FIND RECIPES HERE

13 Sept 2014

CERPEN SULUNGKU ~ KISAH CINTA


Hujan turun dengan lebatnya pada hari minggu itu..Padahal aku dah bercadang nak keluar ke Jusco. Dah lama rasanya tak berpoya-poya bersama Zara, teman serumahku juga merangkap kawan baikku. Dah alang-alang hujan aku dengan senang hati menyambung tidurku. Sangat la nikmat bermalasan time cuti macam ni.’Anak dara apalah tidur lepas subuh,macam tak senonoh je’.hatiku berkata sendiri.’Ah, tak kisah  la aku pun nak kahwin lambat lagi’. Banyak la alasan ko Rai oi nak sambung tidur punya pasal. Aku tersengih sendiri.

Baru saje aku nak menutup mata sambil memeluk ‘kuru’, kura-kura kesayanganku yang ku beli di Melaka, tok tok!! 'Siapa pulak ketuk-ketuk pintu ni'. Dengan langkah malas aku menuju ke pintu. “La ko ke babe, ingatkan siapa tadi.” aku dengan malas menyandarkan badan ke dinding, Terasa macam nak tidur je kat dinding tu, mengantuk yang amat. “La ko ni mengigau ke, mestila aku, ade orang lain ke yang duk serumah dengan ko cik Raisya oii..” Zara kalau dah membebel mengalahkan mak nenek. “Ya allah, dah macam gam aku tengok ko ni, melekat je. Bukan ko tidur awal ke semalam? Aku balik pukul 9 tu gelap je bilik ko.” Tanya Zara sambil melanding di katil aku yang empuk.  Aku pun join sekali sambil memeluk kuru ketat-ketat. ”Memang tidur awal. Pastu pukul 12 tu aku bangun”. Aku menjawab sambil tersengih. “Tersengih-sengih ni mesti ko layan cerita jepun kan.” Cepat saja Zara dapat mengagak aktiviti aku di hari cuti, melayan drama secara marathon.

 “Babe, habis tu kita nak keluar tak ni.. Dapat tengok wayang syok gak.” Zara bertanyakan mengenai plan kami. “Tu la pasal, aku pun dah boring cuti-cuti asyik duk umah je. Tak ada perkembangan langsung.” aku menjawab dengan semangatnya. “ Ye la tu boring, ko kalau  duduk rumah dok layan cerita jepun dari pagi sampai esok paginya pun boleh kan.” Sempat lagi si Zara ni perli aku. Tersengih-sengih aku mendengar kata-kata Zara tu. Aku memang gila dengan drama jepun. Setiap hujung minggu memang aku akan tercegat depan laptop melayan drama sampai tak tidur. Aku menyambung “kita tunggu je, kalau hujan berenti , kita keluar la.” “ok bos” jawab Zara sambil melihat jam ditangannya. ”La, dah pukul 9 patut la perut dah bunyi-bunyi ni .aku pergi masak sekejap. Ko tak lapar ke? Relaks je aku tengok. Kalau tak selalu ko yang merengek-rengek suruh aku masak,” aku dengan Zara memang sudah membahagikan jadual memasak. Aku hari Sabtu dan Zara Ahad. Kalau hari bekerja, makan nasi bungkus je. “Lapar tapi mengantuk mengatasi lapar,” jawab aku sembil tersengih. “Pergi la sambung tidur sana, nanti aku kejut” “Yay, sayang ko.” sengihan semakin lebar.

Selepas sahaja menjamu breakfast yang sedap sehingga menjilat jari, aku dan Zara terus bersiap untuk menuju ke port  biasa kami. Hujan pun sudah sedikit reda, renyai-renyai sahaja. Kami bercadang untuk menonton movie hantu melayu. Aku memang minat cerita hantu dari dulu lagi. Komik yang aku suka baca adalah ALAM ANGKER komik misteri. Tapi aku tidak la percaya kepada content dalam komik or movie tu, semua tu tahyul. Sekadar minat kerana komik ini lain dari yang lain. Walaupun Zara tidak berapa suka cerita-cerita hantu ni, dia turutkan aje aku, al makluman la aku kan kawan baiknya yang paling baik. eh, terperasan sorang-sorang pulak. Kami sudah berkawan sejak dari kami di matrikulasi lagi. Zara adalah orang yang paling memahami aku. Sentiasa ada ketika susah dan senang. Dia memang sahabat aku dunia akhirat.

