FIND RECIPES HERE

31 Jul 2014

CRUNCHY CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum..



Selamat Hari Raya everyone..hari ni dh masuk raya yang ke-4 dah. Mesti ramai lagi yang masih sibuk beraya.Al-maklum la, sedara ramai.paling koman pun seminggu baru habis beraya..Lepas seminggu ada rumah terbuka pulak.Memang bulan Syawal bulan berjalan jela kan..takpela,memang elok pun mengeratkan silaturrahim..ho3.

Aku hari ni dah start keje.Kat ofis berapa kerat je orang melayu yang ada,yang lain sume masih brcuti.huhu.sape suh rajin sgt amik cuti sikit,padan muka.ho3.

Masa bulan pose hari tu,tah aku tetibe terajin pulak taun ni buat kuih raya sendiri.ho3.Pastu ade pulak orang tu kata nk tolong kan, so jd semangat la sikit nk buat.Akak aku tu kjenya tlg mengayak tepung jela terer.haha.Ok la tu daripada takde.

Nak dijadikan cerita, aku pun buat la biskut chocolate chip...sebab konon nk buat ala ala chipsmore tu,sekejap ada sekejap xde.eh ada slogan sekali pulak.ehe.Konon nak post kat blog bulan pose hari tu, tangguh punya tangguh sampai ke sudah tak buat.Biskut ni mmg sedap giler (puji diri sndiri).Pastu ada rasa chocolate chip rangup2 pahit manis sume ada. Banyak cakap pulak aku ni,kate nak share resepi tadi. Moh la kite beralih ke resepi ye.ho3.

Sumber: Myresepi
Chocolate Chip Cookies
CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN
180g butter
90g gula kastor
100g gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
200g tepung naik sendiri
160g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
150g chocolate chip
1 sudu besar serbuk koko
CARA-CARA
1.Ayak kedua-dua tepung bersama serbuk koko,soda bikarbonat dan garam.
2.Pukul butter dengan kedua-dua gula hingga kembang/putih.
3.Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4.Masukkan bahan-bahan yang sudah diayak tadi dan gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Masukkan chocolate chips dan gaul sebati.
6.Sudukan ke atas loyang yang sudah digris dengan butter.Sudukan sedikit sahaja sebab biskut akan kembang ketika dibakar.
7.Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sehingga adunan mengeras.


Next entry aku akan share pulak resepi biskut semperit...nantikan....

*Sama-sama kita doakan keselamatan saudara kita yang sedang berjihad di Gaza...


0 komen:

Post a Comment