FIND RECIPES HERE

20 Oct 2013

RESEPI PIZZA GEBU BERAPI

Assalamualaikum..


ehe.pizza berapi.berapi tu bukan maksudnya berapi terlampau pedas macam iklan megi tu.sebenarnya pizza aku ni topping banyak sangat,melimpah-limpah macam gunung berapi.ho3.So takkan nak letak gunung kan,ambik berapi jela.hehe.

Pizza ni aku buat malam Hari Raya Haji yang lepas. Time tu semua orang ada kan,so best la dapat jamu ramai2.

Pizza ni sebenarnya akak aku yang request.Lama dah.Selagi tak dibuat kang terbayang-bayang pulak.haha.Naseb baik si empunya yang request tolong masak toppingnya,kalau aku buat sorang alamat pengsan la.ho3

Resepi pizza ni sebijik macam yang aku buat before ni resepi mini pizza berinti sosej.yang beza cuma kali ni aku buat topping dia lain, pastu aku buat pizza saiz sebenar :D,bukan mini pizza.Dan asal usul resepi pizza ni adalah dari Kak ros jintanmanis.Kak ros memang pada aku terer bab-bab meroti,banyak giler resepi roti yang dia share.banyak yang aku dah try memang superb.

Walaupun resepi sama,takpela aku share lagi sekali.Boring, malam-malam cuti ni takde benda nak buat.kekeke


Bahan-bahan (Untuk Doh)

400gram tepung roti
100gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besarsusu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
240ml air suam
3 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak masak

Untuk topping

Daging cincang yang telah ditumis
Sardin yang telah ditumis
taburan keju mozarela
sos cili
mayonis

Cara-cara

1) Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang setengah jam)  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

3) Bahagi doh pada dua bahagian ,bentukkan bulat dan leperkan seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

4) Sapukan setiap base pizza dengan sos cili, mayonis,ratakan ke seluruh doh, tabur kan sardine/daging tumis serta toppingkan dengan mozarela cheese.

5) Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang.

*aku guna baking sheet supaya senang keluarkan pizza dari loyang.tak melekat.



 Topping dia memang dahsyat.banyak giler.haha



 Suka tengok yang part color putih tu.memang gebu dan lembut :D

 Gunung berapi.wohoho

 Sedia untuk dimakan.yum yum

*Lepas dah siap,masuk bilik,pengsan.:D sebab time nak leperkan jadi bentuk base pizza tu sangat susah sebab doh kenyal.memang guna sepenuh tenaga.


2 comments:

  1. sedapnye... lazat betul pizza ni nampaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! kalau nak tau sedap ke x try la buat :)

      Delete