FIND RECIPES HERE

13 Oct 2013

RESEPI BUN CHOCO & BUTTER

Assalamualaikum...

yay!akhirnya aku kembali menguli roti.lama dah aku tak buat bun biasa.Last hari tu buat mini pizza.lagipun family aku suka makan roti homemade.so kira ada request,buat jangan tak buat.hehe.yang paling penting roti yang aku buat habis dimakan.ngeh3.so takdela membazir kan.:)

Idea asal sebenarnya nak buat bun butter je.tetibe ternampak chocolate spread banyak lagi.so buat la half  filling chocolate half lagi fiiling butter. Aku memang dari dulu suka sangat makan bun butter yang kat kedai bakery tu.tapi tak reti nak buat filling dia.filling butter dia bukan semata-mata butter je.macam ade mix benda lain.so aku pun try n error la campur itu ini nak jadikan filling yang sedap.rasanya menjadi la kot.haha.puji diri sendiri.walaupun of course la kan tak sesedap kat kedai punya,tapi ok la..:D

ok jom2 intai resepinya..

Bahan-bahan

200g tepung roti
50g tepung gandum
½  sudu kecil baking powder
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
¾  biji telur
1 sudu besar marjerin
140ml susu suam (susu tepung)+pewarna pink
1 ½  sudu kecil yis
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar water roux
Filling (butter)
40 g butter
40g gula aising
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit susu cair
1 sudu besar susu tepung


Cara-cara
1) Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 15 minit)  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2) Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda (40 minit) Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
3) Bahagi  doh pada bebola kecil ,bentukkan doh dah leperkan memanjang untuk membuat bentuk bujur, separuh doh isikan dengan filling coklat dan separuh lagi dengan filling butter. 
4) Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 200 darjah, bakar pada suhu yang sama selama 15 minit ataupun sehingga permukaan bun menjadi perang.
5) Angkat dan sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas bertutup.
*Lebih kurang 5 minit sebelum dibakar,glisskan permukaan bun dengan campuran telur+susu dan toppingkan dengan butter dan gula (untuk bun butter filling). Bagi bun dengan filling coklat toppingkan dengan chocolate rice.

Tak sampai sehari, bun ku sudah habis dimakan(padahal memang buat sikit pun)wahaha.:D 




 Bun butter."Rupa" nya tak berapa nak nice sangat.:D

Lembut dan gebu..:)



0 komen:

Post a Comment