FIND RECIPES HERE

13 Feb 2014

RESEPI COCOA BROWNIE

Assalamualaikum..


Aku first time makan brownie masa aku kat matrik few years ago. time tu ada buat party/jamuan tuk geng aku.So ade la tempah kek.aku pun makan, tapi xtau pun tu brownie.tapi seyes mmg sedap.rsenya kitorang tempah kat kedai kat depan library tu kot.sesape budak matrik johor tau la kedai yang aku cakap ni..tak sure skrg ade lagi x kedai tu. aku suka masalodeh kat situ sebab rangup2.hoho

Ok harini kita belajar sikit apakah itu brownie.hihi. Sebenarnya first time aku nak buat brownie ni aku konfius apa beza brownie dengan kek yang lain? Kenapa brownie ni rasa dia lain, agak keras pastu sedap sangat. 

Brownie ni flat dengan texture yang biasanya kenyal ataupun lebih kurang macam biskut.Biasanya permukaan atas akan berkerak pastu sikit berkilat.Kalau kebiasaan kek gunakan baking powder, tapi brownie tak/ ada sesetengah yang guna bakng powder.Brownie juga mempunyai rasa koko/coklat yang kuat sebab resepinya biasa menggunakan banyak koko/coklat.Brownie tidak menggunakan jumlah tepung yang banyak macam kebiasaan kek.itulah sedikit knowledge yang aku boleh share.hehe

Brownie yang ni adalah yang kali kedua aku buat.First try, brownie jadi tapi sangat manis.Dah jadi cam gula-gula kacang.haha.Sebabnya resepi asal guna unsweetened chocolate, aku g hentam coklat masakan yang biasa tu.cnfirm la kan manis.tu la derhaka lagi.hehe.So yang kali ni aku try resepi lain guna serbuk koko pulak sebab tak tau pulak mana nak cari coklat yang tak manis.Kalau koko banyak je jual yang pure,  rasa pahit. 

Tapi utntuk makluman, resepi yang aku nak share ni brownie dia macam sedikit rasa pahit, mungkin terlebih koko kot.Aku mmg suka rasa sikit pahit2 camni, tapi mungkin ramai yang tak suka, so korang kurangkan la ye amount koko tu.Conclusion nya brownie yang ni memang sedap, rangup dan kaya dengan koko.ho3

Rujukan : KingArthurFlour
BAHAN-BAHAN
4 biji telur gred A
1 1/4 cawan serbuk koko Van houten
1 teaspoon baking powder
1 tablespoon esen vanila
1 tablespoon instant coffee
1 cawan butter/unsalted butter (aku campur half2)
2 1/4 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
Kacang badam dan gajus yang telah dikisar (ikut suka hati nak berapa banyak)

CARA-CARA
1.Masukkan telur ke dalam bekas/periuk dan pukul bersama dengan koko,baking powder dan esen vanila sehingga sebati dan likat.Ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan gula dan butter dan panaskan dengan cara double boiler.Panaskan sambil kacau sehingga most of sugar larut.Akan nampak shiny.
3.Angkat dari api dan terus masukkan ke dalam bekas yang berisi campuran koko tadi.Kacau sehingga sebati..Sementara tu boleh la panaskan oven pada suhu 180 darjah.
4.Masukkan pula tepung dan kacang.Kacau lagi.
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang nipis yang sudah di sapu dengan mentega (lapik dengan baking sheet dulu).Ratakan.
6.Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.Cucuk dengan lidi, kalau bersih tak melekat, kira dah masak la tu.











2 comments:

  1. sedap nye brownies...nyum3...tq resipi..hihi

    ReplyDelete
  2. hehe.same2.sila la buat ye.tak susah sangat.
    bahan pun biase2 je,senang nak dapat.

    ReplyDelete