FIND RECIPES HERE

22 Jun 2014

RESEPI PAU DAGING ~ LEMBUT DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak masuk bulan ramadhan.Tinggal seminggu je lagi. Tak sabarnya.. 
Bila dah masuk bulan ramandhan secara automatiknya akan rasa lain sangat suasananya..Dulu masa aku muda-muda aku minat sangat ngn kumpulan Hijjaz.Lagu-lagu dia mmg menusuk kalbu. Lagi-lagi bila bulan puasa je automatik akan teringat lagu-lagu Hijjaz,tak tau la kenapa. Jom layan jap lagu nasyid kat bawah ni ^-^ ~

BULAN RAMADHAN BULAN BERKAT BY HIJJAZ

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa



Lirik yang mmg menusuk kalbu kan...:-)

Ok.Berbalik kepad tajuk diatas, sebenarnya aku nak share resepi pau yang aku buat semalam. Malam tadi pukul 9 tu aku mmg keboringan tahap gaban, tak tau nak buat ape. Pastu teringat dah lama tak update blog, terus je cari resepi pau yang tak guna shortening sebab shortening yang ada tu dah lama sgt, so takut dah expired.Cari punya cari jumpa la kat blog Mat Gebu. Resepi ni mmg tak guna shortening tapi digantikan dengan minyak jagung..Jom layan..


 wah.. meriah inti ^-^

BAHAN-BAHAN
DOH PAU (Doh aku buat separuh dari resepi kat bawah ni so dapat 6 biji pau yang besar)
500 g tepung pau                                                                        
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 g yis
CARA-CARA DOH
1.On kan breadmaker (BM). Masukkan semua bahan dalam BM.Masukkan bahan cecair dahulu. Setelah semua bahan dimasukkan, pilih menu DOUGH (masa yang telah ditetapkan adalah 1 jam setengah).Tapi untuk doh pau ni hanya perlukan setengah jam je dah boleh keluarkan dari BM.
2.Setelah keluarkan doh dari pan, dan bahagi2kan kepada beberapa bahagian kecil-kecil.
3.Masukan inti daging, dan tutupkan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus atau pinggan.(lapikkan setiap pau dengan baking sheet supaya tidak melekat di tray pengukus) 
4.Rehatkan dan biarkan pau naik dalam 40 minit
5.Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau. 
6.Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusunkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 8 minit. Tutupkan api dan sedia dihidangkan.  
INTI DAGING
2 1/2 keping Daging cincang Ramly
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Lada sulah
3/4 tin Sup Campbell (mushroom with potatoes)
CARA CARA INTI 
1.Tumiskan bawang merah dan putih.Gunakan api yang kecil.
2.Masukkan daging.Hancurkan2 menjadi kecik2.Biarkan sebentar sehingga daging menjadi sedikit masak.
3.Masukkan sup campbell.Kacau sehingga sebati.Biarkan sehingga daging masak.
4.Masukkan lada sulah secukup rasa.Kacau lagi sehingga sebati.Sejukkan



2 comments:

  1. Bukan nak biadap, tapi pau tu nampak tak menyelerakan langsung, lembik semacam jee, inti pun warna tak menyelerakan langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la kalau bg awak pau sy ni tak menyelerakan..bnde ni depends lain org lain seleranya..klu tak suka takde sape paksa untuk try.btol tak?apape pun tq sudi singgah blog sy.

      Delete