FIND RECIPES HERE

28 Nov 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA 2 - MELAKA

Assalamualaikum..

Wah.Jalan2 tak habis lagi.ho3.Trip kali ni aku gi ngan my best buddies aka member satu course time kt upm dulu.Geng aku terdiri daripada 6 orang termasuk aku (semua girls).Tapi time gi melaka ni sorang tak ikut sebab kena kerja hari sabtu. Mula-mula ingat tak jadi gi dah semua sebab si budak ini yang kerja sabtu ni (Qis) dia ajk pengangkutan. ;)) .Lagipun dah down sebab tak cukup sorang.Sian qis rasa bersalah sangat sampai nak bagi kereta dia tuk kitorang bawak gi melaka.Ish, jangan buat hal, drive time tuannya takde.kalau jadi pape ssh pulak.Bukannya yang lain takde kete (aku pun ade si viva cumel tu :D) tapi ada sebab tertentu tak boleh nak di drive kete tu.

So last-last keluar la idea gi melaka naik bas (idea dari ayah zira.haha).Kena teruskan plan gi jugak sebab fida dah beli tiket awal. So aku, zira ngan yaya gi melaka naik bas.yaya dah tempah tiket online so just ambik tiket je.shida memang dah duk melaka.so dia la driver kitorang semua.;)).Fida pulak naik bas dari johor.Memang semngat kitorang.Sanggup ni masing-masing sebab actually dah lama tak jumpa since konvo.Tu yang rindu sangat.Banyak citer nak korek.hehe

 Baru sampai kt Melaka Central  

So aku zira ngan yaya gerak ke TBS dari rumah zira. Kelam kabut kot sebab aku sampai rumah zira lambat.Ni semua salah GPS.gi bawak aku lalu jalan jem.(padahal aku ni yang tak ingat2 rumah besfriend sendiri ;)) ) Sampai la kt melaka central pukul 1.Dah lama tak jumpa ni ingtkan masing-masing dah berubah matured sikit, haha.takpun....semua still giler2 lagi.Baru je jumpa tak habis-habis gelak.Paling tak boleh bla si fida bawak beg besar kot.macam nak duk seminggu.;))

Dipendekkan citer kitorang pn gi makan.Then,ok yang lain-lain takyah citer sbb actually entry ni aku nk suggest tempat-tempat best kat melaka disamping share pengalaman kitorang.Ok jom.

1) Masjid al-azim
Tempat first kitorang gi.Masjid ni bumbung dia hijau.Tujuannya mestila nak solat kan.(takde niat langsung nak tunjuk kami budak baik.;)) ) .Masuk je kt pintu best sebab nampak ada kerusi urut.(tak perasan brand ape) hehe. Untuk ladies solat kat tingkat atas.Kagum betul bila masuk dalam, memang sangat luas.Tempat wudhu' pun luas berdepan dengan tempat solat.agak jauh sikit.Telekung disediakan di bilik sebelah tempat wudhu'.So lepas dah guna kena bawak telekung tu letak kat situ balik .takdela bersepah kan kat tempat solat. 


2) A'Famosa / Porte De Santiago
Tempat ni mmg sume orang tau dah kan.Bila aku gugle rupanya rangka yang tinggal skrg ni gate yang dipanggil Porte De Santiago.Baru ku tahu.Aku mmg teringin nak gi sini dari dulu lagi, nak tau sgt apa ade.Orang ckp batu-batu je.Tapi tak caya.Nak tengok jugak.hehe.Tertunai jugak.Actually tempat ni memang ada batu batu je.pintu gerbang.Ada banyak meriam.Cantik la.Kat area belakang a'famosa ni ada tangga tinggi naik ke bukit.Kat bukit tu ada bangunan St Paul.Actually before ni aku tak pernah tahu pun kewujudan bangunan ni.Bila gugle baru tahu upenya bangunan ni adalah gereja lama .Patutla banyak kubur dalam tu.Siap ada lubang tuk baling-baling duit syiling lagi.:-? .Tapi mmg penat giler wo naik atas.cam mendaki gunung je rasa.dengan panas teriknya.dalam hati ni 'ok ok takpe" pikir exercise sebab tadi dah mkn banyak.hehe

 Erk.tak jadi bentuk love.haha

Muka masing2 nampak sgt di panas terik.haha

3) Muzium Samudera (Replika Kapal Flor de La Mar)
Dah puas hati ambik gambar kat atas bukit tu,turun la pastu beli topi sebab panas.haha.Pastu kitorang gerak ke muzium samudera.Yang kapal besar color coklat tu.Before masuk kapal tu sempat lagi gi beli cendol kat gerai dekat ngn cruise.Lega sbb mmg panas time tu.Kitorang duduk la tepi tangga sambil citer-citer, gelak2.mmg gelak je kjenya.;)) .ok sambung, fee nak masuk tu kalau tak silap rm6 tapi kalau warganegara malaysia dapat diskaun half, so rm 3 je.ehehe.Semangat ni masuk sebab nak tau ape yg ada dalam kapal tu.kat dalam perut kapal ni ada banyak replika kecik bermacam jenis kapal.aku pun tak tangok sangat, lagipun tujuan nak duduk dalam ni sebab kaki dah lenguh.sejuk pulak tu.best.haha.

peace!

