FIND RECIPES HERE

4 Oct 2013

RESEPI MINI PIZZA BERINTI SOSEJ

Assalamualaikum...



yay!mini pizza in the house!!ho3.pizza...sedapnya..dah la tengah lapar ni.pizza ni aku buat minggu lepas.sedapnya tu sampaikan sehari je dah licin dimakan (maasuk bakul tapi tak boleh angkat sebab berat) erk.peribahasa baru ni.haha.masuk bakul angkat sendiri la...ehehe.family aku ni memang penggemar roti,so sedap ke tak sedap stil di ngap jugak.Tapi mak dengan akak aku cakap memang sedap.rotinya lembut..:D

Aku ni dah la on diet,so jadinya tak boleh la nak makan banyak2.dapat la makan seketul.memang mencabar betul la bila buat tapi dapat makan sikit je.huhu.nak wat cane,diet tetap diteruskan.hehe

Biasanya kalau aku buat bun,doh dia lembik sikit.tu yang terkejut,bila buat roti pizza ni doh dia keras sikit pastu cam ketul2..Mula-mula dah sedih ingatkan tak jadi.So aku uli-uli lagi sampai la dia jadi smooth sikit.Aku pun go on je walaupun doh agak keras.

Dan hasilnya aku dapat roti pizza yang lembut.hepi tak terkata :D.rupa-rupanya nya memang doh dia begitu.baru ku tahu.ho3.Usaha tangga kejayaan ye!

Okla jom tengok resepinya.eh lupa pulak resepi ni aku cedok dari mana lagi kalau bukan kak ros jmc

Bahan-bahannya (untuk Doh)



400gram tepung roti

100gram tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

2 sudu besarsusu tepung

2 sudu besar gula

1 biji telur

2 sudu besar marjerin

240ml air suam

3 sudu kecil yis

2 sudu besar minyak masak


*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
taburan keju mozarela
sos cili
tuna dalam tin
mayonis
Cara-cara
1) Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang setengah jam)  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
3) Bahagi  doh pada bebola kecil dan biarkan sebentar, lebih kurang 10 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk mini pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dengan sos cili kemudian mayonis, sapukan juga tuna, topping kan setiap pizza dengan sosej dan keju mozarela
4) Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah, bakar pada suhu 170 darjah selama 10 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.
5) Angkat dan sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas bertutup.Boleh menjadi bekal untuk sarapan!




*haha.macam gunung berapi pun ade.

0 komen:

Post a Comment