FIND RECIPES HERE

6 Oct 2013

RESEPI MACARON GREEN LEAF

Assalamualaikum....



Akhirnya!! macaron ku menjadi jugak!!wah hepi tak terkata..:) paling best bila macaronku ada kaki.wahaha. rasa macam kelakar pulak bila blogwalking semua orang yang buat macaron ni harapkan macaron yang dibuat keluar kaki.sama la macam aku.mengharap kakinya muncul..rasa cute pulak bila makanan pun ada kaki kan.ho3. And lagi satu macaron aku kaki tak melimpah...before ni buat kaki dia menjalar tah ke mana2.nasib baik la kali ni jadi.kalau tak maunya aku termimpi2 mengigau macaron.hi3..Ni adalah cubaanku membuat macaron untuk kali yang ke-4.

yay!nampak tu kakinya keluar :D
 
Sumber resepi aku ni campur2. Untuk bahannya aku  ambik dari Bicara kak nor pastu cara-caranya aku ambik kat masammanis. Gula aising aku kuarangkan sikit.tak nak manis sangat dan badam pun aku kurangkan jugak.nak bagi seimbang sebab gula pun dah kurang..

Memang cute2 macaron ni.kecik2 cili api.ho3.  
Jom tengok resepinya...!!

Bahan-bahan


Putih telur gred A dua biji

60g gula kastor

70g almond powder            

90g gula aising

Sedikit esen vanilla (yang ni aku tak letak sebab terlupa.wahaha)

Chocolate spread

Color powder ( mine is green)
Cara-cara
Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn baking sheet. Ambil duit syiling 50 sen dan lukis atasnya dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan sheet dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
*Yang paling mudah kalau kita guna baking sheet lebih mudah untuk tanggalkan macaron tu. Before ni aku guna kertas minyak, bila macaron dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaron tu mudah tanggal. 
1) Ayak serbuk almond dan gula icing secara berasingan. Kemudian campurkan kedua-duanya.Ketepikan.
2) Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk .Jangan overdo.Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. 


3) Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur yang bertanduk tadi. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
4) Kemudian boleh lah kita letak pewarna. aku guna pewarna serbuk.
5) Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik.Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas baking sheet tadi. Siapkan sampai habis.
6) Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
7) Bakar selama 20 - 25 minit.. Letakkan tray di bahagian bawah sekali dalam oven.
8) Setelah masak, biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk baru senang nak tanggalkan dari baking sheet.
9) Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Aku letak chocolate spread je.senang dan sedap.hehe









eh.tetibe ade roti enterframe pulak.haha.roti ni aku buat sekali ngn macaron



**Wah,banyak giler pic aku upload.haha.walaupun macaron aku memang tak perfect,tapi kira jadi la kali ni.puas hati...hihi.

Sedikit tips:
1) Gunakan oven yang menggunakan heat atas dan bawah serta fan.Before ni aku bakar guna oven yang ada heat dari bahagian atas je.Hasilnya kaki macaron melimpah macam kat bawah ni.
2) Bila bakar, oven jangan panas sangat dan jangan cool sangat..Aku mula-mula guna suhu 150C, kulit macaron semua pecah.Pastu try guna 110C, kulit macaron jatuh ke bawah.So kena pandai-pandai ye try oven masing-masing.

0 komen:

Post a Comment