FIND RECIPES HERE

15 Dec 2013

RESEPI COFFEE BUN ALA ROTI BOY

Assalamualaikum...


Yummy! coffee bun! Yang ni dah kali yang ketiga aku buat coffee bun ni.Actually aku tak pernah pun makan original mexican coffee bun yang jual kat roti boy tu.(sedih tak?) haha.So aku tak dapat la nak bandingkan kesedapan nya.heh.First time aku makan bun ni memang rasa dia lain sangat2..Sebab topping dia tu crispy, roti pulak lembut.Filling pulak brown sugar.Memang sedap tak terkata.:D

Time nak cari resepi ni susah la jugak sebab banyak version, masing2 ada cara sendiri kan.Biasanya resepi yang aku nak try aku tengok kat photo dia cantik tak.haha.Last-last aku ambik resepi kat Aku Bukan Masterchef sebab gambar mexican bun dia nampak lembut dan sedap.ehehe.Thanks ye ABM sebab memang sedap dan menjadi resepi ni.Tapi cam biasa la aku suka menderhaka.:D.Ada ubah sikit-sikit.Siap bertukar jadi hijau lagi.:b Tapi jangan salah paham, hijau tu color je ea, takde perisa pandan pun.ehehe.Okeyh, tanpa membuang masa (cewah skema pulak ayat) jom tengok resepi.




BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan doh roti

250g tepung roti
35g gula kastor
1 1/2 sudu kecil yis kering
3/4 biji telur - dipukul sedikit
140g susu tepung suam + pewarna hijau (powder)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar water roux

Bahan Filling

50g mentega - suhu bilik
sedikit esen vanila
50g gula perang 

Bahan Topping

50g mentega - suhu bilik

40g gula aising

1 biji telur - dipukul sedikit

1 1/2 sudu besar instant coffee (aku guna NESCAFE Ipoh White coffee)

50g tepung gandum
CARA-CARA
Doh roti

1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan sedikit butter/marjerin diatasnya.

4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Isikan filling.Leperkan doh menggunakan tangan.Letakkan filling di tengah2 dan tutup semula doh supaya menjadi bulat.Susun dengan kemas di atas loyang.

5.Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit.Bila sudah naik pipekan topping dengan bentuk swirl (macam lingkaran ubat nyamuk)

7.Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 30 minit.menggunakan api atas dan bawah serta fan. Tambah masa membakar jika perlu. Pastikan topping betul-betul keras dan rangup baru dikeluarkan dari oven..Jika topping tidak betul-betul rangup, ia akan mencair bila dibiarkan pada suhu bilik keesokan harinya.

Filling

1. Masukkan mentega, gula perang, vanilla dan pukul sebati.
2. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh

Topping.


1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan ke dalam plastic bag/piping bag dan ketepikan.
 













0 komen:

Post a Comment