FIND RECIPES HERE

11 Feb 2014

RESEPI KEK OREN BERSALUT COKLAT

Assalamualaikum..



Rindunya!!dah lama tak post resepi..Bz la katakan.wahaha.takde bz pun benornya, cuma minggu lepas bz berpoya-poya dengan my besties.Wah akhirnya dapat gak jumpa dengan geng bilik kat upm dulu.rindu tol lama tak jumpa.Syok tol dapat korek rahsia masing-masing.haha.Sume dah berteman aku je yang single mingle.Eh saje nak promote diri sendiri ke ni?wahaha

K takpela soal jodoh tu nanti2 pikir, skrg nak share resepi kek yang sedap mengalahkan kedai.erk.hehe.kek ni aku buat ahad lepas, semangat ni padahal baru je balik dari hangout dengan budak2 ni. Start buat pukul 4.30 siapnya pukul 10 mlm.wah cer kire berjam-jam tu.

Actually aku dah lama dah berangan nak terer buat kek krim/kek hari jadi.Sebab tengok orang lain buat cantik-cantik.Tapi aku tak tau nak buat krimnya atau buttercream.Kalau boleh nak krim yang rasa cam kat kedai kek tu.Banyak resepi guna krimwell.Tapi cam leceh pulak asik nak cari kat tesco ke giant ke.Kedai2 kecik mana ade.huhu. So aku pun try guna bahan yang biasa je.Tapi tak jadi sebab gula dia tak hancur.Bila makan rasa cam ada benda rangup2.cam pelik je rasa.So stop la jap buat kek krim.

Beberapa minggu lepas aku pun try buat kek opera. Kek ni ada buttercream.Bila dah buat baru terpikir macam ni kot cara buat krim yang macam kat kedai tu.Sedap... pastu gula dia hancur.Hasilnya memang sedap! .akak aku pun ckp sedap.hehe

Kek pulak kek chiffon perisa oren.Saje aku buat guna resepi kek chiffon sbb sedap dan lembut.Tapi kejadian kek ni tak berapa cantik la.ho3.sebab masa aku letak ganache tu, krim kat bawahnya belum keras sgt.Tu yang jadi comot.

Jom layan....

BAHAN-BAHAN
KEK CHIFFON OREN

Bahan A
5 butir kuning telur (Gred B)                                
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
2 sudu besar emulco oren
125g self rising flour
Bahan B
5 butir putih telur
80g gula pasir
CARA-CARA
1. Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan kemudia emulco.Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam loyang leper. (aku guna dua loyang sebab nak buat kek dua lapis)
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Jangan undercooked sebab nanti kek senang hancur. (note:kek chiffon sangat lembut)
7.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.Masukkan dalam peti sejuk untuk bagi kek sedikit keras supaya senang nak melapis kek nanti.(anggaran 2 jam)
BAHAN CHOCOLATE GANACHE
Rujukan:Puteri's Oven
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 sudu besar minyak masak
CARA COKLAT GANACHE
1.Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kuali / bekas untuk mixer.Kacau dengan whisk supaya tepung dan koko tak berketul
2.Panaskan dengan kaedah double boiler.Kacau guna whisk  ( sebab senang)
3.Teruskan mengacau sehingga adunan coklat yang cair macam air tu jadi pekat (kena sabar tunggu dia pekat)
4.Bila dah pekat, angkat dari api dan masukkan minyak.Kacau sehingga sebati dan biarkan sejuk.Kemudian masukkan ke dalam piping bag/plastic untuk pipekan atas kek nanti.
BAHAN CHOCOLATE BUTTERCREAM
Rujukan:Azlita Masam Manis
50g putih telur (anggaran 1 1/2 biji telur)
100g gula kastor (jangan guna gula pasir nanti susah nak larut)
150g unsalted butter (aku guna butter biasa.lagi elok guna unsalted)
serbuk koko dibancuh dalam air panas (air sedikit sahaja)
CARA BUTTERCREAM
1.Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas kemudian panaskan dengan cara double boiler.
2.Panaskan sehingga gula betul-betul larut (sambil kacau).Tapi jangan sampai telur tu masak ye.
3.Bila gula dah larut cepat2 angkat dan putar guna mixer sehingga menjadi berkilat dan kental (bila terbalikkan adunan telur tak jatuh)
4.Masukkan butter dan pukul sebati. 
5.Kemudian masukkan bacuhan serbuk koko (ikut citarasa masing-masing nak koko banyak ke sikit).Pukul sebati.
6.Masukkan cream ke dalam plastik/piping bag untuk piping atas kek nanti.
CARA MELAPIS KEK
1.Mula-mula keluarkan kek yang dah 2 jam dalam peti sejuk tadi.
2.Pipekan buttercream dia atas kek pertama dengan corak lingkaran macam bentuk ubat nyamuk tu.hehe
3.Letakkan kek yang kedua dia atas lapisan cream tadi.
4.Pipekan pula buttercream dia atas kek yang kedua.
5.Simpan kek dalam peti ais sehingga buttercream betul2 keras.(tak sure bpe jam sebab aku punya tak berapa keras.aku simpan dalam 2 jam )
6.Bila buttercream dah mengeras, pipekan pula ganache di atas kek dan ratakan di tepi kek.Siap!
Boleh la masukkan dalam peti ais untuk keraskan kek baru sedap.nyummy..!
Kalau ikut loyang yang aku guna tak ingt brpe inci, adunan kek chiffon ada lebih.Takpe yang lebih tu walaupun takde krim pun sedap, boleh dimakan begitu sahaja.ehe



0 komen:

Post a Comment