FIND RECIPES HERE

13 Nov 2013

DIY PELEMBUT ROTI - WATER ROUX

Assalamualaikum...

Lama dah aku nak buat entry pasal water roux ni.Hari ni baru rajin nak tulis.(aku memang pemalas) haha. 

Sesape yang masih baru dalam dunia meroti ni (cewah "dunia meroti"), memang akan blur apakah water roux. Aku dulu pun sama, tak penah dengar langsung ape ke benda la ni, da la nama pelik kan.ho3.

Water roux ni yang aku tau adalah pelembut roti yang terdiri daripada campuran tepung gandum dan air.Kalau nak tau lagi details click kat sini water roux@jintanmanis. Aku dulu mula-mula tau benda ni kat jintanmanis la.Kak ros saya share kat sini ye.:).

Dulu ingtkan memang kena beli kat kedai pelembut roti ni, rupanya boleh buat sendiri je.Cara buat memang senang sangat, sekejap je pun.ok jomla ke resepi, panjang-panjang pulak tulis.korang baca pun boring.haha

Bahan-bahan
125g atau ml air
25g tepung gandum
*Sukatan ni boleh dapat  4 sudu besar water roux.

Cara-cara
1.Satukan tepung gandum dan air dalam periuk kecik.
2.Kacau sehingga tepung larut sepenuhnya. (Takde ketul-ketul)
3.Kemudian, letak dia tas stove,sambil kacau, panaskan diatas api kecil sehingga campuran tepung dan air menjadi likat.
4.Angkat dan simpan dalam peti ais dalam bekas yang tertutup.Jika mahu guna segera, sejukkan sebentar sahaja kerana perlu digunakan pada suhu bilik.

4 comments:

  1. Roux nasi je terus dlm doh ke?

    ReplyDelete
  2. Maaf salah taip,maksud saya macam mana nak masukkan roux ni bila buat roti

    ReplyDelete
  3. Jadi pelembut roti tak perlu belilah kn..cik ada diy buat bread improver tak..?

    ReplyDelete