FIND RECIPES HERE

12 Nov 2013

RESEPI BUN BUTTER...LAGI....

Assalamualaikum...


Wah memang lama benor tak update belog ku.bz, dah dua minggu cuti tak duk umah.cuti-cuti malaysia la katakan.ho3.penat pun tak hilang lagi ni.

Berbalik kepada tajuk entry, bun butter ni dah lama buatnya, last few weeks kot.dah banyak kali dah buat bun ni.sedap, suka sangat sebab dia mix sume jenis rasa.Manis dan masin.masin sebab topping butter la kan.manis sebab filling dia butter ada mix ngan susu..nyum nyum.:) dah makan banyak kali pun tak muak.hehe.

So kali ni bun butter yang dibuat dah cantik sikit bentuknya.yang b4 ni Resepi bun choco & butter bentuk dia cam hancus sikit sebab first time buat.Tak tau pulak bila topping dia kembang dia akan pecah giler2 kan. Of kos die akan pecah sebab before letak butter tu aku gunting sikit untuk serapkan buttter ke dalam, juga nak elak butter meleleh ke tepi.

Jadi tanpa membuang masa, jom la ke resepinya.Kali ni aku letak steps yang details sikit.sebab tengah rajin nak tulis.wahaha..Bahan-bahan sama je ngan yang aku buat before ni cuma double kan sebab nak buat banyak kan.



Bahan-bahan

400g tepung roti
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar susu tepung
6 sudu besar gula
1 ½ biji telur
2 sudu besar marjerin
280ml susu suam+color hijau
3 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar water roux
Topping 
Untuk gliss - campuran telur,susu pekat dan air
butter yang dicairkan pada suhu bilik
sedikit gula
Filling

40 g butter

40g gula aising

1 sudu besar susu pekat

2 sudu besar tepung gandum

Sedikit susu cair

1 sudu besar susu tepung


Cara-cara (Filling)
1. Satukan butter dan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Selepas itu masukkan susu pekat, tepung gandum, susu cair dan susu tepung.Pukul sehingga semua bahan sebati.Ketepikan.
Cara-cara (Bun)
1.Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan lebih kurang 15 minit.Selepas itu ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2.Kemudian tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.Uli semula sekejap selama 2 minit.
3.Alaskan loyang dengan baking sheet dan sapukan butter/marjerin diatasnya.
4.Bahagi  doh pada bebola kecil ,bentukkan doh dengan leperkan memanjang untuk membuat bentuk bujur, isikan dengan campuran butter yang dibuat tadi.Buat satu persatu sehingga siap.Susun dengan kemas di dalam loyang.
5.Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit. Apabila doh sudah sedikit naik (lebih kurang pada minit ke 10 atau 15) gunting permukaan doh supaya ia terbelah sedikit.
6.Kemudian, pada minit ke 20, glisskan dengan campuran telur, toppingkan dengan butter di celah yang digunting dan taburkan gula.Topping butter jangan banyak sangat, nanti jadi tak cantik.
7.Dalam masaa yang sama, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 20 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang menggunakan api atas dan bawah serta fan.









*asik lupa je nak ambik gambar filling die.huhu

0 komen:

Post a Comment