Wayang kami start pada pukul 12, ada dalam 45 minit lagi, jadi untuk ‘membuang’ masa ,kami pun singgah sekejap di Secret Recipe. Walaupun baru sahaja breakfast, terasa macam masih lapar, teringin pulak nak makan brownies. Memang sudah diketahui umum, Secret Recipe terkenal dengan kesedapan keknya. “Babe, aku nak pergi toilet kejap. Ko tolong order ea. Macam biasa.” Pesan aku kepada Zara. Tiba-tiba perut ni memulas. Ni mesti makan breakfast tadi gelojoh sangat agaknya. Dengan pantas aku  menuju ke toilet. Kenapa time-time macam ni la aku rasa toilet jauh sangat. Aku dah tak tahan ni.. Nampak saja pintu toilet aku mencepatkan langkah.. Masuk saje ke dalam toilet aku terlanggar seseorang. Nak cepat punya pasal sampai jalan pun tak tengok depan. Sakit satu hal, satu hal lagi yang aku langgar tu seorang lelaki, diulangi seorang lelaki. 'Oh tidak! Aku masuk toilet lelaki ?' Terus mata aku beralih dari muka lelaki itu ke arah pintu. Begitu besar terpampang sticker “GENTS” di situ.

                Terus tak jadi nak cakap sorry dek terkejut dan malu yang amat sangat. Terasa darah naik ke muka. Dengan pantas aku terus keluar dan masuk ke LADIES. Ya Allah, malunya....! Aku hanya mampu tergelak sendiri dengan perasaan malu yang berbakul-bakul ..Selepas sahaja selesai menunaikan hajat, dengan cepat aku kembali ke meja dan menceritakan kepada Zara.

                “Babe, malunya aku....” kata aku sambil duduk dan menutup muka dengan dua belah tangan .” kenapa?” Zara menyoal dengan muka curious pabila melihat aku begitu. “ko tau tadi kan aku dah tak tahan, so bila masuk toilet tu aku tak tengok tau pintu tu tulis ape. “babe, jangan cakap ko dah silap masuk toilet lelaki.” Zara pintas cerita aku dengan tekaan yang betul. “eh,terer ko.sejak bila ko jadi nujum mak belalang ni,?”aku tiba-tiba terkagum pulak dengan makcik sorang ni. Terer pulak meneka.Sambil menghabiskan sisa tawanya,Zara menyambung, ”mestila tau sayang oi..,Ko tau tak ni dah kali kedua ko silap masuk toilet.” Aku terus menyoal, “eh, yeke? Bila?” “ada la time kt UPM dulu kat fakulti bahasa, tapi nasib baik time tu tak ada orang.” Zara mengingatkan aku. “Ei,a’a la. Baru ingat. Tak kisah la kan.,aku tak kenal pun lelaki tu. Harap-harap tak jumpa lagi kat mana-mana,”ayat aku untuk menyedapkan hati...

                Selesai sahaja menonton wayang, kami manghabiskan masa dengan window shopping. “eh,la. Tadi abang aku call la. Kenapa tak dengar pun bunyi ringtone.” Kata Zara tiba-tiba sambil sambil menekan-nekan handphone nya. “Tadi ko silentkan kot masa  tengok wayang tu” aku menjawab. Zara cuba mengingat balik dan kemudian mengangguk. Zara terus menelefon abang nya semula. Abang Zara seperti yang diceritakan kalau tak silap namanya Zaki sedang bekerja di oversea, tak pasti kat negara mana. Aku beranggapan mungkin dia sudah balik ke Malaysia..Zara memang sangat rapat dengan Zaki. Al-maklum la Zara adik yang paling bongsu, dan Zaki satu-satunya abang yang dia ada.

                Setelah habis berborak di telefon, Zara datang ke tempat aku sedang duduk.’Leganya dapat rehatkan kaki yang lenguh’. Al-maklum la dah round-round satu  Jusco. Zara pantas berkata “Babe, tadi abang aku ada kat sini, dia cakap nak jumpa aku tapi aku tak angkat call pulak.” Nada suara Zara sedikit sedih.”Abang ko dah balik sini ke?kan dia kat oversea.” Aku bertanya. “A’a,baru je balik semalam. Eh aku tak bagitahu ko ke yang abang aku dah tak kerja kat sana dah, bos dia suruh dia jaga company kat sini pulak.” Sejak akhir-akhir ni Zara memang suka menceritakan perihal abangnya kepada aku. “Tak ada.” pantas aku menjawab. “Tak ada ek. Ha. Lagi satu, minggu depan aku kena balik kampung ada kenduri sikit sebab abang aku dah balik kan. Ko ikut aku ea balik kampung. Mak aku dah banyak kali suruh aku ajak ko datang umah, nak kenal-kenal ngan bestfriend aku katanya.” Beria-ia betul Zara. Aku mendiamkan diri saja, sedang berfikir mahu ikut ke tidak. ”Boleh la, boleh la.ea.”  Zara memujuk aku. “Yela yela, aku ikut”. Akhirnya aku setuju juga. Tak sampai hati pulak nak tolak bila Zara beria-ia mengajak. “Sayang ko” kata Zara dengan muka yang happy semacam. Macam ada maksud tersirat dari wajah yang tersenyum itu.