4) Menara Taming sari
Ha ni lagi satu tempat mmg popular kat melaka.kalau tak naik sini memang rugi.Menara pandang ni dia akan naik tinggi sambil berputar supaya dapat la pelancong menikmati panorama bandar melaka.Boleh nampak selat melaka wo.ho3. Sampai je kat kaunter tengok ramai budak-budak rombongan beratur nak beli tiket.Queue panjang giler.So kitorg pun tnye kaunter boleh tak nak beli dulu sbb tengok cikgu2 budak tu tengah kumpul duit dari bdak2 tu. So dpt la beli.Fuh lega kalau tak nak tunggu bdak2 tu mmg sampai malam la baru dpt naik.Sesape yang naik taming sari ni aku cadangkan naik time matahari dah nak terbenam tu.Memang cantik scenery dia.terpegun aku.hehe.

Sume muka excited :D


 Kirei !! (patutnya gmbr ni gelap, 
bila da post jadi terang pulak.haiyaa)

5) Masjid Kg Hulu
Dah petang tu nak solat asar pulak, so singgah masjid kg hulu.Yang lain dah solat jamak masa zohor tadi, aku la lupa pulak nak jamak,shida cnfirm2 tak boleh sbb dia duduk melaka.Shida excited giler nak ajak kitorang gi sini, dari pagi lagi dah cakap.haha.katanya company dia yg renovate masjid ni.Siap naik atas bumbung lagi.tu yang semangat semacam. Masjid ni actually masjid yang tertua di malaysia.So kira tempat bersejarah la kat melaka ni.Solat magrib pun kat sini gak sbb mmg dah dah dekat waktu magrib...tapi seyesly mmg kitorang takkan lupa la masjid ni sbb malam tu bnyk kali lalu sini sbb shida asek salah jln je.rasanya dekat 5-6 kali la lalu sini.haha.shida2...

6) Asam Pedas Claypot
Pas solat tu lapar, shida pun bawak kitorang makan kat asam pedas claypot.Kalau sampai melaka mestila kena mkn asam pedas kan.Kitorang sampai awal, time ni orang tak ramai sangat. setengah jam pastu terus penuh. tapi memang sedap la asam pedas dia.Aku mkn asam pedas tetel.Saje nak rasa sedap ke daging masak asam pedas.tak penah rasa before ni.Yang lain suma mkn ikan.



7)Melaka River Cruise
Aku ingtkan cruise kat melaka ni sama je cam cruise kat tempat lain, yela setakat pusing2 tasik kan.Tapi seyesly mmg lain wa cakap.haha tetibe otai pulak.Ape yang lainnya? Di sepanjang tasik tu kan, mata kita akan dijamukan dengan scenery bangunan yang indah (siap ade lampu2) yang terletak di tepi tasik. Bermacam-macam mural dilukis kat dinding bangunan2 berkonsepkan melaka.Pastu kat cruise tu siap ada voice recording yang menceritakan sejarah jambatan yang cruise lalu.Memang dapat rasa betul2 kt kawasan bersejarah.

8) Dataran Pahlawan
Dekat ngn dataran ni, bila malam akan ada downtown or uptown aku tak sure, tapi banyak la gerai-gerai jual baju, cenderamata melaka.Kat area sini mmg ssh nak cari parking.Banyak kali jugak pusing-pusing. Tapi mmg time ni rasa kaki aku macam nak tanggal je,bygkan kitorang jln kaki dari pagi smpai mlm sebab parking jauh kan.So mmg dah tak larat nak melangkah dah.

Lepas tu kitorang pun balik la ke rumah shida.Takde tidur kat hotel pun.jimat la katakan.kebetulan kakak ngn abang ipar shida takde kt rumah mlm tu, so bila shida tawarkan tuk tidur situ, mmg dengan gumbira la kami terima.haha.
Before balik rumah ada peristiwa kelakar kat KFC.haha memang tak boleh lupa..

Sampai rumah, lepak-lepak, borak, mandi, solat.penat2 pun sempat lagi tgk tv citer hantu.haha.Dalam kul 2 pagi tu baru la semua lelap.Zira tidur paling awal, kejap je dah kaku.haha 

*bnyk kan tmpt kitorang gi hanya tuk sehari.mmg dahsyat.haha

2 comments:

  1. best2... hopefully next time kita leh jumpa lg.. peristiwa KFC "SELAMAT DTG"

    ReplyDelete