FIND RECIPES HERE

6 Jan 2014

RESEPI FRESH BANANA CHIFFON CAKE

Assalamualaikum..

Chiffon cake lagi..!!hihi. Kali ni aku tak guna perisa/emulco.Guna pisang yang fresh dari ladang.ho3.Actually takde la fresh sgt, beli kat tesco je.ho3.

Pisang yang aku guna pisang mas (pilih yang ni sebab sedap dan manis), kalau tgk kat tanda harga tu la.Tapi mak aku cakap pisang boyan sebab bentuk dia lain.Entah,aku memang tak reti pisang-pisang ni..Orang tua2 lagi kenal pisang kan,siap tengok daun pisang pun boleh detect pisang ape.hehe

Resepi still sama macam resepi chiffon cake yang aku buat sebelum2 ni,cuma pisang dia je guna fresh punya, bukan perisa tiruan.

BAHAN-BAHAN
Bahan A
5 butir kuning telur (Gred B)                                               
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
7 biji pisang mas yang telah dikisar dengan sedikit air + 20g air
125g self rising flour
Bahan B
5 butir putih telur
80g gula pasir
CARA-CARA
1. Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan campuran pisang yang dah dikisar dan air, pukul hingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake. Disebabkan acuan yang aku guna agak kecik, aku masukkan sebahagian adunan ke dalam cup muffin saiz sederhana. (dapat 9 cup)
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 45 minit.
7.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan terus terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan ia sejuk.Untuk lagi sedap, makanlah selepas dikeluarkan dari fridge.Selamat mencuba!!




*saiz pisang yang aku guna adalah saiz kecil

0 komen:

Post a Comment