                Malam itu, malam sebelum bertolak ke rumah Zara, aku mengemas apa yang patut untuk dibawa bersama. Tak lupa juga buah tangan untuk mak ayah Zara. Seingat aku selama aku berkawan dengan Zara, belum pernah sekali pun aku mengikutnya pulang ke kampung halamannya di Melaka. Alasan aku segan. Aku ni memang pemalu orangnya. Pemalu la sangat kan, padahal kalau dah berjumpa dengan orang yang boleh dibawa berborak memang tak ingat dunia dah.

                “Banyaknya baju ko bawak. Ni macam nak duduk seminggu ni.” satu suara di belakang aku. Entah bila Zara masuk dalam bilik aku, tiba-tiba je dah tercongok atas katil. Terkejut beruk aku.“Ya Allah, terkejut aku. Kot ye pun bagi la salam, sepatah dua kata ke. Ei budak ni.” ngomel aku sambil menepuk paha Zara tanda geram sebab terkejut. Zara ketawa terkekek-kekek. Suka la tu tengok muka aku yang pucat semacam. “Ko ni, kata suka tengok cerita hantu, ni aku buat cak-cak sikit dah pucat.”  Mula la si Zara ni nak mengenakan aku. Tak habis-habis nak usik aku makcik ni. “memang la suka, suka tengok. Beraninya tak.. .”tergelak aku teringtkan diri aku yang penakut ni.

                “Babe, kalau aku tanya ni ko jawab dengan jujur dan ikhlas tau” tiba-tiba Zara berkata dengan nada serius.. “Ha.ape pulak ko ni.serius tetibe. Siap kena jawab dengan jujur dan ikhlas lagi” aku tergelak kecil. Melihat reaksi Zara, tersedar aku yang Zara benar-benar serius, aku pun “yela-yela.ok, aku jawab dengan jujur dan ikhlas.tanya la."
“Setahu aku selama aku kawan dengan ko, ko belum penah couple kan? Sekarang pun tak ada sesiapa kan?” Mendengar Zara bertanya begitu, aku sudah mengagak sesuatu “Ko ni mcm nak kenen-kenen kan aku ngan someone kan,tanya-tanya camni. Betul tak? “hehe...tau je ko eh..aku bukan apa, ko tau kan bulan depan aku nak tunang dah, insyaallah tahun depan nak kahwin. Aku macam tak sampai hati la pulak nak tinggal ko sorang-sorang. Kalau kita dapat kahwin sama-sama kan best. Betul tak?” mula la si Zara ni keluarkan ayat sedih dia.

                “Ala ko ni, cam tak tahu je aku ni pemalu ngan lelaki “slow saje aku menjawab. "So kira jawapan ko, ko single and available la sekarang ni kan..?” hm,pelik aku, penuh semangat kali ni Zara mengorek jawapan dari aku. “iye... aku single and available makcik Zara ku sayang..”.. Zara tersenyum gembira mendengar jawapan aku. "Dah macam budak-budak dapat gula-gula aku tengok ko.” Kata aku sambil tergelak.

                Zikri melabuhkan badannya yang letih di katil empuknya. Lelaki itu tersenyum geli hati mengenangkan peristiwa pagi tadi. Terbayang-bayang dia wajah malu dan pucat perempuan yang berlanggar dengannya di depan toilet itu.'Mesti dia malu sangat sampai merah padam muka dia.’.bisik hati kecilnya. 'First time aku jumpa muka pucat secomel itu'. bermonolog Zikri sambil tersenyum sendiri.Hm, tak sabar pulak nak tunggu esok nak jumpa satu-satunya buah hati kesayangannya, rindu sudah menggunung. Mata pun makin lama makin layu, dia tidur dengan harapan dapat bermimpi berjumpa lagi dengan gadis yang sudah sedikit  mengetuk pintu hatinya.

