FIND RECIPES HERE

20 Dec 2013

RESEPI COFFEE BUN

Assalamualaikum..



Aku kembali meroti lagi...!! Lately asyik buat kek chiffon je kan, kesian ke roti was forgotten.

Actually aku baru beli props baru, so aku saje la buat apape roti untuk try prop baru tu.ho3. Tapi sebenarnya memang dah rindu nak menguli, so terjadi la resepi coffee bun ni.

Before ni aku buat coffee bun ala roti boy kat SINI, tapi yang ni takde ala-ala dah.ni bun biasa je tapi special nya bukan bun je coffee, dengan filling2 pun berperisa coffee.Ok everyone, Let's check it out!


CARA-CARA
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dan masukkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan da uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapatdoh yang lembut dan elastik.
2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit).Selepas itu tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin.
3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan sedikit butter/marjerin diatasnya.
4.Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.Isikan doh dengan filling yang dibuat tadi.Susun dengan kemas diatas loyang.
5.Biarkan doh naik 2 kali ganda lebih kurang 30 minit.
6.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah.Bakar pada suhu yang sama selama 20 minit.
7.Untuk filling, masukkan semua bahan ke dalam mixer, dan putar sehingga sebati.Selamat mencuba!! :D



0 komen:

Post a Comment