FIND RECIPES HERE

5 Apr 2015

PENYAKIT ASTHMA PART 2 ~ UBAT


Assalamualaikum...

Theopylline

Penat dan pening..Minggu depan genap dua bulan aku batuk .Before ni aku ada post pasal macam mana aku boleh dpat penyakit asthma ni.Kali ni aku nk citer pulak pasal side effect ubat asthma..

Actually kalau orang tengok aku nampak macam sihat je.Batuk aku memang dah ok sikit, tak macam mula-mula dulu. tak beterusan la sepanjang hari.Bila time pagi kat tempat kerja, aku nampak ok je.Kadang2 je batuk.Walaupun kadang-kadang ada gak semput sikit dengan bau racun kat lab..Tapi yang orang tak tau aku bila malam je alahai seksa rasa.Bila bangun tidur batuk.Tak kisah la pukul 2 ke 4 pagi ke,susah nak tidur balik.Jadinya tak cukup tidur..Batuk bukan batuk biasa.Batuk yang rasa semput, rasa ada something kat peparu.Sampai sakit belakang aku asek batuk je.Setiap pagi kena muntah dulu buang kahak yang banyak.Kalau senang nak keluar kahak tu takpa la jugak ye dok.Ni sampai sakit dada nak bagi dia keluar.Pernah minggu lepas aku muntahkan kahak sekali ngn makanan, pastu kat saluran makanan tu (esofagus) rasa sakit, bila nak minum n makan je pedih..naseb baik semalam je..Aku nak muntah kaw-kaw pun jadi cuak..

Baru mukaddimah..Ni aku nak citer pasal ubat pulak..Sejak aku batuk 2 bulan lepas, dah dua kali g klinik, dua kali doc bg neb sbb bila bernafas ada bunyi (WHEEZING) kt peparu.Biase lepas neb nak nafas rasa lancar je.Tapi sekejap je.Balik rumah kahak ada balik..Doc pun ada bagi ubat batuk,kahak,antibiotik,nafas.Ubat yang ada side effect sebenarnya ubat nafas..Ubat ni nama  dia THEOPYLLINE..

Ubat ni doc memang ada bagi sejak aku mula-mula dapat penyakit ni, 2 tahun lepas.First time makan, rasa dah memang lain macam, rasa berdebar-debar macam orang minum caffein tu, dup dap dup dap.Rasa jantung laju je..Nak buat kerja pun tak senang.Aku pun stop makan ubat ni..




Kali ni doc bagi lagi ubat ni sbb aku pun tak pernah bagi tahu ada side effect.Aku pun pikir makan jela sebab nak baik kan..aku pikir mungkin sebab aku stop makan la buat aku tak baik2 batuk..

Kali ni side effect lagi teruk kot.Ko akan rasa jantung laju package sekali ngan sakit sendi, sakit badan,sakit kepala rasa macam nak demam,.Rasa lembik je nak bangun pun tak larat.

So, jumaat lepas aku pun bagitau la doc psal aku tak boleh makan ubat ni rasa nak demam.Doc cakap nak bagi ubat lain..Last2 bila kat kaunter, doc bagi jugak ubat ni, tapi tambah sekali ngn paracetamol (untuk demam/sakit badan).Hampeh btol la doc ni.Lagipun doc yang ni bukan doc yang salu aku jumpa tu.Doc ganti..So mungkin dia tak paham sangat la kot.Ceh pandai je aku kutuk doc.hehe.

Last2 aku terpaksa la makan jugak ubat ni.Aku makan 3 kali berturut.Before ni tak pernah makan lebih dari satu.Terus stop.So bila dah makan 3 kali berturut memang lgi teruk la kesannya.Aku jadi tak selera makan, loya, cirit birit.Sakit sendi, badan, berdebar tu macam berganda-ganda pulak jadinya..Bila tak selera, terus perut masuk angin..Dah la aku pergi majlis kawin bestfriend aku 2 hari..Pastu lupa bawak panadol.Memang rasa tak tahan giler, tapi aku cuba la buat macam biasa, tapi dalam hati Allah je yang tau... adoi la..sedih kot tak dapat nak bergembira 100%.Bestfriend kawen tu...huhu.Nasib baik la kawan2 aku yang baik-baik ni paham keadaan aku..Thank you korang..huhu

Harini aku tak makan dah ubat ni.Macam tak sanggup dah..huhu.Kahak pun tak surut-surut ni.Pening aku, tak makan ubat sakit tak baik-baik, bila makan ubat sakit lain pulak datang..Tengok la nanti sok lusa kalau pergi klinik lagi aku nak mintak tukar jugak ubat...huu


*Dah ada penyakit,  kerja kat lab racun pulak..Macam ni la jadinya..