                Kami bertolak ke kampung Zara awal pagi selepas subuh. Sengaja bertolak awal, dapat  la lama sikit beristirehat di kampung kan. Dah lama kami tidak pergi bercuti begini. Kampung Zara terletak di tepi pantai, tempat yang sesuai untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Lagipun Melaka memang terkenal dengan pusat tumpuan pelancong.Memang tepat la keputusan aku mengikut Zara pulang ke kampungnya walaupun asalnya agak berat hati. Bukan apa tidak sedap pula ada orang luar yang muncul di kenduri yang biasanya dihadiri oleh saudara mara terdekat saja.

                Sampai saja di kampung Zara, aku terus terpesona dengan pemandangan indah lautnya. Angin pantai yang kuat bertiup mendamaikan jiwa aku.”Bestnya babe kampung ko. Betul-betul tepi pantai. Syok kalau dapat duduk sini hari-hari.” Leka aku menghayati lautan yang luas dan indah.”Best kan. Tula ko,aku dah ajak dari dulu lagi datang sini, ko jual mahal.” Tersenyum bangga si Zara ada orang puji kampung dia.

                Zara membelokkan kereta ke satu selekoh. Di sebelah kanannya ada satu rumah kayu yang agak besar. Walaupun nampak seperti sudah diubah suai, masih terserlah ciri kemelayuannya. Memang cantik. Terpaku sebentar mataku. “Babe, ni rumah ko?” Zara mengangguk. “Serius? Cantik giler babe. Kalau macam ni tiap-tiap minggu pun aku sanggup datang sini” Terseyum lebar Zara. Mana taknya,tadi aku puji kampung dia. Ni puji rumah dia pulak. Jakun  betul aku, macam rusa masuk kampung.

                “Mokcik, keluar la wey.  Ko buat ape tu!” Tersentak aku dengan suara kuat Zara dari luar kereta .Kus semangat. Aku ni pun satu dok duduk kaku dalam kereta, tak habis – habis lagi dengan jakun nya. Sedang kami mengeluarkan beg dari kereta, mak Zara pun muncul menyambut kedatangan kami.”umi..!.” Zara bersalaman dengan umi lantas memeluk erat. Umi pula terus mencium kedua belah pipi Zara. Sejuk hati memandang keakraban hubungan mereka.”umi, ni la Raisya, yang adik selalu cerita tu.” Zara yang dipangil adik oleh keluarganya memperkenalkan kami. “Apa khabar makcik?” dengan sopan aku memulakan bicara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dengan kasih sayang, umi terus memeluk aku dan mencium pipiku. Aku sangat tersentuh dengan sambutan mesra itu. “Jangan panggil makcik, panggil umi ye.” Aku tersenyum senang dan mengangguk. Terasa lega bila dilayan seperti satu keluarga.
               
               Tiba-tiba Zara menjerit  “Angah! Ayah!” dengan gembira berlari mendapatkan abang dan ayahnya yang baru balik dari pantai. Dari jauh aku melihat dua beradik itu berpelukan dan bergurau senda. Zara kalau dah jumpa abangnya memang manja sangat la dia. Hm,aku sangat menyenangi keluarga ini. Rasa rindu pula pada ayah dan ibu walaupun baru saja dua minggu lepas aku menjeguk mereka di kampung. Umi memandang aku dan tersenyum “Itu la satu-satunya anak lelaki umi, abang Zara, Zikri.” sambil menunjuk ke arah lelaki itu. Aku yang rabun ni tak berapa jelas wajah lelaki yang bernama Zikri itu. ‘La, Zikri ke nama dia, ingatkan Zaki. Sesuka hati aku je tukar nama orang’,aku berbisik sendiri. Semakin Zikri menghampiri tempat aku berdiri, semakin aku nampak dengan jelas wajahnya. Tiba-tiba rasa panas dan seram sejuk bercampur. “Itu bukan ke lelaki yang aku langgar depan toilet hari tu!”.aku bersoal jawab sendiri. Memang aku takkan lupa wajah lelaki itu. Alamak. Memang dia la. Aduih. Mana aku nak letak muka aku ni. Tak sempat dah nak lari. Tak kisah la, redha jela. Harap-harap dia tak ingat aku.

Tatkala Zikri perasan kehadiran aku yang menyorok di belakang umi, reaksi wajah dia terus berubah. 'Ah sudah!dia ingat ke?' Ketika Zikri berdiri di depan aku, aku perasan dia tersenyum-senyum. Macam kerang busuk. Baru aku perasan hensem rupanya dia. Uih, malu-malu aku pun sempat lagi menggatal tu. Nak tak nak aku tersenyum juga,senyum kelat."Babe, ni la abang aku yang salu aku cerita tu. Angah, ni best friend adik dunia akhirat, Rai,Nur Raisya Kamila” habis saja introduction aku perasan Zikri tersenyum lagi. Tak tau la apa yang dia pikir pasal aku. Nak je aku campak muka aku jauh-jauh. Malu punya pasal. Mati-mati aku ingatkan takkan jumpa lagi mamat ni kat mana-mana. Tup-tup di abang bestfriend aku..What a small world!

