FIND RECIPES HERE

19 Apr 2016

RESEPI NO BAKE TIRAMISU ~ CEPAT,MUDAH dan TERSANGATLAH SEDAP

Assalamualaikum...



Amboi aku ni bila dah rajin mengupdate blog tiap minggu la pulak kan.hahaha.bagus la kan takdela sunyi blog aku ni.hihihi. Disebabkan kekangan masa nak siapkan stok craft bisnes aku, aku akan share resepi yang senang-senang je untuk korang. 

Kalau dah nama pun 'no bake' so sesiapa je yang kat rumah tu yang takde oven, tapi teringin nak makan tiramisu, ha ni la resepinya. 

Sebenarnya dulu-dulu ada la 2 tahun lepas kot aku dah pernah buat tiramisu. Tapi sebabkan time tu tak reti lagi buat kek span, pastu konon terer la tak nak beli yang kek readymade, try punya try kek aku bantat. Ha amek ko. Terus la tak sedap tiramisu itu. Nak share kat blog pun dah takde mood la tak jadi kan...


So kali ni aku memang malas nak bake kek, aku beli je kek kat speedmart. Resepi asal guna kek span, tapi takde la pulak. Yang ada kek gulung iaitu kek chiffon. Hentam jela. Chiffon lagi sedap lembut gitew..

Tiramisu ni sebenarnya terkenal sebagai italian dessert disebabkan perisa coffee yang ada kat lapisan kek tu.. Resepi tradisional patutnya guna biskut ladyfinger. Hm tapi biskut tu takde pulak tanda halal, so buat cara moden guna la kek..


Tiramisu ni makan time baru keluar dari peti ais memang sedap gilerrrr.hahaha.satu cawan kecik tu memang boleh habes sangat la cepat.Budak opis pun cakap sedap..hihi. Tapi toksah la makan satu mangkuk besar muak pulak nanti.

TIRAMISU

1 bekas panjang kek gulung ( beli kat kedai je)
1 paket Nescafe instant yang dah dibancuh dengan air
1 paket kecik biskut oreo/cream O ( buangkan krimnya)
1/2 cawan gula kastor
250g cream cheese
80 ml susu cair
1 sb esen vanila
Serbuk koko

Mula-mula bancuh nescafe macam biasa nak minum.. Ketepikan.
Kemudian, potong kek sederhana tebal, macam nak makan tu. Ketepikan
Ambik sedikit biskut dan ramas sehingga menjadi kepingan kecik, nanti akan jadi element crunchy.
Campurkan gula,cream cheese susu cair dan esen vanila dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga cream licin dan sebati.
Tuangkan sedikit air nescafe ke dalam piring dan rendamkan 3 saat sakeping kek. Asal basah sikit je dah jangan sampai lembik pulak. Susunkan di dalam cawan/bekas. Tuangkan sedikit cream cheese ke atas lapisan kek. Ayakkan serbuk koko ke atas lapisan cream cheese.Rendamkan pula biskut macam kek tadi dan susunkan diatas cream cheese. Taburkan pula biskut crunchy tadi.Tuangkan sedikit cream cheese lagi. Ayakkan lagi serbuk koko. Ulang turutan yang sama jika perlu (kalau cawan tu tinggi nak buat 1000 lapisan pun boleh.hihi)
Bila dah siap masukkan dalam peti ais selama 3 jam dan boleh la di ngap ngap ngap.

*Sukatan ni boleh dapat dua cawan size sederhana dan satu bekas tupperware sederhana ( yang selalu buat bungkus tau fu fa.betul ke aku eja ni)




0 komen:

Post a Comment