FIND RECIPES HERE

21 Dec 2013

RESEPI CRUNCHY OAT CHIFFON CAKE

Assalamualaikum...


Wah.Lately aku suka sangat buat kek chiffon ni.Sebab sedap dan lembut..Saje nak try lain dari yang lain, aku masukkan biskut oat yang brand Munchy's tu kat dalam kek ni.Dapat idea bila tengok ada someone buat kek chiffon oreo.Tapi sebab takde stok biskut oreo, guna je ape yang ada.Lagipun aku memang suka makan biskut oat ni sebab dia perisa chocolate dan sedap...:D

Resepi lebih kurang sama je dengan yang before ni, just tambah biskut je...Rasa kek ni memang sedap sebab ada rasa rangup-rangup.yum-yum :D

BAHAN-BAHAN
Bahan A
5 butir kuning telur (Gred B)                                                        
20g gula pasir
80g minyak masak (sawit)
80g air
125g self rising flour
Bahan B
5 butir putih telur
80g gula pasir
Bahan C
Biskut Oat Krunch Munchy's- hancurkan jadi kecik-kecik (nak guna biskut lain pun boleh)
CARA-CARA
1. Bahan A-Kuning telur dan gula dipukul ringan hingga sebati.Masukkan air dan pukul hingga sebati.
2. Tuangkan minyak masak dan maasukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati.Ketepikan
3. Bahan B-Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga putih telur menjadi kental/soft peak.
4.Masukkan kesemua adunan bahan A yang sudah siap tadi ke dalam adunan putih telur (bahan B), gaul menggunakan senduk hingga sebati.
5.Masukkan Biskut Oat dan gaul sehingga sebati.
6.Tuangkan ke dalam acuan chiffon cake. Disebabkan acuan yang aku guna agak kecik, aku masukkan sebahagian adunan ke dalam cup muffin saiz sederhana. (dapat 9 cup)
7.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 45 minit.
8.Apabila kek sudah masak. keluarkan dari oven dan terus terbalikkan chiffon cake pan dan biarkan ia sejuk.Untuk lagi sedap, makanlah selepas dikeluarkan dari fridge.







0 komen:

Post a Comment