Petang itu aku mengajak Zara bersiar-siar di pantai. Sejak sampai tadi aku sudah tak sabar untuk turun ke pantai. Al-maklum la dah lama sangat kerja kat bandar, jarang jumpa laut, tu yang semangat terlebih. Perasaan malu bila bertemu Zikri pun sudah terbang kemana dek keterujaan melampau. ”Babe cepat la aku dah tak sabar ni!!” terjerit-jerit aku memanggil Zara yang tak muncul-muncul lagi. Sambil menunggu Zara, aku menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Nyaman betul. Memang sedap duduk di laman rumah petang- petang macam ni. “Yela-yela. Kot ye pun bagi la aku berbedak-bedak dulu. Mane la tau jumpa mamat handsome kat tepi laut tu, boleh aku ngorat. Macam pepatah tu apa, sambil menyelam minum air. Zara muncul sambil tersengih..”Oi makcik, jangan nak minum air sangat la ye, mana nak letak Is buah hati pengarang jantung ko tu. Menangis tak berlagu kang mamat tu.” Kataku dengan gurauan sambil menepuk lengannya. Bukannya aku tak tau betapa sayangnya Zara kepada Iskandar, kekasih hatinya. Sudah mahu berkahwin pun tahun depan. Aku je yang masih keseorangan. Sunyi la aku bila Zara sudah kahwin nanti. Hm,tah la aku masih belum terfikir nak cari pasangan hidup.

Sedang Zikri menikmati bayu laut di pangkin, terdengar dia suara Raisya menjerit memanggil adiknya.’Oh diorang nak pergi pantai rupanya’.hatinya berkata-kata. Raisya, cantiknya dia seindah namanya. Tak sangka dia dapat berjumpa lagi dengan gadis itu selepas peristiwa di depan toilet itu. Adakah ini jodoh? Tidak tahu mengapa dia boleh terfikir sampai ke situ sedangkan baru saja mengenalinya. Takkan dilupakan wajah pucat Raisya yang comel itu.

“Saya nak ikut boleh?” satu suara garau dibelakang aku kedengaran. Jelas sangat seperti berbisik di telinga aku. Aku ni dah la jenis yang cepat terkejut. Penangan suka tegok cerita hantu. Pucat muka aku .Terus aku berpusing untuk melihat gerangan makhluk yang tak reti nak bagi salam. Cet. mamat ni rupanya. Dia berdiri di situ dengan lagak bersahaja dan tenang.Siap tergelak lagi. Dah buat orang terkejut boleh pulak buat muka tak bersalah. Membebel aku dalam hati. “Angah ni tak baik la buat orang terkejut macam tu.” Zara membela aku. Mungkin perasan dengan wajah aku sedikit pucat. Zikri yang sedar dengan keadaan itu, sambil tergelak kecil “Sorry-sorry .angah tegur biasa je tak sangka Raisya jenis yang senang terperanjat. Sorry ye,”sekali lagi dia meminta maaf bila aku tidak memberi respons. Terus hilang marah melihat wajah tersenyum itu. Nampak keikhlasannya. “Tak apa.” Pendek saja jawapanku dengan senyuman kecil.

Kami bertiga menyusur jalan kecil menuju ke tepi pantai..Sambil berjalan Zikri dan Zara bergurau senda sambil mengusik aku. Amboi dua beradik ni, kalau dah bergabung pening kepala nak melayan. Dah la aku berdiri di tengah-tengah.  “Angah tau tak kawan adik ni kan suka sangat tengok cerita hantu, baca komik pun cerita hantu. Tapi penakut mengalahkan adik tau..” Zara membuka cerita mengenai aku dengan ketawa terkekek-kekek. Makcik ni mesti nak kenakan aku la ni.”Oo patutla. Tak apa, lepas ni abang janji tak buat dah..” Hatiku berdebar-debar. Abang? Zara mengerling sekilas kepada kawan baiknya itu dan tersenyum nakal. Dalam fikiran Zara, “Bagus jugak abang aku ni, straighforward betul”

Kami duduk di satu pondok dibawah sepohon pokok besar. Angin bertiup kuat dan nyaman. Boleh dikatakan sepanjang masa aku hanya bercakap dan berborak dengan Zara saja. Jika Zikri mengusik aku hanya tersenyum. Rajin pulak tu Zikri ni mengusik aku. Walaupun aku tidak berapa melayannya. Bukanlah aku jual mahal, tapi aku memang pemalu.

