FIND RECIPES HERE

19 Feb 2014

RESEPI CHOCOLATE MUFFIN

Assalamualaikum...




Muffin oh muffin...nyumy nyumy.hee. Hepi...!akhirnya aku dah tau dah cara buat muffin yang betul.hihi. Sebenarnya muffin adalah first resepi yang aku try time mula-mula nak mem-baking tahun lepas. Time first buat tu, aku konfius sebenarnya kek ke muffin sebab texture dia macam kek.Lepas tu dah tak buat dah muffin.. Ni start buat balik pun sebab hari tu tetibe abah nak makan muffin.So buat la, still jadi kek.Pastu aku jadi tak puas hati, kenapa jadi kek.haha.godek2, blogwalking baru la aku sedar kesilapanku.Lambat btol sedar.wahaha..Aku buat muffin guna mixer, padahal muffin tak boleh pukul lebih-lebih, setakat gaul je dah ok.

Terima kasih tak terhingga kat tuan punya resepi Ninamirza sebab dah membuatkan aku akhirnya jumpa resepi muffin yang sebenar ,sedap dan moist.hehe. Boleh kata sume orang cakap muffin ni sedap including officemate akak aku.alamak terbangga pulak.hihi


Muffin coklat ni cubaan yang kedua.First aku buat vanila.Dua-dua trial menjadi cuma yang vanila tu manis sikit.Yang coklat ni sedang2 je manis sebab ada koko, so balance la. Kalau nak tau, buat muffin sebenarnya senang sangat, kacau sikit,gaul2,ayak2 pastu siap.hehe.K tak pe, kalau nak tau lagi details, jom layan cara-cara dan resepi yang aku share ni.

Rujukan:Ninamirza
BAHAN-BAHAN (satu adunan ni akan dapat 15 cup muffin saiz besar)
Bahan A
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak
2 1/2 cawan susu segar (bancuhan susu tepung dengan air suam)
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
4 cawan tepung gandum
6 sudu kecil baking powder
2 cawan gula
2 cubit garam
8 sudu kecil serbuk koko
Bahan C
Chocolate chip/rice
CARA-CARA
1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
2.Mula-mula kita buat untuk bahan A dulu.Masukkan telur ke dalam mangkuk besar.Dengan menggunakan whisker,pukul telur.Masukkan esen vanila,pukul lagi.Masukkan minyak dan pukul lagi sehingga sebati.Last sekali masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.Ketepikan
3.Ayakkan kesemua bahan B dalam satu bekas besar.Buatkan satu lubang ditengah-tengah.
4.Kemudian masukkan adunan bahan A yang dah siap tadi di tengah-tengah lubang tu.
5.Kacau dengan kaedah kaup balik sehingga semua tepung bergaul rata.(Anggaran 25 kali).Jangan kacau lebih2 ye.Adunan memang akan sedikit berketul.
6.Biarkan adunan selama 5 minit dan kemudian kacau secara bulatan sebanyak 2 kali.
7.Tuangkan adunan ke dalam cup muffin yang telah disusun di dalam loyang/bekas acuan.
8.Taburkan chocolate chip/rice di atas muffin.
9.Bakar  muffin selama 20 minit atau sehingga masak.Letak muffin di tingkat tengah oven ( aku guna api atas dan bawah serta fan.





1 comment:

  1. Aawwwww...thank you beb sudi sudi cuba resipi kita. Terharu nya rasa......

    Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Cantik gebus your muffin. Congrats! Nanti bikinkan tuk kita seketul eh

    ReplyDelete