FIND RECIPES HERE

23 Aug 2015

RESEPI BASIC DONUT ~ MUDAH

Assalamualaikum..



Minggu ni projek perabis bahan bahan bakery masih berjalan.heueheu. Bagi perabis semua supaya tak membazir ye.Ni la akibatnya nak borong main ambek je tak cek inventory.Last2 terkumpul semua.Ok minggu ni buat la donut walaupun sekarang dah kena uli guna tangan (BM rosak).Bagus la jugak at least dapat bakar kalori.ho3.

Resepi donut ni aku cedok dari group page kt facebook. Group resepi ringkas & musykil resepi.Kat page tu memang banyak info yang bagus untuk semua jenis resepi..Memang best. 




Sebenarnya aku ni kureng sikit kalau bab menggoreng donut tu.Before ni kalau buat donut kadang-kadang goreng menjadi, elok je dalamnya masak tapi kadang-kadang sampai luar dah nak hangus dalam still mentah.So aku pun ape lagi terus tanya la kat dalam group resepi tadi.Ramai la otai-otai bakery yang bagi tips2 nak goreng donut. Aku pun praktikkan la time buat donut semalam.

Memang berguna tips yang dorang bagi.Alhamdulillah memang masak luar dan dalam. Sekata.hehe.gembira dah pass bab menggoreng.hehe.Nanti aku akan share sikit tipsnya ye.Sekarang ni jom kita baca sama-sama resepi yang  senang ni.

BASIC DOH DONUT
BAHAN-BAHAN (9 biji besar)

250g tepung gandum
1/2 sudu teh yis
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur gred A
90g or 90 ml air suam
5g marjerin
secubit garam

CARA-CARA

1)  Bahan A-Campurkan yis.susu tepung, gula dan air suam dalam cawan.Kacaukan bagi  sebati.Biarkan selama 15 minit untuk bagi yis berbuih sedikit.

2) Bahan B-Campurkan telur dan garam dalam satu mangkuk.Kacaukan sedikit.Ketepikan

3) Bahan C-Campurakan tepung gandum dan marjerin dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.Kemudian masukkan bahan A.Gaul sebati.Masukkan pula bahan B.

4) Uli doh selama 10 minit.Time ni akan dapat rasa doh memang sangat lembik.Masukkan sedikit tepung gamdum ( anggaran dalam half tapak tangan).Uli lagi.Jika sudah lama menguli masih lembik tambahkan lagi tepung.Jangan tambah banyak2 nanti doh keras.

5) Lepas siap diuli, tutupkan doh dengan cling wrap dan biarkan doh naik selama 45 minit (doh aku tak naik mana pun tinggi sikit je)

6) Selepas itu tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Canaikan dan bentukkan doh menjadi donut ring menggunakan alat yang sesuai (aku guna cawan dengan penutup botol je).

7) Setelah siap, biarkan donut selama 15 minit. Donut tak perlu terlampau kembang.Bila digoreng nanti otomatik akan mengembang.

8) Panaskan minyak (api kecil je) dalam periuk. Pastikan api sentiasa kecik sampai donut siap digoreng.Kalau tak bahagian dalam donut akan susah masak walaupun luarnya sudah terlebih masak.Bila sudah betul betul panas barulah gorengkan donut. Time ni donut akan mengembang.Terbalikkan donut bila betul-betul sudah nampak kekuningan. Jangan terlalu kerap terbalikkan donut.Minyak akan meresap masuk.

9) Angkat donut dan letakkan diatas tisu untuk keringkan minyak. Taburkan dengan gula yang telah dikisar.Kalau rajin boleh la salutkan dengan ganache.




0 komen:

Post a Comment