Zikri leka merenung wajah Raisya rancak berborak dengan adiknya. Suka Zikri mendengar gadis itu berceloteh .Hm, dengan Zara banyak pulak bercerita, dengan aku terus membisu.Malu dengan aku kot.Tu la gatal lagi mulut ber”abang-abang” dah senyap terus  gadis pujaan hati kau. Zikri memarahi dirinya di dalam hati. Tapi pada Zikri itu caranya untuk merapatkan hubungan mereka.. Kerna dia tahu, hatinya sudah terpaut dengan gadis pemalu ini.

Tiba-tiba saja Zara bangun,“alamak babe hp aku tertinggal kt rumah pulak. Tadi Is cakap dia nak call. Aku pergi ambik kejap ea” Zara terus berlalu meninggalkan aku dan Zikri. Aku jadi tidak senang duduk kerana ditinggalkan berdua sahaja..Nasib baik ada dua tiga buah gerai berdekatan kami, tak pasal-pasal kena tangkap basah nanti. Aku perasan pendangan mata Zikri terhadap aku. Sengaja aku buat-buat membetulkan lipatan tudungku. “Sya dah ada tunang?bf?”. Soalan cepumas dari Zikri. “Err.. Tak ada” tergagap-gagap aku menjawab dek terkejut dengan soalan itu. Aku lihat Zikri tersenyum lagi. “Sya macam tak suka abang je. Dari tadi borak pun dengan Zara je tak layan abang pun.” Suara Zikri seperti nada budak-budak merajuk. Comel!!“eh, tak ada la. Mana ada Sya tak suka. Kita kan baru kenal, biasa la tu....” dengan aku-aku pun dah membahasakan “Sya” padahal sebelum ni aku tak biasa dipanggil begitu. “Jangan risau, abang tak makan orang.” Zikri berseloroh. Kami berborak panjang mengenai macam-macam. Zikri banyak bertanya perihal diriku, adik beradik berapa, kampung kat mana, kerja ape macam-macam lagi la. Entah mengapa aku senang mesra dengan dia, rasa selesa untuk bercerita. Mungkin kerana sikap peramah yang ada pada dirinya sama seperti Zara.

Zara menyorok di belakang pokok kelapa sambil memerhatikan pasangan itu dengan senyuman.”Yes, nampaknya menjadi rancangan aku ni.” Dia berbisik sendiri. Handphone tertinggal tu hanya alasan saja untuk merapatkan mereka berdua. Zara tahu Raisya memang pemalu. Tapi jika Zikri yang memulakan salam perkenalan pasti Raisya akan terima. 'Ya Allah, kau satukan la mereka berdua.' Zara memang sudah merancang lama untuk menjodohkan abangnya dan Raisya tanpa pengetahuan Zikri. Rancangan itu juga sudah dikhabarkan kepada umi dan abi. Mereka juga tidak menghalang. Sebab itulah dia mengajak Raisya mengikutnya pulang ke kampung untuk memperkenalkan Raisya kepada Zikri dan keluarganya..Kalau boleh dia mahu Raisya menjadi sebahagian dari keluarganya kerana mahu mengekalkan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.. Tambahan pula Raisya masih single. Dia memang sayangkan kawan baiknya itu dan dia percaya Zikri boleh membahagiakan Raisya. Zara kembali ke pantai selepas mengambil handphonenya yang tertinggal tadi. “Is ada call ke?” cepat saja Raisya bertanya kepada Zara sekembalinya Zara ke situ.  “Ada, nasib baik sempat angkat,” tersengih Zara menjawab soalan itu.

Petang itu mereka beritga menghabiskan masa berjalan-jalan di persisir pantai. Zikri dan Raisya beriringan manakala Zara berada dibelakang. Sengaja Zara berpura-pura mengutip kepah yang bersepah di situ untuk memberi privacy kepada mereka berdua. Zara dapat lihat abangnya itu memang sudah terpaut hati dengan Raisya. Teringat dia Zikri pernah berkata suatu ketika dulu.

