FIND RECIPES HERE

19 Jan 2014

DIY : CARA DOUBLE BOILER - GANACHE

Assalamualaikum...

Macam mana nak buat double boiler?ape benda double boiler ni? ni la soalan aku bila  mula-mula nak buat ganache.Sebab tak pernah buat benda ni, so mula-mula tu rasa malas nak buat, terus batalkan nak buat kek dengan topping ganache.

Tapi sebenarnya buat double boiler ni tak susah pun.aku pun belajar dari blogwalking. Baca kat semua website yang dah buat benda ni, macam-macam sebenarnya cara, tak pasti mana yang betul, tapi aku gabungkan je idea ikut ape yang aku rasa betul.

So inilah cara yang aku guna. Tak tau la ini cara yang sebenar ke tak, yang penting ganache aku menjadi...hehe.Untuk resepi ganache click SINI.

Sebab nak bagi senang paham, aku guna picture.Colorful lagi. Seronok sikit nak tengok kan.hihi.Tapi buruk sikit la aku lukis.hihi. Dulu-dlu kat u selalu lukis-lukis macam ni untuk procedure experiment dalam lab, tetibe rasa rindu pulak zaman muda-muda dulu.kih3


1) Panaskan air sehingga mendidih
2) Letakkan bekas/periuk berisi susu dia atas bekas/periuk air tadi ( pastikan bekas diatas adalah lebih besar dari bekas yang dibawah).Biarkan sehingga susu panas.
3) Tutup api dan alihkan susu dari api.
4) Masukkan coklat yang sudah dicincang halus ke dalam susu panas tadi dan kacau sehingga coklat cair.
5) Akhir sekali, masukkan minyak dan kacau sehingga sebati.

7 comments:

  1. yuniiii
    kebetulan bukak fb nmpk blog ni. wahh terer nye wat pastryyy
    ...procedure experiments hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.ingtkan sape.mmbe upm upenye.hihi.
      takdela terer pun, baru je start.hehe

      Delete
  2. salam..saya nak tanya, boleh ke masak coklat compaund guna teknik double boiler. adakah rasanya lebih sedap atau sebaliknya. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm..sy xpernah lagi guna coklat compound setakat ni.sy selalu guna coklat masakan/serbuk koko untuk buat ganache.tapi bg sy boleh je.lebih kurang sama ngn coklat masakan..

      Delete
  3. salam macam saya pernah buatkan nak bagi cair coklat tuh first step letak coklat dlm satu bekas kemudian masukkan sekali butter dalamnya bagi cair bila dah cair masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis dalam coklat tuh. kalau tu macam mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..cara yg zaidah tulis ni cara double boiler ke?kirenya turutan bahan2 je lain..kalau ganache menjadi dan cantik xde mslh.sy pun try n error.cuma cara yg paling sy berkenan mcm cara yg sy tulis kt atas ni..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete