan ok bukan terminat dengan orangnya.ehehe.

Sebelum ni aku diet ikut suka aku.So macam tak berkesan pn.Lepas aku ikut cara kevin ni alhamdulillah berkesan .Dapat la turun 5kg dalam masa sebulan setengah.(alamak.terbangga sikit :D).Cara diet kevin zahri ni senang je,kite kena diet dengan cara mengira kalori .Aku pun dah ade satu buku penuh dengan list kalori ape yang aku makan.Kadang-kadang sampai dah hafal nilai kalori,xyah tengok website especially kalori ayam.ehehe. Sebab aku suka sgt makan ayam.

Ok.Aku nak share kt korg camane mula-mula aku start berdiet. 

1.First korg kena tau daily calorie yang korg perlukan. Aku kire kalori aku kt website daily calorie calculator. Masukkan data yang dia nak dan korg akan tau berapa kalori yang korg perlukan untuk kurangkan 1 kg.Ok,aku bagi contoh:



Kalau korg tgk contoh kt atas ni kalori yang diperlukan oleh perempuan ni untuk lose weight 1 pounds= 0.45 kg per week adalah 1210k wif no exercise. Apa yang korg kena buat adalah makan dengan kalori kurg dari 1210k every day in one week dan korg akan turun 0.45 kg dalam masa seminggu, insyaallah.Tetapi tidak digalakkan makan dengan kalori kurang daripada 1000 kerana akan melambatkan tahap metabolisme.

2. Kira kalori setiap makanan yang dimakan.(berapa kali makan daaa.ho3).List kalori cari je kt google berlambak.Dan kena ingat cara diet kevin zahri adalah makan nasi sebanyak segenggam sahaja. Contoh menu kalori 1000-1100: 

BREAKFAST
Milo O = 130k
Roti putih (2kpg) = 159k

LUNCH
Nasi segenggam/separuh = 150k
Ayam goreng = 270k
Sayur kobis tumis (1 senduk) = 50k

DINNER
Ikan pari asam pedas (2 potong) = 240k
Sayur bayam = 80k


TOTAL = 1079k

Aku akan cuba makan nasi sekali sehari sahaja.Kdg-kdg malam aku makan nasi jugak tapi aku akan makan lebih kurang secubit je+lauk.Biasanya memang malam aku tak tinggal makan (sebab mak dah masak kn,tak sampai hati pulak tak makan.:D).Malam boleh makan asalkan total kalori yang kite makan pada hari itu tidak melebihi yang sepatutnya.

3.Kalau nak cepatkan lagi metabolisme,boleh la juga bersenam.Kalau memang takde masa sangat,setakat senam ringan-ringan pun boleh.Macam aku setiap malam aku akan buat push up 20x, sit up 20x dan angkat dumbell sebanyak 40x setiap tangan kanan dan kiri. Dumbell untuk perempuan ( vinyl dumbell ) aku beli kt giant je.Harga pun tak mahal lebih kurang bawah rm 30 untuk sepasang.



Dumbell kesayanganku.:D

4. Satu lagi benda penting adalah aku amalkan minum air kesihatan chlorophyll.Yang kaler hijau tu.Mula-mula minum memang macam rasa rumput,tapi bila dah lama-lama tak rasa apa pn.Air chloropyll ni elok untuk membuang toksin dalam badan.Aku pn tak pasti dia membantu tak dalam proses berdiet tapi sepanjang aku berdiet ni memang aku tak tinggl la minum .Rasanya membantu la kot.Lagipun aku ni tak suka makan sayur.So kira chlorophyll ni dpt la gantikan sayur tu.ehehe.
Ni la Liquid Chloropyll
yang aku guna

So sesape yang nk berdiet jgn tangguh-tangguh.Jangan risau, diet cara kevin zahri ni tak halang pun korg nak makan ape yang korg nak,cuma kena kira la kalori,kalau makanan feveret korg tu tinggi kalori ye makan sikit je kn.ye dok?Aku pn dulu mula-mula memang ssh sikit, lagi-lagi kalau g kedai nmpk ayam sana sini, tapi bila dah lama-lama dah terbiasa.Tak kisah dah.:D
oklah sampai sini dulu,esok nak kerja, tak study lagi ape yang aku belajar minggu ni.nanti nak jawab ape my new bos tanya.abes la aku.huk3


4 Aug 2013

RESEPI ROTI BUAH CAMPURAN & CHOCOLATE CHIP

Assalamualaikum..

Wah dah lama betol tak mengupdate. Al-maklum la bz dengan kerja baru.Takpe,lain kali aku citer cane aku menyesuaikan diri kt tempat kerja baru sebab kali ni aku nak kongsi resepi dgn korg.Lama dah aku buat roti ni rasanya minggu lepas.Hari ni baru sempat nak menulis kt sini.Actually aku baru beli loyang yang kecik size lebih kurang dengan size roti sandwich.Excited giler time nk buat.hehe.Memang dah lama aku nk try buat roti bentuk mcm roti sandwich gardenia tu.So ni la hasilnya bila dah jadi roti.Resepi ni macam biasa aku cedok dari JMC.Ok.Jom tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan 

250 gram tepung roti
1 biji telur
150ml susu segar ( susu kotak dutch lady perisa coklat)
30 ml air panas
1 ½ sudu kecil yis mauripan
3 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
¼ sudu kecil garam
3 sudu besar water roux 

Sedikit coklat chip dan buah campuran kering
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali coklat chip dan buah campuran kering ke dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut ye (kira-kira 20-25 minit)
  2. Bila doh dah lembut dan elastik, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu,jgn lupa sapukan dalam plastic dengan sedikit marjerin, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit). Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua adunan dan buatkan bentuk menjadi bulat.Campurkan satu adunan dengan buah campuran kering dan satu lagi adunan dengan coklat chip.Uli sehingga betol-betol sekata.
  4. Selepas itu,letak kedua-dua adunan sebelah menyebelah di dalam loyang .Biarkan doh naik selama lebih kurang 30 minit.Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.Jangan lupa panaskan oven selama 10 minit dengan suhu yang sama.
  5. Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat. 
  6. Potong roti sandwish ikut suka hati,asalkan tak terlalu nipis nanti pecah, bentuk jadi tak cantik.Gunakan pisau yang tajam untuk potongan yang lebih cantik (tetibe jadi pakar memotong pulak):D.
Ok.Dah siap dan boleh dimakan bersama mak, ayah, kakak,atuk,nenek,nenek saudara,sepupu sepapat,dua pupu dan seterusnya.:D



   Nyum nyum.Sedap hingga menjilat jari.