“Angah bila nak cari pengganti?” Zara pernah bertanya kepada Zikri beberapa tahun yang lepas sebelum Zikri bertolak ke luar negara. Abangnya itu pernah putus tunang dan yang paling mengecewakan adalah mereka sudah bercinta selama 7 tahun. “Entah, angah pun tak tau.” Jawab Zikri sambil termenung jauh. “Yang ikut angah balik hari tu, kak ila,nampak macam ok je”. “Ish. Apa la adik ni” Zikri tergelak kecil.”Kenapa, cantik jugak kak ila tu.” Zara mengusik.”Itu kawan office je ok, kebetulan dah ada  kerja kat kawasan ni,  tu yang bawak dia sekali,” jelas Zikri.,“Kalau angah suka kat perempuan tu, confirm adik akan nampak dengan jelas perubahan perangai angah .Tak ada selindung-selindung dah. Terus je tackle time tu jugak.”kata Zikri sambil tergelak-gelak. 'Hm, memang betul la ape yang angah cakap tu, ingtkan main-main.' Zara tersenyum sendiri teringatkan peristiwa itu.

Malam itu ketika kenduri, aku meringankan tulang menolong apa yang patut..Letih la juga. Bukan letih sebab menolong, tapi lebih ke arah menjawab soalan saudara-mara Zara bertanyakan siapa aku..Mereka ingatkan aku adalah kawan kepada Zikri, kawan “special”.Nak tergelak aku setiap kali mereka bertanya soalan yang sama. Tak terkecuali juga along, kakak Zikri. Along nampak bersungguh nak kenenkan aku dengan Zikri . Nampak sangat Zikri ni memang dah tua ,kena kahwin cepat. Tersenyum aku sendirian. “Hai sayang abang ni senyum sorang-sorang kat dapur ni, teringat kat abang ke?” tersengih Zikri memandang aku. Terkejut aku dengan kehadiran dia di situ. Macam tau-tau je aku tengah ingatkan dia. Dah la suka hati je panggil aku sayang.“eh takla mana ada. Sya teringat kat monyet kat luar tadi, pandai pulak dia tersengih, sebijik macam abang tersengih tadi. “ puas hati aku mengenakan dia. Sengaja aku buat muka marah. “aik marah nampak, betul la tu teringtkan abang.” Zikri masih lagi mahu mengusik. “eii, abang ni macam kerang busuk. Lagi wangi kerang tu tau.” Nak tergelak aku. Dah la tadi aku sama kan dia dengan monyet, ni kerang pulak. “Tak kisah la sayang nak cakap abang monyet ke kerang, yang penting sayang memang satu-satunya yang cantik di mata abang.” Zikri berkata dengan penuh ikhlas sambil tersenyum manis. Aku terkedu. Tak sangka dia akan cakap begitu.”Jangan buat muka comel macam ni kat orang lain tau, kat abang je boleh.” Kata Zikri dengan kenyitan mata sambil berlalu dari situ. Aku masih terkaku di situ. Aku pandang ke kiri ke kanan. Nasib baik tak ada siapa-siapa di situ. Kalau tak kecoh satu rumah.  Teringat aku pertanyaan Zikri ketika kami duduk di tepi pantai petang tadi.

“Sya abang ada benda serius nak tanya Sya ni,” tanya la.” aku memandang tepat ke arah Zikri. 'Ape la agaknya yang serius sangat tu.' Aku berteka teki di dalam hati.”Emm....Kalau abang hantar rombongan meminang Sya terima tak?” Zikri bertanya dengan muka yang serius. Belum sempat aku menjawab Zara sudah muncul. Aku menganggap mungkin Zikri cuma bergurau kerana sebelum itu dia ada memberitahu aku dia suka lihat wajah aku yang pucat dan malu. Sebab tu dia tak habis-habis mengusik. Lagipun mana mungkin baru saja jumpa sehari dah ajak kahwin. Impossible tu. Tapi pandangan mata Zikri yang nampak ikhlas tadi membuat aku keliru, benarkah Zikri memang maksudkan kata-katanya. Ish,berdebar hati aku dibuatnya.

Sudah masuk jam 12 malam, tetamu pun semua sudah pulang ke rumah masing-masing. Saudara mara hanya tinggal beberapa kerat saja. Aku teringat aku belum menunaikan tanggungjawab aku. Terus aku pergi mengambil wuduk. Baru saja aku mahu melangkah keluar dari tandas, “Cik adik salah masuk toilet la. Ni toilet lelaki.” Zikri berdiri betul-betul di depan pintu tandas. Terkejut beruk aku. Nasib baik tak tersembur latah aku, jatuh saham.
“ei abang ni. Tak ada kerja lain ke. Kalau hari-hari macam ni boleh sakit jantung la Sya. By the way cik abang, kat rumah pun ada toilet asing-asing ke..?” Perli aku. Kalau dengan si penyakat ni memang kena bebel sikit.”eh, mestila ada. Tumpang lalu ye cik adik, cik abang hensem ni nak masuk toilet.” Kata Zikri dengan muka selamba. Aku sengaja tidak mahu beralih dari kedudukan aku. Zikri terus datang dekat ke arah aku dan berbisik, ”Kalau nak kena dukung, buat la macam ni.” Dengan serta merta laju saja aku keluar dari toilet. Rasa panas muka aku menahan malu. Terkekek-kekek Zikri ketawa terus masuk ke dalam toilet. Kelakar sangat la tu gayanya. Memang penyakat semulajadi la mamat ni. 'Hm, nasib baik tak batal air sembahyang aku tadi'.

