FIND RECIPES HERE

16 Dec 2013

RESEPI PANDAN CHIFFON CAKE

Assalamualaikum....

Chiffon cake kembali lagi !! ngeh3.

Termasuk yang ni dah  kali yang ke 5 aku buat kek chiffon.Before ni takde semangat nak masukkan dalam blog sebab kek yang jadi tak berapa nak cantik.Lembutnya jadi cuma penampilan kek tu buruk sikit.ehe.Ada yang jadi pun satu je aku ada post before ni, kat sini ---> Chocolate Chiffon cake.

Bila dah buat banyak kali, baru la dapat detect kenapa kek aku ni dia jadi macam penyek je pas kuar dari oven.Memang tak cantik la.naseb baik kesedapannya still ada.:D ..kalau tak membazir je tak dimakan kan.

Yang kali ni color kek hijau, tapi bukan setakat color je, memang ada rasa pandan...:D.okey minna.Ikimashou...!

BAHAN-BAHAN
Bahan A
6 butir kuning telur
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
80g air
125g self rising flour
2 sudu besar pandan emulco
Bahan B
6 butir putih telur
80g gula pasir
CARA-CARA
1. Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan pandan emulco dan pukul hingga sebati.
2. Tuangkan minyak masak dan maasukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake. Disebabkan acuan yang aku guna agak kecik, aku masukkan sebahagian adunan ke dalam cup muffin saiz sederhana. (dapat 9 cup)
6.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 45 minit.
7.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan terus terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan ia sejuk.Untuk lagi sedap, makanlah selepas dikeluarkan dari ridge.rasa macam makan aiskrim .:D










1 comment:

  1. Cantik je jadi chiffon ni.pernah try buat tp tak jadi.😭 harap2 resepi ni menjadi lah ,tqqq😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete