FIND RECIPES HERE

19 Oct 2013

RESEPI KEK LAPIS TIGA RASA

Assalamualaikum... gud afternoon...


Wah.harini aku buat kek lapis.Kena pulak petang-petang camni hujan memang best kalau ade sesuatu yang boleh di ngap.ehehe. Kek lapis ni aku buat pagi tadi.Aku sebenarnya bukan peminat kek tapi bila tengok kek cantik-cantik geram pulak.Terus rasa nak buat.

Resepi kek lapis ni aku cilok eh bukan, aku ambik dari dayangjack. Sume kek lapis yang dayangjack buat memang cantik-cantik and nampak sedap-sedap.ho3.Memang best la resepi ni,kek jadi moist.Walaupun aku buat tak berapa nak cantik sangat tapi at least jadi la lapis-lapis.Memang gerun betul tadi takut kalau tak jadi lapisnya.Tapi mesti la jadi lapis kan,kalau tak hilang ke mana lapisannya.ho3

Nama kek lapis ni tiga rasa sebab dia memang ada tiga rasa.erk.tu je.apa jenis explanation ni.ho3.

Kalau nak tau ape dia tiga rasa tu jom la ke bawah lagi.eh bawah mana pulak aku ni.bawah la,resepinya  tuan2 dan puan2 sekalian... :D.jom2


Bahan-bahan : (aku buat separuh adunan je dari yang original)

5 biji telur (asingkan putih daripada kuning)

80g gula halus

200 g mentega 

1 1/3 gelas tepung gandum

150g susu pekat (aku guna separuh je sebab nak kurangkan manis)

3 sudu besar serikaya

20 g serbuk horlicks

3 sudu besar serbuk milo + 2 sudu besar serbuk koko

pewarna puple (pink mix with blue) dan pink

Cara-cara :


1.   Pukul putih telur dengan 1 gelas gula hingga bertanduk. Ketepikan.
2.   Pukul mentega dengan baki gula hingga ringan dan kembang. Sambil mesin terus berputar, masukkan kuning telur satu demi satu. Pukul hingga kembang.
3.   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata. (pukul guna mixer dengan kelajuan paling perlahan)
4.   Masukkan susu pekat dan kacau rata.
5.   Satukan dengan adunan putih telur. Gaul sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian: 1 bahagian warnakan purple dan masukkan serikaya. 1 bahagian warnakan pink dan masukkan horlicks. 1 bahagian masukkan  milo+koko.
6.   Sediakan acuan.Griskan dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Tuangkan selapis nipis adunan warna coklat ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api atas sahaja dengan suhu 230C selama 3 minit atau sehingga permukaan keperangan.
7.   Tuangkan pula selapis nipis adunan purple dan ulangi proses sebagaimana dalam langkah 6. (aku tuang adunan sebanyak 7 sudu makan)
8.   Ulangi dengan melapis pink sebagaimana proses dalam langkah 6 dan 7, sehingga semua adunan habis. 
9.   Akhir sekali bakar dalam ketuhar bersuhu 180C selama 10 minit menggunakan api atas dan bawah serta fan.
10.Keluarkan dan biarkan kek sejuk di dalam acuan/loyang.









 

0 komen:

Post a Comment