Keesokan harinya aku dan Zara bersiap untuk pulang. Rasa sedih pulak nak tinggalkan tempat ni. Aku sangat suka kat sini. Selesa dan tenang. Umi siap suruh aku janji supaya datang lagi melawat mereka. Umi yang aku baru kenal semalam sudah seperti ibuku sendiri. Aku berjanji akan melawat mereka dalam masa terdekat. Ketika aku sibuk memasukkan barang ke dalam kereta, Zikri datang kepada aku, “Siap sedia sayang, bulan depan abang akan hantar rombongan meminang.” Katanya dengan seyuman manis. Aku hanya menjeling tajam. Tak habis-habis mengusik ,  walaupun jujurnya hati aku sedikit terusik dengan kata-kata itu.

Setibanya di rumah sewa, aku terus masuk ke bilik berniat untuk menyambung tidurku. Terasa sangat mengantuk. Baru saja mahu lelap, deringan telefon berbunyi menandakan message masuk. Dengan malas aku baca message yang tertulis ‘Sayang dah sampai rumah kan? abang cuma nak cakap, jangan lupa janji abang tadi. Tunggu abang ye.”- cik abang hensem.’ Terbeliak mata aku baca message itu. Eh,mana Zikri tau no telefon aku. Niat di hati mahu bertanya Zara dia kah yang beri no telefon aku kepada Zikri. Tapi kerana tidak mahu Zara bertanya macam-macam aku terus batalkan niat aku tu. Dan dek kerana teramat la mengantuk aku pun terus tertidur.

Sebulan sudah berlalu, kadangkala aku tertunggu-tunggu juga khabar dari Zikri. Akan ditunaikankah janjinya itu. Atau sekadar gurauan semata. Aku sudah jatuh cinta, mungkin, kerana dalam masa sebulan ini aku sering teringatkan dia. Teringtkan senyumannya, usikannya,suaranya. Mahu saja aku bertanya khabarnya tapi aku tak mahu menjadi seperti perigi mencari timba. Ada kalanya kata hatiku berkata.’ah, begitu mudah kau jatuh cinta. Sedangkan kau baru saja mengenali dia’. Aku tidak tahu, mungkin perasaan inilah yang dinamakan cinta.

“Sayang, buat apa duduk kat luar malam-malam ni. Sejuk, nanti demam, siapa yang susah, abang jugak...” suara itu membuat aku tersedar dari lamunan. Suara yang aku rindukan jika tak mendengarnya saban waktu. Aku tersenyum memandang suamiku, “saja dengar bunyi ombak. Tenang sangat.” Zikri terus duduk disebelahku dan merangkul pinggangku.”Teringat kat abang ye.” Usiknya. “Abang ni tau je ye ape yang Sya fikir kan..Memang ingat kat abang pun, teringat masa abang janji nak pinang Sya, siap kena tunggu sebulan pulak tu.Rasa seksa tau rindu kat abang.” Alahai, kesian sayang abang ni ye, tak payah rindu-rindu dah..sekarang ni abang janji setiap hari kan ada kat sisi sayang especially untuk hari yang kita tunggu, baby kita.” Tersenyum Zikri sambil memegang perutku yang sudah membesar, hanya tunggu masa saja untuk melahirkan. Syukur alhamdulillah ya Allah, aku dikurniakan adik ipar aka kawan baikku yang sangat aku sayangi, keluarga dan suami yang sangat penyayang dan aku sangat mencintainya. Semoga kasih sayang kami kekal dan terus bercambah bersama zuriat yang akan lahir tidak lama lagi.

Dari jauh Zara tersenyum bahagia melihat kebahagiaan abangnya dan kawan baiknya itu. Syukur ya Allah dengan jodoh yang kau tentukan ini. Semoga hubungan erat ini akan kekal sampai bila-bila.

*CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP ATUPUN YANG SUDAH TIADA. PENULIS ADALAH AMATUR DAN HANYA UNTUK SUKA-SUKA JADI MASIH BANYAK KEKURANGAN DALAM HASIL SENI INI.HARAP MAKLUM..PEACE.HEHE

0 komen:

Post a Comment