FIND RECIPES HERE

18 Nov 2013

RESEPI PAU AYAM GEBU GEBUM

Assalamualaikum...


Konon-konon nak buat pau balik kerja hari jumaat tu, siap dah beli tepung pau.Tapi disebabkan balik dari hantar kakakku dirumahnya tetibe rasa penat, pastu lepak pulak depan tv tengok Muzik-muzik separuh akhir, last-last jumaat malam tu tak jadi buat.haha.Tangguh ke sabtu.Sangat la hepi 1st time buat pau, jadi gebu dan lembut.Tapi buat sikit je sebab takut tak jadi, kang sape pulak rela nak makan kalau keras kejung.:D

Time menguli tu, memang dapat  rasa tekstur tepung pau ni lain dari tepung roti dan tepung gandum. Taktau nak cakap ape yang lainnya, kena la buat sendiri ye kalau nak tau.hehe.Resepi pau ni aku usha kat kurniaanmu.blogspot.com. Source dari Jane Chew.Aku ada ubah-ubah sikit resepinya.hehe.Ok, mata pun dah nak layu ni, jom tengok resepi.

Gemok dan gebu.:D

Bahan A
 
300g Tepung pau
150g susu tepung+air 
50g Gula caster 
1 1/2 Tbs Shortening 
1 tsp yisSedikit garam
Bahan B 
1 tbs Air + 2 tsp baking powder
Bahan2 Inti
1/2 biji kentang dipotong dadu
ayam cincang Ramly
sedikit garam
sedikit gula
lada sulah
serbuk kari+sedikit air
sebiji bawang merah dan putih
Air secukupnya
Cara-cara(doh) 
1.Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn  cling wrap dan biarkan doh naik 2 kali ganda(lebih kurang 45min).
2.Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. 
3.Kemudian, bahagikan doh kepada 12 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 50g.
4.Isikan dgn inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus atau pinggan.(lapikkan setiap pau dengan baking sheet supaya tidak melekat di tray pengukus)
5.Rehatkan kembali lebih kurang 30minit
6.Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau. 
7.Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusunkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit. Tutupkan api dan sedia dihidangkan. 
Cara-cara (inti ayam)
1.Tumiskan bawang merah dan putih.Gunakan api yang kecil.
2.Masukkan serbuk kari+air ke dalam kuali.Biarkan selama 3 minit
3.Masukkan air secukupnya (asalkan dapat tenggelamkan kentang)
4.Masukkan kentang yang sudah dipotong dadu.Taburkan sedikit garam dan gula.Biarkan sehingga kentang masak.
5.Kemudian, masukkan ayam cincang dan gaul sehingga kari sebati dengan ayam.Masukkan lagi gula dan juga garam secukup rasa.Untuk inti, lebih baik rasa sedikit masin sebab doh pau anyep (tawar).haha.tetibe kuar bahasa jawa pulak.Taburkan juga lada sulah untuk rasa yang lebih umphh.:D
SELAMAT MENCUBA!! 




0 komen:

Post a Comment