FIND RECIPES HERE

16 Oct 2013

RESEPI MILO BERYL'S BUN

Assalamualaikum... konbanwa..



La..asyik2 resepi bun.yola,dah nama blog pun buns lover kan,confirm la banyak resepi buns...ehe

Sabtu lepas aku buat bun flavour milo + coklat beryl's.Coklat beryl's ni aku beli masa holiday kat langkawi hari tu.Time beli tu boleh pulak terlupa aku tengah diet.haha.So last2 tak dimakan coklat ini.Dari terbuang baik guna tuk buat bun.Lagipun chocolate chip dah habis,malas nak g beli.hehe.so guna jela ape yang ada.jimat2.erk.jimat ke.coklat beryl's lagi mahal kot.wahaha.

JOM TENGOK RESEPINYA...

Cendawan baru tumbuh.ehe

Bahan-bahan
400g tepung roti
130g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar susu tepung
6 sudu besar gula
1½ biji telur
2 sudu besar marjerin
300ml susu suam +milo (3 sudu kecil)
3 sudu kecil yis
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar water roux
Coklat beryl’s yang sudah dipotong kecil
Cara-cara
1) Masukkan semua bahan doh kecuali coklat beryl's dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 15 minit)  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastiK bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.Campurkan dengan coklat beryl's dan uli sebentar selama 2  minit.
3) Bahagi  doh pada bebola kecil ,bentukkan doh menjadi bulat kecil. 
4) Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 30 minit, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 15-20 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang.
5) Angkat dan sejukkan sebentar (sambil-sambil snap gambar) ho3. Simpan di dalam bekas bertutup.Sungguh sedap dimakan begitu saja. :D



 'Cendawan' panas-panas

Gebu2. :D

0 komen:

Post a Comment